Sabah
Kiulu, Sinulihan, Ranau
7/05/2017
Assalamualaikum,salam jelajah Borneo dari akak dan Abe Mat. Tidak terlambat lagi rasanya akak sekeluarga nak ucapkan salam aidilfitri dengan ucapan "raya kamu sebulan".
Untuk cerita kali ini,akak nak kongsi sedikit pengalaman kami dengan kenderaan pacuan 4 roda (4WD) meneroka lokasi Kiulu, terus ke Sinulihan dan keluar melalui Ranau.
Jarak KK ( Kota Kinabalu ) ke Kiulu = lebih kurang 45 km
Jarak Kiulu ke Sinulihan = 38 km
Jarak Sinuluhan ke Ranau = map tak boleh kira,melalui jalan dalam yang belum digazetkan.
Kiraan perjalanan diatas akak ambil melalui map untuk mengetahui secara kasar jarak perjalanan, bila nak tahu jarak perjalan jalan Sinulihan ke Ranau iaitu jalan dalam terus map / peta pening nak buat kiraan. Ok,kita abaikan kiraan jarak ini. Jom ! baca kisah akak dan Abe Mat dibawah....scroll
Kalau kalian nak tahu terkini,gambar-gambar kami berjalan atau apa kami buat bolehlah Klik CERITAKU UNTUK MU , dalam halaman ini ada banyak album dan apa yang penting ianya TERKINI dan boleh berinteraksi terus dengan kami.
Berbalik pada cerita kami. Pergerakan kami kali ini menggunakan kenderaan 4WD,kami nak cuba jalan baru,senang cerita ...ini jalan PAN-Borneo yang hangat diperkatakan itu. Jalan ini masih dalam pembinaan. Jalan ini juga merupakan sebahagian Jalan PAN-Borneo,ianya ada banyak fasa-fasa pembinaan yang saling menghubungkan. Oleh kerana,jalan yang masih dalam pembinaan kami tidak berani nak bawa kuda besi kami tu.
Dari KK ke Kiulu inilah perjalanan kami ,tiada masalah kerana ianya jalan utama untuk ke Ranau.Untuk cabaran seterusnya ianya bermula setelah kami sampai di Kiulu...melalui Pukak dan masuk melalui jalan tanah merah ini. Kebetulan tidak hujan,jadi legalah sikit sebab tidak perlu risau jalan licin. Maklumlah 4WD kami bukan tayar lipan. Itu pun siap tanya pekerja dan penduduk setempat boleh atau tidak melalui jalan ini.
Mulut memang kena rajin bertanya,maklumlah jalan yang tiada papan tanda dan Abe Mat sememangnya dah pun kaji melalui map/peta sebelum bergerak mencuba jalan ini. Yang penting jangan segan bertanya. Hutan ni,sesat nanti kena RELA datang selamat.
Alhamdulillah,kerana tidak hujan disepanjang perjalanan. pergerakan kami lancar hinggalah sampai di Kampung Pahu. Mesti kalian pelik kenapa Abe Mat main air tu,buka saja-saja main tau. Abe Mat nak pastikan laluan boleh dilalui tanpa halangan besi,sebab ada ketikanya besi tersembol keluar,buatnya tercucuk tayar...nayalah kami nak menukar tayar. Tip ni...ingat air nampak tenang tapi ada besi,hahaaa. Lagi satu air ini bukan tenang tau!----- laju/deras , kami siap tanya penduduk ditepi sungai boleh tak kami melintasi jalan ini. Jaga-jaga ada masanya jalan ini tidak boleh dilintasi bila air terlalu laju/deras atau air ini tenggelam hingga separuh tayar. Tip...juga ,sila tulis dalam nota.
Kami jumpa SK Pahu,boleh rujuk di FB Abe Mat gambarnya juga di halaman yang akak link di awal entry.
Ok...akak tidak mahu detail sangat cerita sebab akak berhajat nak kongsi lagi entry ini ,jalan yang sama tetapi dengan pengangkutan kuda besi pula tetapi dengan cuaca hujan hingga kami terkandas di hutan.
Tidak pelik jika berjalan di hutan Sabah jika berjumpa air sebegini,maknanya ini lokasi laluan penduduk yang mengusahakan kebun berdekatan. Air ini digunakan juga sebagai minuman jika mereka terkandas dihutan oleh faktor cuaca,tidak juga pelik jika kita tengok ada pondok-pondok ditepi jalan yang digunakan untuk bermalam oleh tuan punya kebun berdekatan.
Hanya perlu berhati-hati dengan binatang berbisa,maklumlah hutan. Seterusnya akak akan cerita dientry lain tetapi lokasi laluan yang sama yang sangat cantik untuk dijadikan sebagai lokasi riadah bersama keluarga. Hingga ketemu lagi...bye!
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif