Tanak Nabalu, kampung lobong-lobong

Assalamualaikum semua...cerita jalan-jalan akak memang tidak akan habis,apa tidaknya Sabah ini luas dik! Yang kalian selalu pergi melih...


Assalamualaikum semua...cerita jalan-jalan akak memang tidak akan habis,apa tidaknya Sabah ini luas dik! Yang kalian selalu pergi melihat, melancong ketika bersama agensi hanya sedikit saja tanah Sabah yang diterokai. Terlalu luas bumi Sabah,sorta banyak perkara baru kami lihat, belajar dan menyelami budaya dan corak perjalanan hidup masyarakat tempatan. Untuk entry kali ini kakak bawa kalian ke "Tanak Nabalu".



Perjalanan untuk masuk ke lokasi ini pun sudah mencabar. Menuruni bukit, sebelum itu untuk kalian menikmati alam dari atas jalan raya besar,Tanak Nabalu ini sangat cantik kerana kedudukannya di lembah dengan susunan penempatan penduduk sekeliling. Pastikan brek kenderaan kalian berfungsi dengan baik,maklumlah menuruni bukit dari simpang jalan utama. 



Sambil membaca kisah ini,lihatlah juga gambar yang akak ambil di Tanak Nabalu ini. Untuk pengetahuan pembaca lokasi ini digemari oleh pelancong asing, ini yang kami lihat ketika sampai dilokasi. Menurut penduduk sini. Ada juga agensi pelancongan yang menyiapkan pakej jungle tracking lokasi ini. Lokasinya kalian tengok gambar dibawah. 



Lupa pula nak beritahu Tanak Nabalu ini terletak di Kampung Lobong-lobong,Kota Belud. Jangan terkejut sini ada homestay



Jika melalui agensi pelancongan kalian dibawa melawat "mini gunung kinabalu"lihat gambar bawah. Melawat dan menyelami cara kehidupan masyarakat kampung ini. Malah pelancong juga disambut dengan "welcome dance" kebetulan kami sampai sini ada pelancong asing turut sampai, untunglah kami dapat tumpang merasa dan melihat. 




Kami terjah lokasi "jungle tracking " masyaallah cantik pemandangan. Ada kebun tanaman tepi sungai yang airnya dari Gunung Kinabalu. 



Menurut penduduk,sebelum banjir 2015 lokasi ini sangat tersohor kerana kedudukan sungai yang bersih airnya dari Gunung Kinabalu. Malah jambatan atau laluan ini boleh sampai pula di kampung sebelahnya dengan hanya berjalan kaki. Sayangnya banjir 2015 telah merosakan jambatan dan menutupi jalan-jalan utama ke kampung berdekatan. 




Sempat juga kami mencuba cara bercucuk tanam dengan makcik ini. Beliau dan suami mengusahakan tanaman nenas manis.


Inilah "Mini Gunung Kinabalu "yang merupakan salah satu daya tarikan Tanak Nabalu, Kampung Lobong-lobong. Gambar bawah merupakan resepi yang akak dapat dari makcik, untuk resepinya nanti akak update dalam entry akan datang. Okey...hingga kita jumpa lagi.



You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif