Dari Kuching ride ke Sematan.

                          Bangun pagi ...Abang Mat suruh bersiap nak ride lagi.... Bestnya malam tadi amat lena tidur,dah pe...

www.ceritaku.m
                         

Bangun pagi ...Abang Mat suruh bersiap nak ride lagi....

www.ceritaku.m

www.ceritaku.m

Bestnya malam tadi amat lena tidur,dah perlu risau nak ride ke mana-mana dah. Kami sudah sampai di Malaysia,sebenarnya di Bandaraya Kuching. Tahun 2010 yang lepas kami sudah pun menjelajah Borneo hingga ke Kuching. Tapi hari ini kami hendak lengkapkan jelajah kami yang dulu sampai di Kuching saja .. ini nak ke Sematan pula.


View Larger Map


Jarak perjalanan hari ini lebih kurang 100km saja sehala,jadi kena ride selama 1 jam dan lebih-lebih sikit,kalau kami berhenti ambil gambar atau singgah ke lokasi yang menarik perhati kami. Bestnya...dapat lihat rumah kampung,kami melalui Lundu untuk sampai di Semantan.

www.ceritaku.m

www.ceritaku.m

Sampai saja di sini kami agak terkejut kerana terlalu sunyi pekan ini dari hiruk-piruk bunyi enjin kenderaan. Macam tak percaya saja,pekan kecil yang ada pelbagai kedai untuk keperluan asas penduduk setempat tetapi agak sunyi,setelah kami selidik...rupanya inilah keadaan/situasi harian pekan ini. Kalau dulu kata mereka ada juga bas-bas awam yang berulang-alik antara Kuching ke Sematan. Namun sekarang sudah tiada. Maklum saja masing-masing sudah punya kenderaan sendiri dan lebih senang dengan pengangkutan sendiri. Lihatlah pasar taninya...tak banyak gerai-gerai yang dibuka.

www.ceritaku.m

Perut macam tahu saja kami sudah sampai di Pekan Sematan. Nak sarapan dululah,masa keluar dari hotel tadi kami belum bersarapan,memang dah niat nak sarapan di Sematan.Permisi...ye kami sarapan di sini.

www.ceritaku.m

www.ceritaku.m

Sematan ini merupakan hujung/penghujung Borneo...tapi yang kami sampai ini Pekan Sematan,kalau penghujungnya kena menaiki bot untuk ke pulau yang dikatakan sebagai penghujung bagi Borneo ini.


www.ceritaku.m

                                     www.ceritaku.m


Pembaca tengok pasti terkejut dengan kebersihan pasar Sematan ini,saya sememangnya terkejut sungguh. Iyalah...tak sangka dapat melihat begitu bersihnya pasar ini. Sampaikan bila lihat jualan sayur di sini pun dah terasa enak bila dimasak. Seronoknya...di Sematan tak bising...tapi pasti sangat sunyi bila malam menjelma. Ada pelancong dari semenanjung menyatakan amat sunyi menginap di Sematan,kalau betul-betul mahu ketenangan bolehlah ke Sematan.

You Might Also Like

8 rajin tulis

  1. tahniah org sarawak pasar kitak bersih

    ReplyDelete
  2. pergi pergi swak msa kecik2 dlu je.huhu

    ReplyDelete
  3. kalau boleh saya katakan.. terlalu bersih.. tahniah kepada penduduk tempatan..

    ReplyDelete
  4. sayur dia segar2

    peminat cheezy wedges?? ada promosi untuk cheese..jangan tunggu lama..

    http://kasihsuci-whh.blogspot.com/2011/11/promosi-tepung-cheese-wedges.html

    ReplyDelete
  5. sematan adalah pekan terakhir....kalau penempatan terakhir tu ialah kampung telok melano yang bersempadan dengan temajuk, indonesia. 87-88 dulu mengajar di telok melano.terima kasih..sbb saya dpt lihat tempat saya pernah bertugas dulu...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Tuan,maklumat berharga dari tuan.

    ReplyDelete
  7. seronok baca catatan mah.
    jauh berjalan byk pengalaman.
    pasar semantan yang bersih susah nak jumpa kt sini. Cuba tengok pasar selayang..... aduhai..

    ReplyDelete
  8. Tahniah la sape2 yang pnah sampai ke pekan terakhir tu di neg swk...sy org sematan n now stay kt kl...so sane mmg best..sy zaman kanak2 mmg membesar kt sana..nk bandingkan dgn pasar selayang...? Mana blh..hehe...selayang tu byk sgt org asing...xterkawal...sematan org tempatan je..lagi pun sematan ssh nk jumpe org asing ni...kawalan ketat kt sana..

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif