Negeri Sembilan - Alive 3D Art Gallery
Alive 3D Art Gallery
9/03/2015Assalamualaikum. Salam jelajah,salam mengembara,salam melancong dari kami. Kesibukkan membataskan saya untuk mencoretkan cerita dalam blog ini. Tidak mengapa,kali ini saya paparkan siri terjah kami ke Lukut, Negeri Sembilan. Kami ke Alive 3D Art Gallery. Lokasinya terletak di alamat No 38-40 Jalan DS 2/1 Bandar Dataran Segar Lukut. Tak perlu susahkan diri buka aplikasi Waze,anda pasti dapat terus ke lokasi ini. Saya tidak mahu tulis panjang silalah scroll ke bawah untuk lihat gambar.
Saya menghabiskan masa selama 2 jam di sini. Memang puas hati. Kalau ada kawan yang nak buat video klip pun boleh. Layan saja semua gambar 3D yang seolah hidup dan boleh berlakon pelbagai lagak untuk kenang-kenangan.
Waktu operasi : 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Tak mahu cerita dalam tulisan panjang-panjang di sini. Sebabnya saya nak kalian semua ke sana dan rasa sendiri keseronokkan seperti mana yang kami sudah alami. Info tiket klik SINI.
Bye...salam terjah lokasi Malaysia,dekat jer!
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif