Pusat Kraftangan Keningau

Alhamdulillah,kami nampak ada bangunan baru di Keningau. U-turn dan bila sampai depan bangunan barulah nampak. Ianya merupakan Pusat Kr...

www.ceritaku.my

Alhamdulillah,kami nampak ada bangunan baru di Keningau. U-turn dan bila sampai depan bangunan barulah nampak. Ianya merupakan Pusat Kraftangan Keningau. Dulu kami sampai Keningau,tiada lagi Pusat Kraf ini. Dah semakin banyak perubahan di Keningau. Assalamualaikum orang Keningau! kami singgah lagi. 


www.ceritaku.my
Internet

Pusat Kraf Keningau ini terletak di km5, Jalan Apin-apin. Berhampiran jalan besar. Senang sangat nak perasan,sebab ianya bangunan baru dan berada di jalan besar laluan utama. 


www.ceritaku.my
Internet

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Kraf ini. Sebagaimana contoh gambar di atas,aktiviti belajar mencanting batik. Saya lihat juga di sudut hujung bangunan ada aktiviti membuat botol atau bekas dari bahan kaca. Tidak ketinggalan saya dapat lihat ada sekelompok individu yang begitu ralit membuat pelbagai saiz bakul. Amat seronok 2 anak saudara melihat pelbagai aktiviti seni yang ada di Pusat Kraf ini. Bagi yang berminat nak membeli produk bolehlah pesan online di SINI.


Internet

Internet

Bagi adik-adik di sekitar Keningau bolehlah datang dapatkan info jika berminat nak belajar kraftangan di sini. Isi borang yang diperlukan seterusnya hantar pada pihak yang terlibat dan pihak kraf akan menghubungi kalian. Jangan lupa di Semenanjung pun ada Pusat Kraf...di Jalan Conlay, di Trengganu , Pahang dan Kelantan. Saya sekadar menyenaraikan beberapa cawangan pusat kraftangan sahaja. Sekian hingga ketemu lagi.


You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif