Negeri Sembilan - Rumah Api Tanjung Tuan
Rumah Api Tanjung Tuan
7/13/2015Rumah Api Tanjung Tuan, Port Dickson.
Assalamualaikum, salam jelajah Malaysia dari kami. Pernah sampai tak di Rumah Api Tanjung Tuan,lokasinya di Port Dickson dan berhampiran dengan Ilham Resort Port Dickson. Kalau belum singgah bolehlah buat perancangan ke sini. Apa menariknya? Nampak tak gambar di atas....Hutan Rekreasi. Panjat bukit yang menggunung di Tanjung Tuan ini memang memenatkan. Tapi ianya satu pengalaman yang seronok serta kelainan. Hutan ini merupakan lokasi santuari 54 spesis burung. Hutan rekreasi ini juga merupakan lokasi persinggahan popular lebih 300 000 burung setiap tahun.
Akhirnya sampai juga saya. Nampak rumah api ini hilang rasa penat,biar pun peluh dingin membasahi baju. Seronok mendaki untuk sampai di sini,apa taknya telinga kami dihidangkan dengan aluan bunyi pelbagai jenis burung. Rumah Api Tanjung Tuan ini merupakan rumah api yang tertua di Malaysia. Belanda yang mendirikan rumah api ini ketika negara kita dijajah dulu. Hebatnya pemandangan dari atas rumah api ini,kita mampu melihat sempadan laut Sumatera yang merentasi Selat Melaka. 1817 lagi wujud Rumah Api Tanjung Tuan.
Lagi gambar menarik boleh kli di SINI. Nak tahu kisah rumah api ini boleh baca di WIKIPEDIA. Bawah merupakan gambar yang saya ambil dari pelbagai sumber di internet.Sekian,hingga ketemu lagi.
sumber internet |
sumber internet |
sumber internet |
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif