Istanbul aku datang lagi

Assalamualaikum...salam kembara dari kami.Kami dah sampai Turki khusunya di Istanbul. Untuk pengetahuan kalian ini kali kedua kami menj...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam kembara dari kami.Kami dah sampai Turki khusunya di Istanbul. Untuk pengetahuan kalian ini kali kedua kami menjejak kaki di bumi Turki - Istanbul. Nak dijadikan cerita menarik kami bertemu dengan rakyat Malaysia yang membuka restauran di Turki. (lihat gambar atas...bolehlah kami bertutur dalam Bahasa Melayu). Borak punya borak rupanya mereka ada juga menjalankan perniagaan berkaitan dengan pelancungan ini. Senang cakap...travel agensi. Patutlah kami nampak 3 beranak dalam kapal terbang tadi rupanya mereka bertiga adalah pelanggan kawan baru saya ini.

www.ceritaku.my

Kami dipelawa ke restauran ini. Oleh kerana masih awal dan kami pun dah biasa dengan suasana Turki ini. Kami tidak menolak peluang untuk mengenali lokasi baru restauran mereka. Nak tahu lebih lanjut mengenai restauran ini lihat SINI.


Cantik sangat dekorasi dalaman restauran ini.Kami makan tomyam. Lidah melayu+siam sungguh. Selamat tinggal pada tuan kedai kami nak cari lokasi nak tidur malam nanti.


Kami mengembara sebab nak lihat dunia luar. Kami nak lihat negara orang. Kami nak lihat budaya,adat-resam dan cara kehidupan negara asing. Kali ini kami pikul beg dan guna pengangkutan awam sebanyak mungkin. Cuba kelainan di Istanbul.

www.ceritaku.my

Hasil dari perbualan kami dengan kawan baru di Istanbul ini. Barulah saya tahu bahawa di Istanbul ini saja terdapat lebih kurang 500 masjid yang berdekatan antara satu sama lain. Ianya akan lebih meriah bila saat masuknya waktu solat,kita akan mendengar laungan azan seolah-olah sahut-sahutan antara satu masjid dengan masjid yang berdekatan.Indahnya laungan suci ini sesuci agama Islam.

www.ceritaku.my

Hebat tak? Saya pun mulanya bayangkan macam mana nak sidai pakaian sebegini. Hanya di Turki - Istanbul.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Selesai kisah semalam,esoknya kami bergerak ke Bursa. Naik bas kami ke Bursa. Seronok . Tak bosan.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami lihat pemandangan dari bas. Memang cantik negara ini.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Seronok juga naik bas awam ini. Walau pun kena ikut arahan pemandu bas tetapi ianya merupakan satu pengalaman baru. Kami kena menyeberang Selat Bosphorus ini untuk ke Bursa. Lagi cerita menarik Bursa di SINI.

www.ceritaku.my

Suasana mesra perut dalam feri,jangan risau lah kalau kalian lapar boleh order saja.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Bursa ini merupakan bandar keempat terbesar di Turki ,bandar lain ialah Istanbul, Ankara dan Izmir. Lokasinya di bahagian barat Turki. Jarak dari Istanbul ke Bursa ialah lebih kurang 240km. Lagi cerita menarik Bursa lihat SINI. Selamat membaca....saya nak cuti DEEPAVALI.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif