Bali-suasana tenang

www.ceritaku.my Mulanya suami saya minta saya bergambar di sini,tapi saya menolak....takut pula rasa di hati. Memang unik seni rekanya tapi bila tengok,perhati betul-betul rasa takut ...memang timbul...Akhirnya saya pula yang ambil gambarnya.Lupa nak beritahu lokasinya ialah di lapangan terbang Bali sebelum kami bertolak pulang ke Malaysia.

www.ceritaku.my Waktu santai dan relak sesudah mandi kolam...di tempat penginapan kami Puri Dewa Burata. Kalau anda mahu ke sini,boleh booking online itu lebih murah berbanding walk in...

www.ceritaku.my Cantik bukan pemandangan di kolam mandi tempat penginapan kami. Pertama kali saya mandi kolam di Bali pula tu,kalau di Malaysia memang tak pernah mandi kolam langsung. Entah kenapa terasa nak sangat mandi kat sini,airnya sejuk,teduh pula walaupun jam telah menunjukkan pukul 12 tengahari. Kawasannya terlindung dari pandangan orang ramai.

www.ceritaku.my Inilah tempat siraman saya memang sejuk airnya,mandi di tepi kolam aje...maklumlah takut lemas...bukannya tahu berenang ni..




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home