Kampung Rampayan Laut

Assalamualaikum...apa khabar semua? Kali ini akak nak bawa kalian ke Kota belud,khususnya ke Kampung Rampayan Laut. Selalunya amat jarang pelancung tempatan yang singgah lokasi ini. Kenapa dan mengapa tidak pula akak tahu. Kampung ini terletak di pinggir pantai.



ceritaku.my

Untuk pengetahuan sekalian,Kampung Rampayan ini hanya lebih kurang 77 km dari bandar Kota Kinabalu. Dalam sejam juga perjalanan memandu,tapi kami ke sini dengan motorsikal saja. Untuk sampai ke sini,kami menggunakan laluan ke Kudat...menuju utara Borneo,tidaklah sampai Bandar Kudat. Bandar yang hampir dengan Kampung Rampayan Laut ialah Kota Marudu dan Kudat serta Pitas.


ceritaku.my

Menurut sejarah Kampung ini merupakan lokasi perkampungan tertua bagi kaum Iranun. Kampung ini dibawah Dewan Undangan Tempasuk... Sumber ekonomi masyarakat di kampung ini ialah pertanian dan pelancongan. 


Khabarnya,hasil dari perbualan kami dengan warga tempatan terdapat serangga kelip-kelip yang mengeluarkan warna kuning (kelipannya) menjadi tarikan kepada pelancong. Serangga tuntung namanya dalam bahasa tempatan,mengeluarkan cahaya kuning diperutnya. Inilah antara tarikan terbaru kepada pelancong untuk terus singgah sini.


ceritaku.my


Ketika kami sampai,suasana agak panas maklumlah dah hampir tengahari dan matahari menegak di tengah kepala. Kami lihat banyak deretan perahu/sampan nelayan yang tersusun di pinggir pantai,agaknya sudah pulang dengan hasil tangkapan mewah dari laut.


ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my


Untuk mendapatkan pendidikan menengah,anak-anak warga tempatan akan dihantar ke SMK Narinang. Sekolah ini berasrama dan mereka akan menetap di asrama,kerana jarak Kampung Rampayan Laut dengan sekolah agak jauh. Tambahan pula tiada pengangkutan awam selain kereta sapu yang digunakan sebagai medan pengangkutan utama antara lokasi.


ceritaku.my

ceritaku.my

Pulau yang terdekat dengan kampung ini ialah Pulau Mantanani. Antara berita hangat mengenai lokasi ini KLIK SINI.


ceritaku.my

ceritaku.my

Tips untuk ke sini:
1. Kena bergerak awal pagi,bagi mengelakkan anda panas. Maklumlah ianya terletak di tepi pantai.
2. Bawa bekal minuman dan makanan ringan untuk alas perut,kerana hanya ada gerai kecil saja.
3. Pakai topi bagi menggelakkan panas.
4. Jika anda datang dengan pakej,semua yang di atas sudah disediakan mengikut dalam jadual .
5. Pakai pakaian yang bersesuaian.
6, Pakai kasut yang sesuai juga,maklumlah lokasi berair.

ceritaku.my

Itu saja untu entry kali ini...akak tinggalkan kalian dengan rakaman pendek yang sempat akak buat. Kita jumpa lagi di entry lain akan datang.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen