Sabah - Kota Belud
Uncle Jack Cabin
1/05/2017Salam kenangan salam sejarah.
Jangan lupa wajah kami,sesekali nak juga muncul di alam maya #jangankecam
Kenapa akak kata salam sejarah,sebab bila sejarah bermakna ianya sudah berlalu. Ianya kisah yang tinggal untuk diceritakan pada rakan lain mengenai pernah wujudnya lokasi ini. Sekarang kewujudan lokasi ini telah tiada,atau dengan kata mudahnya sudah tinggal sejarah hanya ada tapak lokasi yang berpagar.
Kami singgah tahun lepas dan telah semuka dengan pemilik lokasi ini (itu katanya-tidak pula kami dapat maklumat dari warga yang lain).Berborak lama hampir sejam mengenai lokasi ini. Lokasi ini pada ketika wujudnya dulu sangat diminati oleh pelancong Eropah yang bermalam sebelum mendaki Gunung Kinabalu.Khabarnya konsep yang diguna-pakai ketika itu ala-ala backpacker....konsep jimat-cermat yang amat diminati oleh para pelancong atau pengembara.
Sumber air dari bukit atau dikenali sebagai sumber air graviti oleh penduduk setempat.Ianya menyediakan lokasi bermalam dan disertakan dengan sarapan. Disamping itu juga lokasi ini diguna sebagai markas menjaga kehidupan haiwan-haiwan yang hampir pupus dari pemburuan haram oleh warga tempatan.
Begitulah sedikit-sebanyak catatan sejarah yang boleh kalian baca. Untuk sekarang lokasi ini sudah tiada,ketika kali terakhir kami ke sana pada awal november 2016. Kawasan Uncle Jack Cabin ini sudah berpagar dan semua papan tanda tiada.
Kalau ada nak tahu cerita disebaliknya,datanglah Sabah belanja akak kopi mahal dulu,baru akak buka mulut #bukanrasuahmintasimpatibelanjakopi.
Sekian untuk kisah kali ini...akak nak cari gambar lain untuk entry akan datang,wasalam.
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif