Kilimu Inap Desa, Ranau

Assalamualaikum,salam kejauhan dari Ranau. Jarak dari Kota Kinabalu ke Ranau lebih kurang sekitar 100km. Tidak jauh tetapi kalian perlu m...


Assalamualaikum,salam kejauhan dari Ranau. Jarak dari Kota Kinabalu ke Ranau lebih kurang sekitar 100km. Tidak jauh tetapi kalian perlu maklum jalan menuju ke sini ialah mendaki bukit maklumlah kena melepasi kaki Gunung Kinabalu di Kinabalu Park. Ranau kena maju ke depan lagi. Sampai saja di Ranau,tidak perlu masuk ke Pekan Ranau. Kalian terus saja menuju ke jalan Pusat Sukan atau Poring Hot Spring,tetapi tidaklah sampai ke sana. Kilimu terletak di pinggir jalan utama. Hanya perlu masuk kiri jalan selepas petronas Ranau,ada tersergam tinggi gerbang utama laluan ke Kampung Kilimu.

ceritaku.my


Masuk saja ke kampung Kilimu,tidak akan sesat. Kampungnya bersih,tersusun dan memudahkan kita menuju ke lokasi. Masuk terus menuju ke dewan orang ramai. Disitulah lokasi Inap Desa ini beroperasi. Penginapan ini diusahakan oleh Koperasi Penduduk Kampung Kilimu. Tahniah,ini usaha mencari sumber ekonomi bagi penduduk kampung.

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Dah tengok gambarnya? Akak nak cerita apa yang best di sini, tapi sebelum tu akak nak beritahu,kami pun belum pernah menginap disini.Bukan tidak mahu menginap tetapi lokasi ini "hot",sering penuh tempahan biliknya. Uniknya penginapan disini didirikan dengan dinding dan lantai yang berasaskan buluh. Sejuknya kaki bila pijak lantai,bila tangan sentuh dinding. Best sangat...macam dalam filem dulu-dulu pula.


Jangan pelik,gambar yang akak ambil ini sudah minta izin dari staf koperasi. Jadi kalau ada dikalangan pembaca blog akak nak merasa tidur di sini. Bolehlah kalian tempah di INAP DESA KILIMU . Kena tempah,wajib tempah sebab nanti tidur tepi jalanlah kamu.

ceritaku.my

Inilah pintu gerbang masuk ke Inap Desa. Pasti kalian tidak akan tersesat jika ke Ranau. Kalau tidak yakin gunalah teknologi Waze atau ringankan mulut kalian bertanya pada warga setempat. Bonus menginap di sini ialah kalian dapat bermain dengan ikan-ikan yang ditagal di belakang lokasi penginapan ini. Pasti seronok....


Ok ,itu saja nanti akak bele-belek gambar lain untuk kita kongsi cerita.

You Might Also Like

1 rajin tulis

  1. Saya akan ikut anak2 saya dan cucu2 saya. Saya perlukan 2 bilik, satu bilik rumah buluh utk 2 dewasa dan 2 kanak2 bermur 11 tahun Oleh kerana saya OKU, saya tak boleh naik tangga, saya perlu satu bilik bawah utk says dan anak saya.
    Buat masa ini,saya hanya perlukan maklumat bagaimana caranya
    buat tempahan bilik. Saya akan hubungi pihak koperasi bila kami dah confirm flight Ä·ami dari KL ke KK

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif