Weston , Beaufort

Assalamualaikum,salam jelajah pendalaman Sabah. Lokasinya lebih kurang 100km dari Bandar Kota Kinabalu.Letaknya sepanjang Lebuhraya Pan ...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam jelajah pendalaman Sabah. Lokasinya lebih kurang 100km dari Bandar Kota Kinabalu.Letaknya sepanjang Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sebenarnya menurut maklumat yang akak perolehi di Weston ini. Terkenal dengan produk ko-nelayan seperti udang kering,udang segar dan ikan yang pelbagai jenis.


www.ceritaku.my

Malah di penghujung kampung kami turut jumpa bangunan yang dijadikan ruang kedai untuk jualan hasil kraftangan penduduk tempatan ke pelancong dalam dan luar negara. Terdapat juga restauran yang dikendalikan oleh penduduk tempatan yang menjual menu "makanan laut" kepada pengunjung.

www.ceritaku.my

Sebenarnya untuk melihat sendiri nelayan yang pulang dari laut dengan hasil bekalan tangkapan bukan waktu tengahari. Ianya kerap berlaku di awal pagi atau kala senja menjelang. Masa ini bukan saja pemborong yang berebut untuk membeli produk segar dari laut tetapi pembeli perseorangan juga turut boleh membeli jika bekalan banyak dan mencukupi.



Kebanyakan pendudukan disini beragama islam dan berketurunan melayu-brunei. Dari segi slanga percakapan pula lebih kurang sama cara bercakap orang "semenanjung".


Itu saja buat tatapan kalian. Inshaallah akak akan tulis lagi banyak entry yang tertangguh untuk dijadikan sebagai bacaan ringan kalian. Bye!

You Might Also Like

3 rajin tulis

  1. Assalamualaikum.. Di Weston ni ada hotel atau homestay tak?? saya sedang mencari tenpat untuk tinggal di Weston 4 hari, boleh bagi saya nama dan nombor telefon tak??

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif