Süleymaniye Mosque - Turki

Assalamualaikum,salam jelajah eropah dari kami. Edisi coretan cerita kami jelajah ini agak lambat saya siarkan. Maaflah kerana masa mem...



Assalamualaikum,salam jelajah eropah dari kami. Edisi coretan cerita kami jelajah ini agak lambat saya siarkan. Maaflah kerana masa membataskan. Jelajah Eropah ini merupakan perjalanan kami sebelum menunaikan umrah tahun 2013. Jadi senang cerita ini merupakan kisah 2 tahun lepas. Betapa lama saya perap cerita ini. Bukan tidak mahu berkongsi pengalaman tetapi saya agak terbatas masa dek kesibukan yang saya lalui sepanjang 2 tahun ini. Berbalik pada kisah kita jelajah eropah ini. Lokasi pilihan Abe Mat ialah ke Turki. Saya memang suka.


www.ceritaku.my

Sedarah saya , kalian boleh refer...kata melayu rujuk pada laman sesawang DKNA. Driver tetap saya untuk lapangan terbang. Kiranya macam balai berlepas utama sebelum kami travel. Lihat saja beg dibelakangnya. Kami menggunakan pakej Andalusia sepanjang ziarah umrah ini. Sila percaya inilah kali pertama kami berjalan ke negara asing dengan pakej lengkap yang bermula dari Malaysia hingga pulang ke Malaysia. Kami selalu travel dan terjah. Senang cerita kami pakej 3 T....apa tu? Travel...tinjau-tinjau,line clear terjah saja!hahaaa...

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Alhamdulillah,memang rezeki kami. Jemaah umrah kumpulan saya diketuai oleh Dato' Ustaz Daud. Saya memang minat Dato' Ustaz Daud dan nak jumpa secara berdepan,akhirnya tak sangka pula boleh jelajah eropah dan mengerjakan umrah diketuai oleh beliau. Alhamdulillah.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami sampai Turki dah siang. Celik mata dapat lihat pemandangan bumi Eropah. Kalau kalian nak tahu uniknya Turki ini terbahagi kepada 2 benua. Sebahagian besar Turki yang berlokasi di Semenanjung Anatolia terletak dalam Asia. Manakala bahagian wilayah kecilnya yang berlokasi di wilayah barat laut Balkan terletak dalam benua Eropah.


www.ceritaku.my

Inilah pemandu pelancong kami sepanjang di Turki,namanya Ahmad. Isterinya orang Shah Alam.

www.ceritaku.my

Bila sampai negara orang kita makan ikut selera eropah. Telan saja dan nikmatilah.

www.ceritaku.my

Saya suka roti ini,masih terasa sedapnya ditekak saya.

www.ceritaku.my

Peminat 'cay' atau teh inilah dunia cay Turki,maaf saya peminat sihitam kopi.



Kurang manis tambah gula,tapi jangan berlebihan.

www.ceritaku.my

Ketua rombongan sibuk ambil gambar sampai kita ambil gambar dia pun tak perasan.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kalau datang ke Turki,tidak singgah masjid ini. Rasanya tidak lengkap perjalanan kalian jelajah sejarah islam Turki. Süleymaniye Mosque - uniknya masjid ini kerana ianya wujud dari empayar Ottoman lagi. Lama sungguh. Sangat utuh,unik dan cantik masjid ini,menurut pandangan mata saya. Seni bina islam diterapkan dalam ciri-ciri pembangunan masjid ini. Masjid ini sangat tersohor di dunia,tambahan pula ianya terletak ditengah bandar Istanbul. Menurut sejarah masjid ini dibina pada tahun 1550-1557. Sangat unik pembinaan masjid ini,kerana ada taman,kubah wudu' air pancut dan ditambah pula dengan 4 menara serta 10 beranda. Ianya melambangkan fakta Sulayman merupakan Sultan ke 4 Osmanli yang memerintah bandar serta Sultan ke 10 selepas penubuhan empayar. Faham tak? Tak faham baca lagi. Sejarah ni... Sejarah lain mengenai Masjid ini boleh baca di SINI dan SINI




BERSAMBUNG.........

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif