Kerabu ikan bilis, dari Pitas

ceritaku.my


Assalamualaikum...salam rasa dari Pitas. Kali ini akak nak kongsi rasa Borneo dengan pembaca,jika anda ada masa dan peluang serta ada bahan boleh saja buat resepi mudah ini dirumah. Akak tulis resepi diatas berdasarkan rasa lidah yang akak makan di kedai berlokasi di Pitas.

Bahan-bahannya:

Ikan bilis- digoreng garing ,jangan hangit tau!
Bawang merah dimayang halus.(tiada bawang putih-sebab lidah akak tidak rasa pun bawang putih)
Serai - juga dimayang halus.
Bawang besar -dimayang halus juga.
Kacang panjang- dipotong halus ,nipis seperti dalam gambar.
Garam dan gula secukup rasa.
Perahan air limau juga secukup rasa. (mujur mereka tidak guna cuka)


Semua bahan diatas digaul sebati dan mesra rasa dan sedia untuk dihidangkan.


#Resepi yang akak beri ini berdasarkan apa yang akak makan disitu,mungkin pembaca mempunyai resepi yang lebih sedap lagi bolehlah berkongsi di sini.


Selamat mencuba,.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen