Diari Borneo
Sabah - Kepayas
Kepayas - makanan tradisional
1/23/2019
Assalamualaikum. Akak perkenalkan rujuk gambar atas. Itu kepayas atau dengan kata lain namanya "bunga betik". Inilah makanan tradisional masyarakat di sini. Akak tak pernah cuba makan. Rasanya pahit,tapi kata orang yang pahit itu ubat. Bagi sesiapa yang boleh makan,cubalah resepi ini.
Klik link ini : MAKANAN TRADISIONAL KAUM MURUT
Khasiat Bunga Betik :
- Merawat kencing manis dan darah tinggi.
- Bagus untuk penghadaman - air rebusannya. Boleh juga buat menu kerabu bunga betik atau dijadikan ulaman makan bersama nasi.
- 'Bunga betik mempunyai rasa pahit, sama seperti daun betik. Hal ini disebabkan oleh kandungan Alkaloid Carpein atau C14H25No2. Sebatian ini ditemui oleh Dr. Carpein di tahun 1980. Berdasarkan kajian lanjutan, diketemukan fakta bahawa zat alkaloid carpein ini boleh digunakan untuk merawat penyakit jantung. Dengan demikian, salah satu khasiat bunga betik adalah membantu penyembuhan penyakit jantung.' ----petikan dari INI.
Kesimpulannya ; akak kena juga inshaallah satu hari nanti mencuba menu ini. Sebab khasiatnya amat baik untuk tubuh badan kita dan ianya tidak rugi kalau kita telan makanan yang memberi khasiat yang baik untuk kesihatan.
Hingga jumpa lagi,jangan lupa Klik SEE FIRST DAN FOLLOW KAMI di halaman ini.
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif