Kotor

Assalamualaikum,salam jelajah budget dari kami berdua. Pikul beg,jalan kaki...ramah-mesra dengan penduduk dan rakan travel secara tidak l...


Assalamualaikum,salam jelajah budget dari kami berdua. Pikul beg,jalan kaki...ramah-mesra dengan penduduk dan rakan travel secara tidak langsung kami dapat kawan baru. Kali ini kami bergerak dengan bas dari Dubrovnik ke Kotor.



Nama Bandarnya Kotor. Lokasi di Montenegro. Masyaallah sangat hebat ciptaan Allah. Cantik.



Jangan kesal untuk jejak kaki di sini. Lokasi Old Town yang sangat unik,bersejarah. Ianya lain dari yang lain.



Kalau dalam tv kita lihat,kisah perang dulu-dulu ada jalan berbukit dan kubu pertahanan di bukit. Kini ianya ada depan mata kami. Kami tak mampu nak mendaki naik. Tapi percayalah ada rakyat Malaysia yang sudah mendaki naik. Lelaki kalau tidak silap saya. Tahniah buat anak muda itu.









Saya biarkan mata kalian berbicara dengan paparan gambar di atas.


Inilah hentian bas utama untuk pergerakan utama ke lokasi lain. Kecil saja tetapi khidmatnya sangat besar untuk pelancong. Boleh tidur di stesen bas ini,kerana sunyi. Jarak hentian bas ke Old Town sangat dekat. Kami berjalan kaki saja. Sepanjang jalan ada pelbagai kedai. Seperti biasa kedai buah menjadi pilihan kami,singgah beli pisang dan air. 



Untuk pengetahuan kalian kali ini kami tidak bermalam di sini. Singgah ambil gambar dan jelajah lokasi berdekatan. Nak tahu kenapa kami ke Kotor? Kalian kenalah berdikari cari maklumat Bandar Kotor....kiranya ini homework buat kalian...hihiiii. 


Sekian...nanti kita sambung lagi.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif