Pulau Banggi

ceritaku.my

Assalamualaikum, salam dari Pulau terbesar di Malaysia. Pulau terbesar di Malaysia ialah Pulau Banggi,mungkin ramai yang tidak tahu mengenai pulau ini.Malah pulau ini juga kurang menjadi sebutan ramai. Atau senang cerita pulau ini kurang didedahkan pada umum mengenai kewujudannya.Luas pulau ini ialah 440.7km persegi,sahlah pulau ini yang terbesar di Malaysia tempat kedua diikuti oleh Pulau Langkawi seterusnya Pulau Pinang.

ceritaku.my

Sebenarnya pelancong lebih fokus ke TIP OF BORNEO,terletak di Kudat juga. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah Karakit. Disitulah ada sekolah. Sekolah rendah dan menengah di lokasi berdekatan,ada balai polis dan pelbagai lagi. Tapi kalau nak ATM kenalah turun ke Kudat dengan menaiki feri.Pulau Banggi ini kedudukan geografinya ialah Utara Sabah,dan ianya berdekatan dengan Teluk Marudu. Suku kaum yang menjadi warga penduduk ialah dari suku bajau ubian,dusun bonggi,kagayan dan juga suluk,mungkin juga ada kaum lain yang ada tidak dikategorikan disini. Maklumlah Sabah ini juga semakin maju,dan ramai dikalangan warga Sabah sudah hidup harmoni dalam perkahwinan campur antara kaum.


ceritaku.my

Sebenarnya akak dan suami tidak merancang untuk ke Pulau Banggi ini. Kebetulan kami jalan ke Kudat lantas terfikir untuk ke Pulau Banggi. Dalam kepala kami tiada info penuh mengenai Pulau Banggi ini. Kami dapatkan maklumat mengenai feri dengan warga tempatan di jeti feri,lantas membeli tiket untuk ke Pulau Banggi. Sebenarnya Pulau Banggi ini popular dengan hasil hidupan lautnya seperti udang,dan ketam. Masyarakat disini boleh dikatakan makan sedap dengan hidangan udang dan ketam. Malah maklumat yang kami dapat menyatakan ketam jika musimnya harga pasaran disini sangat murah dan kalau dijual goreng dikedai makan sini hanya rm1 untuk seekor ketam. Kena percaya,sebab kami makan rm1/ekor ketam goreng.

ceritaku.my

Gambar yang akak ambil ini semuanya disekitar Karakit,lokasi pentadbiran utama Pulau Banggi. 

ceritaku.my

Ini pula antara penginapan yang boleh kalian bermalam jika sampai di sini. Tak perlu risau dengan berjalan kaki dari jeti feri boleh sampai ke sini. Faktor keselamatan juga jangan risau. Turun saja di jeti feri berjalan saja hingga ke daratan sudah nampak Balai Polis.

ceritaku.my

ceritaku.my

Gambar diatas merupakan beberapa lokasi utama di Karakit, sekolah dan juga pusat pentadbiran pendidikan yang berdekatan dan boleh bergerak dengan berjalan saja.

ceritaku.my

Ini juga penginapan yang boleh kalian bermalam harga rm50/semalaman. Kami tidur disini mengadap ke laut,malam-malam sunyi hanya kedengaran bunyi deruan ombak saja.

ceritaku.my

Ada pusat komuniti bersebelahan tempat penginapan kami. Dan untuk pengetahuan kalian,kami hanya di Karakit saja tidak masuk ke pendalaman Pulau Banggi kerana tiada pengangkutan,ada kereta tambang tetapi agak mahal. Kami tangguhkan penjelajahan ke bahagian lain Pulau Banggi dengan harapan rezeki berpihak pada kami untuk menjelajah pulau ini dimasa depan.


ceritaku.my

ceritaku.my

Pemandangan yang cantik,kerana pulau ini masih dalam proses pembangunan. Untuk masa sekarang pastinya hotel budget yang mengadap jeti sudah beroperasi sepenuhnya. Pasti meriah dengan kedatangan pelancong kelak. Pulau Banggi ini unik kerana ianya kurang mendapat sambutan pelancong,mungkin dimasa akan datang pelancong akan ke sini untuk melihat beberapa keunikan disini,khabarnya disini ada rumah jendela LOVe, akak pun tak sampai lagi.


ceritaku,my

Hidupan laut yang menjadi jualan warga disini. Untuk hidupan ini akak belum cuba makan lagi. Tunggulah...

ceritaku.my

ceritaku,my

Ini harga tiket kami ke Pulau Banggi tahun2016. Iya tahun 2016,tahun 2017 kami belum ke sana,nantilah jika ke sana akak update lagi gambar baru. Hingga bertemu lagi di entry akan datang bye!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen