Assalamualaikum  
Salam  selera  borneo. Kenapa  selera  borneo  kerana  kakak  mencuba  sayuran  kampung  yang  tiada  di  semenanjung. Warga  tempatan  menamakan  menu  ini  sebagai  'sayur  campur'.
Jangan  tanya  nama  sayurnya  kerana  mereka  memaklumkan  akak  ini  sayur  kampung. 
Janji  ianya  boleh  makan  dan tidak memudaratkan.
Bahan-bahan  yang  kakak  guna  untuk menu ini  :
1. Bawang  merah - ikut  kuantiti  sayur  2. Bawang putih - ikut sikit banyak sayuran
3. Ikan bilis - anggaran berdasarkan banyak sayur
4. Cili padi - ikut daya tahan pedasnya lidah kalian
5. Garam - secukup rasa
6. Gula - akak tak guna serbuk perasa / ajinomoto
*semua  bahan  diatas  ☝kakak  tumbuk  guna  lesung batu,maklumlah  orang  kampung  lebih  tradisional  guna  lesung. (Tidak  perlu  terlalu  hancur)  
Siap . ..lupa  pula  jangan  pula  kalian  tumbuk  sekali  garam  dan  gula. Garam  dan  gula  guna  dalam  masakan  nanti.
Peringatan  mesra  : garam  jangan  terlalu  banyak  sebab  kita  dah  tumbuk  bilis...nanti  masin  bilis  bergaul  garam ,ke  tong  sampahlah  sayuran  itu  nanti . 
Berbalik  pada  masakan  kita  tadi,kalian  hanya  perlu  tumis  bahan  yang  ditumbuk  hingga  naik  baunya . 
*ikan  bilis  untuk pengetahuan  kalian  masyarakat sini terus  masuk  begitu  saja  tanpa  tumbuk. Akak  saja  rajin  tumbuk  untuk  lebih  wangi  dan  sedap bila ditumis. 
*udang  basah  boleh  juga  diguna  selain  bilis .
*udang  kering  juga  kalian  boleh  guna.
Dah  naik  baunya  masuklah  sayuran  kampung  dan  garam  serta  gula.
Bila  siap  bolehlah  makan,kalian  kalau  cuba  di  rumah bolehlah kongsi  gambar  dengan kami.
Sekian . ..sesi  makan  kami  - hingga  jumpa lagi. 
 
 
 
  
 
 
 
 
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif