Diari  Borneo
Sabah  - Bundu  Tuhan
Hounon Ridge Farmstay & Camping
3/12/2016                                         
Assalamualaikum . ...Salam jelajah borneo dari kami . Biasalah kami melepaskan lelah dengan berjalan ke tempat baru . Kali ini kami bawa pembaca ke Ranau . Lebih tepat lagi kita jelajah Bundu Tuhan , Kampung Himbaan . Rujuk peta di atas .
Gambar  di  atas  kalian  boleh  rujuk  untuk  masukkan  lokasi  ini  dalam  diari  travel .
Harga sudah ditetapkan . Boleh call untuk sebarang tempahan. Bukan sebarang lokasi ini tempat . ...dah terViral sebagai ala-ala New Zealand pemandangan di sini .
Boleh  sewa  dorm . Bestnya  ada  dorm  lelaki  dan  wanita  dan  tandas  serta  bilik  mandi  yang  berasingan . Jangan  risau  memang  selamat , selesa . ....dan  sejuk . Tak  perlu  penghawa  dingin .
Ini bilik yang terdepan di sini . Gambar di atas diambil dari FB Hounon .
Boleh BBQ . ..jangan risau tuan punya telah meletakkan syarat dengan tidak membenarkan makanan halal untuk aktiviti BBQ . Okay. ...insyaallah pengguna muslim boleh guna peralatan di sini tanpa was-was .
Tak  perlu berebut dapur  kerana  ada  2  bahagian  ruangan  untuk  memasak  dengan  setiap  satu  bahagian  ada  2  dapur  yang boleh  digunakan  serentak .
Kami  berdua  dah  2  kali  ke  sini  dan  bermalam . Tidak  tidur  dalam  bilik . Kami  tidur  luar . Berkhemah . Nampak  khemah  yang  banyak  tu . ....kami  ada  juga  khemah .
Bahagian  belakang  Hounon . ...tanah  berbukit . Pilih  saja  nak  Berkhemah di  mana . Sewa  tapak  khemah  rm20  dikenakan . Kalau  tidak  bawa  khemah  boleh  menyewa  khemah  mereka . Bantal  dan  selimut  pun  disewakan .
Taaadaaaaaaa . ...inilah  khemah  kami . Khemah  kami  sewa  sebab  terlupa  bawa  yang  sendiri . Bantal . ..toto  bawa  dari  rumah . ...sejuk  sangat  kalau  tidak  ada  toto  atau  selimut . Rupanya  kerana  penat  sepanjang  hari  sebelum  berkhemah  menyebabkan  kami  lena  diulit  udara  sejuk . Kawan  dari  khemah  sebelah  menyatakan  khemah  kami  diselubungi  awan . Patutlah  sejuk  sangat . Basah  khemah . ..ingatkan  hujan  rupanya  embun.
Alangkah  indah  ciptaanNYA  inilah  gambar  yang  diambil  dengan  telepon  dari  khemah  kami. Gambar  diambil  sesudah  subuh . ...pemandangan  indah  si  Kinabalu. Tidak  rugi  datang  tidur  kesejukkan  kerana  disajikan  dengan  pemandangan  sebegini  cantik .
Marilah . ...datang  sini . Ala-ala  NZ . ..
 
 
 
 
 
 
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif