Gunung Kinabalu

Assalamualaikum,salam pendakian puncak tertinggi di Asia Tenggara,dengan ketinggiannya   4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut. Aka...


Assalamualaikum,salam pendakian puncak tertinggi di Asia Tenggara,dengan ketinggiannya  4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut. Akak memang sudah lama mengidam nak juga naik si Kinabalu. Mungkin ini lah dikatakan rezeki,dapat mencari rezeki di bumi Borneo dan pada masa sama diberi peluang mendaki bersama anak didik. 

Jika kita berada di Timpohon Gate suhu semasa adalah sekitar 14͒.

Timpohon Gate merupakan pintu utama untuk masuk/menuju pendakian Gunung Kinabalu dan ianya juga pintu keluar dari pendakian,kecuali jika ada laluan lain yang dibenarkan oleh Pihak Taman-taman Sabah. Laluan ini sememangnya sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa,ianya perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan para pendakian. 

Berbalik pada pengalaman mendaki akak,nanti akak akan berikan beberapa tips sebagai panduan untuk kalian yang berminat jadikan rujukan.

ceritaku.my

Oleh kerana kita mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara,akak mulakan latihan bersama rakan sekerja seawal 4 bulan sebelum pendakian. Ini sangat lewat jika dianggap sebagai latihan. 


Tips: 1. Jika sudah tetapkan niat untuk mendaki jangan tangguhkan latihan. Paling pendek latihan akak ini 4 bulan sebelum mendaki,sebaiknya lebih dari itu untuk stamina badan dan kuatkan otot kaki.

Lihat saja gambar atas,setiap laluan kecil dan memerlukan kaki yang kuat.


ceritaku.my

Tips ke 2 : Bukan mudah untuk sampai pada KM 0.5 ini. Sebab itu sebelum mendaki,pastikan kalian tidak PANIK dengan pergerakan rakan pendaki yang lain. Biarkan saja mereka melintas dan melepasi kamu.Kita bergerak mengikut cara atau rentak kita (ini ilmu yang akak dapat dari porter/guide akak). 

ceritaku.my

Tips ke 3,akak berlatih sendiri dengan hanya berjalan,berjalan dan berjalan setiap hari. Bagi kalian yang boleh berlari itu lebih baik. Jangan lupa catat atau ingat jarak latihan yang dibuat. Sebagai contoh jika latihan pertama 0.5km kalian berjalan dalam masa 45 minit. Pastikan latihan hari seterusnya target masa itu dikurangkan dari 45minit untuk 0.5km kepada 40minit. Jangan terlalu paksa diri,janji ada pengurangan dan fokus dalam latihan.



Tips ke 4,akak buat latihan naik dan turun tangga sebelum latihan berjalan. Lihat gambar atas 👆👆. Akak dapat info latihan ini dari rakan yang pernah mendaki. Latihan naik turun tangga memang memeritkan. Tapi apa nak buat dah nak mendaki,naik jugalah.


ceritaku.my

ceritaku.my


Setiap 1km/perhentian ada disediakan wakaf rehat. Kita boleh rehat dan tandas juga disediakan. 


Tips ke 5,pastikan setiap hentian tidak terlalu lama berehat. Akak hanya berhenti paling minima 3 minit saja. 5 minit jika ke tandas dan Paling lama akak berhenti 20 minit itu pun disebabkan hujan lebat dan tidak dibenarkan oleh guide untuk bergerak. Kenapa tidak boleh berhenti lama? Ini disebabkan kita mendaki semakin naik dan cuaca semakin sejuk. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kekejangan/cramp pada kaki. Sebab itu ada pendaki yang hanya berhenti dengan berdiri tidak duduk,ada juga yang buat latihan jalan setempat. 



Tips ke 6,akak bawa air minum. Pikul atas belakang dan sedikit snek untuk tambah tenaga. Ada juga dikalangan pendaki yang lain bawa roti dan biskut. Terserah pada diri sendiri nak bawa apa. Apa yang penting kena bawa minuman dan makanan ringan untuk pulihkan badan yang tenaga tenaga sepanjang mendaki ini.

Semakin lama mendaki semakin menipis kadar oksigen,jangan panik. Lihat gambar atas. Lokasi gambar itu merupakan lokasi tragedi gegeran yang berlaku pada tahun 2015. Ketika akak mendaki pihak berkenaan sedang merakam/lakonan semula kejadian gegaran itu dan khabarnya ianya telah pun disiarkan dalamsiaran TV majalah 3 tahun 2016.

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Tips ke 7: akak hanya minum seteguk saja air jika penat semasa perjalanan mendaki. Cukup ke seteguk,bagi akak ianya cukup dan tidak mengganggu pergerakan akak. Sebabnya ketika latihan awal sebelum mendaki,akak minum secawan air dan teruskan latihan. Akibatnya akak rasa terlalu senak perut dan tidak selesa nak melakukan latihan. Rupanya cara akak ini salah,kalau terlalu dahaga pun rakan akak nasihatkan minum dulu seteguk air dan teruskan mendaki dan jika dahaga lagi baru minum lagi. Memang betul cara yang kawan akak ajar ini.


ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my


Tips yang ke 8 , akak guna kasut yang bertapak. Kalau yang bagus gunalah kasut hiking,itu yang terbaik. Kasut mendaki akak dan kasut latihan mendaki adalah kasut yang sama. Kenapa? Ianya bagus untuk keselesaan kita. Jika berlatih kasut lain dan mendaki kasut lain,agak kekok juga kita nak sesuaikan. Tak kisah lah nak guna kasut banyak pun,tapi pastikan kasut itu tapaknya boleh mencengkam tanah. Lihat saja gambar yang akak sertakan. Tapak kasut yang mencengkam boleh mengelakkan kita tergelincir/jatuh.



ceritaku.my

Tips yang ke 9.pastikan bawa payung atau baju hujan. Mula-mula akak pelik juga bila disuruh bawa payung atau baju hujan. Apa hal pula nak bawa benda ni,terlupa seketika. Cuaca di gunung akan sentiasa berubah dalam setiap minit. Sekejab panas,mendung dan tiba-tiba turun hujan.Pengalaman berhujan ketika turun dari pendakian memang memeritkan bagi akak. Apa taknya akak kena kekejangan kaki,sebab kasut dan setokin dah basah dek hujan. Lagilah cepat kaki kejang. Itu antara pengalaman manis mendaki Si Kinabalu. Jangan terkejut jika akak katakan akak mendaki dengan sebelah tangan kiri memegang payung dan tangan kanan memegang tongkat. Akak sendiri tidak percaya akak mampu buat begitu 😊.


ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Tips ke 10 , jaga kesihatan. Kenapa akak letak tips yang penting ini paling akhir sebabnya,akak tahu kadang-kadang ada dikalangan pembaca scroll skrin dan baca yang terakhir. Pastikan anda sihat tubuh badan sebelum mendaki. Dapatkan nasihat doktor sebelum mula mendaki. Jangan terlalu yakin untuk mendaki jika tidak buat latihan. Ada kisah kawan akak yang pada zaman mudanya pernah mendaki,tetapi bila sampai masa nak mendaki tarikh yang sama dengan akak dia tidak boleh mandaki atas faktor kesihatan diri.


Rasanya akak berhenti dulu untuk kisah Si Kinabalu ini,insyaallah akak nak buat bahagian kedua Gunung Kinabalu. Sebarang pertanyaan boleh ke ruang kontak akak.

You Might Also Like

1 rajin tulis

  1. Fuh teringin juga nak naik Gunung Kinabalu,nak kena kuatkan kaki nampaknya...

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif