The Equator Line -Garis Khatulistiwa, kami sentuh...

Percayakah anda kami menyentuh garisan khatulistiwa....? Ini buktinya lihat gambar... Dah tengok,kenalah percaya. Mulanya kami tidak...

Percayakah anda kami menyentuh garisan khatulistiwa....? Ini buktinya lihat gambar...




Dah tengok,kenalah percaya. Mulanya kami tidak mengetahui langsung mengenai garisan khatulistiwa ini,nasib baik biker muda Pasaman menahan kami dan memberitahu lokasi ini. Terima kasih,bro! Tahukah anda garisan khatulistiwa ini membahagikan bumi kita kepada 2 bahagian iaitu bahagian utara dan bahagian selatan dengan kedudukan garis lintang ekuator 0 darjah. Ini lokasi pertama garisan khatulistiwa di Indonesia yang kami singgah...Terlanjur kami di sini jom kita melawat muzium.




Dah puas posing luar muzium ...jom kita pakat masuk dalam lihat apa yang ada dalam muzium ini.





Inilah carta salasilah keturunan Pahlawan Imam Bonjol yang terkenal itu.



Maaflah hanya ini saja satu-satunya gambar yang saya ambil dalam muzium Imam Bonjol. Memang kurang memuaskan tetapi lebih ada walau pun kabur daripada langsung tiada.




Selesai sesi lawatan kami di garisan lintang khatulistiwa dan muzium Imam Bonjol. Selamat Tinggal PASAMAN kami berdua akan meneruskan ride ke BUKIT TINGGI-KOTA WISATA POPULAR.




Kami dihantar hingga ke sempadan daerah oleh 2 orang bikers muda ...lihat gambar atas.Seronok dapat berkenalan dengan mereka,seronok juga kerana dapat melawat muzium dan mengetahui sejarah lampau kepahlawanan melayu.Pemandangan sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi ini amat tenang dan menenangkan fikiran,tapi...tiba-tiba satu kejadian terjadi di depan mata kami berdua. Kita lihat apa yang berlaku..




Alhamdulillah tuan motorsikal tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,hanya kenderaannya saja langsung tidak dapat digunakan. Yang penting tuannya selamat,kenderaan kita boleh repair betul tak? Semua selamat ...posing dengan anak-anak penduduk setempat sekejab dan bye-bye kami ke Bukit Tinggi,Pak Ali dah menunggu kami di sana.







You Might Also Like

7 rajin tulis

  1. Assalamu'alaikum.

    Menariknya dapat melawat negeri orang. Teruskan kembara di bumi Tuhan.

    ReplyDelete
  2. mmg aktif akak ni..go!go! akak..heeeee~

    ReplyDelete
  3. wah... best.... ada org dah sampai Paris... akak sampai ke garisan khatulistiwa.. lagi happening!! sape pernah ke sana?.. rasanya tak ramai.... best..sesuatu yg saya berharap dapat buat.. :D

    ReplyDelete
  4. salam, kami juga telah sampai di tugu khatulistiwa, pontianak, kalimantan dalam jelajah kami ini. Memang menarik.

    ReplyDelete
  5. wah!untungnya sis!dpt pgg garisan khatulistiwa tue!

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif