Restoran Nelayan di Kuala Juru

Assalamualaikum ....salam sejahtera buat semua teman pembaca sekalian. Trip ride kali ini mengisahkan perjalanan kami berehat di Penang ...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum ....salam sejahtera buat semua teman pembaca sekalian. Trip ride kali ini mengisahkan perjalanan kami berehat di Penang dan berbuka puasa di Restoran Nelayan Kuala Juru.Dkna sudah pun menceritakan pengalamannya merasa makanan enak di sini. Bolehlah  pembaca tuju ke blognya.

www.ceritaku.my

Nama lagi restoran nelayan pasti terletak di tepi jeti,lokasi bot-bot nelayan berlabuh.Rasanya awal juga kami sampai tetapi memandangkan ketika itu bulan Ramadhan meja makan awal-awal lagi sudah ditempah oleh pelanggan untuk berbuka.Pihak restoran ada menyediakan surau bagi memudahkan pelanggannya bersolat.

www.ceritaku.my

Gambar atas...ialah menu yang boleh dipesan oleh pelanggan.Kami serahkan membuat pesanan pada yang pakar.Dan sambil tunggu waktu berbuka...sempatlah intai-intai di belakang restoran ni...

www.ceritaku.my

Ada beberapa bot nelayan yang terikat di pokok.jom! kita ke depan restoran....

www.ceritaku.my

Ini bahagian depan kedai....dari buluh-buluh yang dibuat dinding. Ramai pelanggan yang berbuka puasa di restoran ini sepanjang ramadhan...tak menang tangan tukang masaknya.Khabarnya masakan berasaskan ketam amat popular dan merupakan menu utama pilihan pelanggan.

www.ceritaku.my

Ketam kami dah sampai tapi tak boleh makan lagi,belum masuk waktu berbuka.Sementara menunggu waktu berbuka masuk...saya ke belakang restoran sekali lagi.

www.ceritaku.my

Rupanya...di sinilah lokasi hasil nelayan diturunkan dan dibeli oleh peraih-peraih atau orang kampung.Patutlah harga yang ditawarkan di restoran ini amat berpatutan kerana mereka memperolehi bahan mentah yang segar serta pembelian terus dari nelayan setempat. Selesai meronda....kembali ke meja makan untuk berbuka.

www.ceritaku.my

Memang tidak dapat dinafikan terbaik...! enak dan sedap sungguh masakan ketamnya. Puas hati....Bagi anda di luar sana yang ingin merasai sendiri keenakkan ketam ini bolehlah datang bersama keluarga ke Restoran Nelayan Kuala Juru....Restoran yang sangat popular di Kampung Kuala Juru ini. Selesai makan kami terus  balik ke KL...ermmm esok kerja tak boleh sampai lewat nanti bangun lewat. THE END.

You Might Also Like

9 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif