Lombong Tembaga Mamut , Ranau

ceritaku.my


Assalamualaikum...salam meneroka dunia silam di Ranau. Sesuatu yang lama atau silam itu patut kita terokai untuk mengetahui kisah di sebalik nama lokasi gah ini. Trip yang lama kakak perap dalam simpanan. Sebenarnya bulan februari lepas lagi kami sudah sampai di Lombong Tembaga Mamut. Lombong tembaga terdedah terbesar di dunia dan amat tersohor suatu ketika dulu. Lokasinya di Ranau saja...perlu guna google map seterusnya sedikit ilmu keberanian menerjah lokasi yang agak seram tapi tidaklah seram juga kerana ianya bukan laluan utama. Tidak jauh dari bandar Ranau. Melalui perkampungan selepas itu barulah mendaki sekurang-kurangnya 8km ke atas...signal map akan hilang. Anda ikut saja laluan hingga jumpa laluan berpalang besi. Masih belum sampai sebenarnya perlu melepasi laluan berpalang itu dengan bayaran rm20 satu kereta dan percuma jika berjalan kaki. Kenapa perlu bayar,kerana ada beberapa lokasi ke lombong tembaga ini merupakan tanah persendirian. uhhhh...panjang intro akak.


ceritaku.my

Kami singgah buat temujanji dengan penjaga pagar untuk datang keesokkan harinya. Maklumlah petang gelap...kabus dan menyukarkan jarak penglihatan. Maka esoknya pagi lagi kami naik dan sempat juga memetik picu kamera telepon ambil gambar si kinabalu. Memang cantik...udaranya segar,sejuk pula.

ceritaku.my

Beginilah rupa kesan tinggalan lombong yang dibina sejak tahun 1975,dan menurut bekas pekerja lombong ini yang turut serta dengan kami,dulunya lokasi ini lengkap dengan kediaman kelamin dan kediaman bujang. Begitu juga dengan pengangkutan bas yang disediakan untuk kemudahan pekerja lombong. Sekarang inilah kesannya, untungnya kami kerana dapat berjumpa dengan 2 orang bekas pekerja lombong....pelbagai kisah kami kongsi bersama.


ceritaku.my

Menurut sejarah hasil lombong tembaga Mamut yang diperolehi sekitar tahun 1975 ialah 21613.8 metrik ton yang bernilai sejumlah 11.5 juta yang dieksport ke luar negara. Amat bernilai tembaga kerana ianya berguna dalam pelbagai industri kita.



ceritaku.my

Malangnya lombong tembaga Mamut ini ditutup. Atas faktor keselamatan sejagat. Menurut kisahnya berlaku limpahan campuran air tembaga hingga ke lokasi kampung berdekatan. akibatnya binatang ternakan dan hasil pertanian musnah,paling teruk ianya merosakkan sistem pengaliran hingga berlaku mencemarkan. Pihak lombong ini terpaksa membayar pampasan kepada penduduk terlibat dan dikatakan juga ianya muflis kerana kejadian ini. Itulah sejarahnya...


ceritaku.my

Lombong tembaga Mamut kini berstatus tanah negeri setelah pajakan lombong seluas 1,942 hektar kepada Syarikat Mamut Copper Mine Sdn Bhd (MCM) tamat tempoh pada 15 Feb 2003.


Read more: BorneoPostApa yang merisaukan ialah kesan akibat gegaran 2015 di Gunung Kinabalu ini sedikit-sebanyak mempengaruhi masyarakat sekitar ini. Dikatakan berlaku retakan di dinding lombong tembaga Mamut ini. Yang merisaukan masyarakat setempat ialah jika berlaku gegaran yang lebih kuat lagi dikhuatiri retakan itu pecah dan mampu memusnahkan hampir 40 kampung di persekitaran yang melibatkan seramai 20 ribu penduduk.


ceritaku.my

Tapi mampukah kerajaan tempatan menimbus hampir 20.6 juta meter padu air yang mengandungi AMD. Read more : Sabah



ceritaku.my


Sebenarnya lokasi ini amat cantik. Sesuai sangat bagi sang pengantin yang mahu mengambil gambar kenangan di sini. Tetapi bila ditenung dalamnya air hijau lombong ini dan direnung pula kesannya jika berlaku gegaran kuat yang memecahkan dinding lombong pula. Amat menakutkan. Setenang hijau lombong tembaga Mamut ini tidak mampu menahan gegaran. Tambahan pula airnya yang dikatakan masih beracun dikhuatiri juga hujan lebat yang boleh melimpahi Sungai Mesilau juga Sungai Liwagu. Kita di luar lokasi Ranau hanya mampu berdoa yang terbaik untuk keselamatan sejagat.


Sekian....penat menaip entry sejarah kali ini. Selamat berpuasa hingga bertemu lagi.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen