Kiaburi homestay & cafe


Assalamualaikum,salam jelajah borneo dari kami. Seperti yang akak janjikan terlalu banyak entry tertangguh yang perlu akak kongsi maklumat dengan pembaca sekalian. Kali ini kami ke Ranau. Lama sudah ni,ini kali pertama kami menginap di Kiaburi Homestay & Cafe. Kejadian ini pada bulan februari 2016. Jangan terkejut sebab akak banyak lagi entry pekasam yang bakal dikongsi dengan pembaca sekalian. Berbalik dengan kisah kami di Kiaburi Homestay & Cafe. Kami bergerak petang dari Kota Kinabalu ke Ranau. Bayangkan suasana yang agak mencabar kerana sini jam 6.30 sudah masuk maghrib, Tetapi kalau kita menuju ke Kundasang dan Ranau makin terasa gelapnya lebih awal.



www.ceritaku.my

Kiaburi homestay & cafe ini terletak di Jalan Tambunan-Ranau. Tepi jalan dan senang dilihat kerana ianya berada diatas kawasan sedikit berbukit.Jangan risau nak mencarinya kalian pasti tidak sesat. Boleh lihat dilink yang akak sertakan diatas.

www.ceritaku.my

Menariknya disini kerana ada ruang santai sambil minum kopi dan menonton tv. Makan pun boleh berdasarkan menu yang disediakan oleh pemiliknya.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Rehatlah berapa lama disini. Sambil lihat tanaman yang diusahakan oleh pemilik homestay ini (lihat gambar bawah).

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Oleh kerana memang gaya travel kami yang tidak pernah booking awal lokasi penginapan. Kami dapat bilik yang besar kerana bilik kecil sudah penuh. Ramai juga pengunjung hujung minggu disini.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

3 gambar diatas merupakan penginapan kami berdua. Kalau kalian yang ada anak ramai amat sesuai menginap di bilik ini. Katil queen , katil bujang ruang atau jarak antara katil jauh boleh anak-anak main kejar-kejar.Sebelum lupa nak beritahu,pemiliknya beragama islam dan jika nak guna sejadah boleh minta dengan pemilik.

Apa yang menarik kami mempunyai pengalaman yang lucu di sini. Oleh kerana lokasi luar dan dalam yang bersih ketika kami kali pertama menginap di sini. Abe Mat rasa kekok untuk meletakkan seliparnya didalam bilik kerana tidak mahu mengotorkan bilik dan senang untuk kami solat.Walhal bilik ini luas dan kasut atau selipar boleh saja letak tersusun dibelakang pintu.Akak pula bawa masuk selipar dan susun belakang pintu.Selesai dan kami tidur...nyenyak.
Paginya seperti biasa bila berjalan sesudah subuh kami tidak tidur,kami akan berjalan sekitar lokasi penginapan.Keluar saja bilik,haippp....selipar tiada.Tidak rumit Abe Mat guna selipar jepun homestay dan kami ke Pekan Ranau.
Balik dari Pekan Ranau kami memaklumkan pada pemilik homestay,bahawa kami pinjam seliparnya kerana kehilangan  selipar kami. Rupanya....selipar Abe Mat dibawa lari oleh anjing kampung dan sudah ditembak oleh mereka. Gelak besar kami...anjing tertarik dengan selipar dan hanya ada sebelah saja yang tinggal. Nasib baik kami ada bawa extra selipar.

Malah kejadian lucu ini menyebabkan kami datang lagi buat kali keduanya menginap di homestay ini. Tetapi kali kedua kami sudah ingat dan tanpa segan membawa masuk selipar/kasut dalam bilik,tidak mahu pisang berbuah 2 kali.

Bagi anda yang mahu menginap disini boleh ke Fb pemilik homestay ini.Jangan risau bab cerita anjing ini. Mungkin hikmahnya Abe Mat kena beli selipar baru....ok selamat berhujung minggu. Akak akan update cerita lain pula akan datang.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen