www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam dari bumi Islam Turki yang kaya dengan sejarah zaman Othamaniah. Alhamdulillah sejarah Islam Turki terkenal serantau alam. Tidak rugi jika kalian datang ziarah mengenali dan menyelami sejarah islam Turki. Kali ini kami ke Taksim. Lokasi yang terkenal dengan pelancong.


www.ceritaku.my

Sememangnya Taksim ini amat terkenal di mata pelancong asing. Bagi yang minat membeli-belah di Taksim ini kalian boleh membeli apa saja yang dihajati. Tapi kenalah pandai tawar-menawar. Dan jangan lupa meninjau harga di pelbagai lokasi kedai yang berdekatan antara satu sama lain.


www.ceritaku.my

Taksim merupakan hab pengangkutan yang terpenting di Turki.


www.ceritaku.my

Istiklal Caddesi merupakan laluan pejalan kaki yang panjang dan berakhir di dataran Taksim.Ianya merupakan laluan bagi kaki shopping.


www.ceritaku.my

Jangan risau sekitar Taksim banyak hotel penginapan...pilih saja mana yang bersesuaian. Makanan...jangan risau banyak kedai makan berdekatan di situ. Sememangnya Taksim ini merupakan lokasi yang sesuai untuk aktiviti sosial seperti perarakan, sambutana tahun baru dan juga adalah Pusat Kebudayaan Artartuk.Lokasinya di Taksim Square.

www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam kembara dari kami.Kami dah sampai Turki khusunya di Istanbul. Untuk pengetahuan kalian ini kali kedua kami menjejak kaki di bumi Turki - Istanbul. Nak dijadikan cerita menarik kami bertemu dengan rakyat Malaysia yang membuka restauran di Turki. (lihat gambar atas...bolehlah kami bertutur dalam Bahasa Melayu). Borak punya borak rupanya mereka ada juga menjalankan perniagaan berkaitan dengan pelancungan ini. Senang cakap...travel agensi. Patutlah kami nampak 3 beranak dalam kapal terbang tadi rupanya mereka bertiga adalah pelanggan kawan baru saya ini.

www.ceritaku.my

Kami dipelawa ke restauran ini. Oleh kerana masih awal dan kami pun dah biasa dengan suasana Turki ini. Kami tidak menolak peluang untuk mengenali lokasi baru restauran mereka. Nak tahu lebih lanjut mengenai restauran ini lihat SINI.


Cantik sangat dekorasi dalaman restauran ini.Kami makan tomyam. Lidah melayu+siam sungguh. Selamat tinggal pada tuan kedai kami nak cari lokasi nak tidur malam nanti.


Kami mengembara sebab nak lihat dunia luar. Kami nak lihat negara orang. Kami nak lihat budaya,adat-resam dan cara kehidupan negara asing. Kali ini kami pikul beg dan guna pengangkutan awam sebanyak mungkin. Cuba kelainan di Istanbul.

www.ceritaku.my

Hasil dari perbualan kami dengan kawan baru di Istanbul ini. Barulah saya tahu bahawa di Istanbul ini saja terdapat lebih kurang 500 masjid yang berdekatan antara satu sama lain. Ianya akan lebih meriah bila saat masuknya waktu solat,kita akan mendengar laungan azan seolah-olah sahut-sahutan antara satu masjid dengan masjid yang berdekatan.Indahnya laungan suci ini sesuci agama Islam.

www.ceritaku.my

Hebat tak? Saya pun mulanya bayangkan macam mana nak sidai pakaian sebegini. Hanya di Turki - Istanbul.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Selesai kisah semalam,esoknya kami bergerak ke Bursa. Naik bas kami ke Bursa. Seronok . Tak bosan.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami lihat pemandangan dari bas. Memang cantik negara ini.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Seronok juga naik bas awam ini. Walau pun kena ikut arahan pemandu bas tetapi ianya merupakan satu pengalaman baru. Kami kena menyeberang Selat Bosphorus ini untuk ke Bursa. Lagi cerita menarik Bursa di SINI.

www.ceritaku.my

Suasana mesra perut dalam feri,jangan risau lah kalau kalian lapar boleh order saja.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Bursa ini merupakan bandar keempat terbesar di Turki ,bandar lain ialah Istanbul, Ankara dan Izmir. Lokasinya di bahagian barat Turki. Jarak dari Istanbul ke Bursa ialah lebih kurang 240km. Lagi cerita menarik Bursa lihat SINI. Selamat membaca....saya nak cuti DEEPAVALI.
www.ceritaku.my

Assalamualaikum kawan pembaca sekalian. Untuk kali ini saya ingin berkongsi pengalaman kami backpackers menjelajah Negara Eropah.Kami pikul beg kali ini. Dari Kuala Lumpur kami terbang jauh meninggalkan negara Malaysia dan transit di Abu Dhabi.


www.ceritaku.my

Sangat teruja dengan pemandangan padang pasir di Lapangan Terbang Abu Dhabi ini. Maklumlah jarang sekali melihat pemandangan padang pasir. Abu Dhabi merupakan kota kedua terbesar di UEA. Kota Abu Dhabi ini pesat berkembang menjadi kota metropolis kosmopolitan.


www.ceritaku.my

Dapatlah saya berjalan sekitar airport ini....nak membeli mahal,lagipun perjalanan baru bermula...say no to shopping!

www.ceritaku.my

Sambil rehatkan hilangkan lenguh badan...sambil cari lokasi untuk check in ke Turki. Rindunya Kota Istanbul.

www.ceritaku.my

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa ke Turki. Sebab kami dari Turki kami akan mula jelajah Eropah. Abu Dhabi ini sebagai Kota persinggahan saja. Baiklah saya tinggalkan kalian dengan pemandangan Lapangan Terbang Abu Dhabi...nanti kita jumpa di Istanbul.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home