D'place Kepayan

www.ceritaku.my

Assalamualaikum ...apa khabar rakan semua? Pastinya rakan pembaca sihat dan boleh meneruskan aktiviti harian sambil jeling-jeling baca blog kakak. maklumlah orang lama ni kesibukan membataskan pergerakan jari untuk menulis terlalu banyak entry tertangguh tanpa diterbitkan.

Kali ini kakak nak cerita pengalaman kami nyum-nyum di D'Place Kepayan. Lokasinya di Kepayan Perdana. Sangat dekat dengan rumah kami rupanya,tetapi dek kerna asyik makan masak sendiri tak berkesempatan mencuba sesuatu yang baru. Kami makan malam di lokasi ini. Unik! apanya yang unik....lihat saja gambar di atas. Lihat dalam FB -----> D'PLACE KEPAYAN PERDANA


www.ceritaku.my

Terpegun seketika.

www.ceritaku.my

Terletak di tingkat satu lot kedai. Dari bawah lagi sebelum menaiki tangga,akak dah tertarik dengan dekorasi kedai ini.

www.ceritaku.my

Sangat comey penyambut tetamu ni...cubit pipi sikit boleh?

www.ceritaku.my

Menu dihidangkan dalam bentuk set atau pakej. Sebaiknya kalian tanya saja pada pelayan sini apa menu yang sesuai untuk bilangan ahli rombongan kalian. Kakak dan Abe Mat pilih set A itu pun dah banyak untuk kami berdua. Harganya hanya rm20.90 saja. Sangat berbaloi. Untuk pengetahuan kalian lokasi ini secara asasnya menawarkan menu asli masyarakat tempatan. Memang tidak sama langsung dengan menu kamu orang semenanjung. Kami suka,sebab ini sesuatu yang baru untuk dinikmati,dirasai dan boleh kongsi dengan kalian pembaca. 



Lihat gambar atas ...itulah menu pilihan kami untuk 2 orang makan. Akak rasa macam 3-4 orang makan pun boleh.
www.ceritaku.my

Ini pula menu tambahan yang kalian boleh cuba makan. Cara makannya patahkan kepalanya yang berwarna hitam dan perah asam limau serta gigit dengan pantas sebelum ianya mengigit lidah kamu.

www.ceritaku.my

Ini menu kami. Zoomm dekat supaya jelas kelihatan. Dalam bungkusan itu nasi dari beras tempatan. Sambal terasi ,sambal belacan,sambal bilis yang tersorok,sambal tuhau dan sayur. Menu sihat!

www.ceritaku.my

Inilah nasinya dari beras asli sabah (kaler macam nasi dagang pulak) sangat lembut berasnya. Lupa pula ada disediakan telur asin juga.


Apa komen akak: Ini pertama kali makan,adalah tidak adil jika akak menyatakan langsung tidak sedap. Sebenarnya bila kita makan semuanya bergantung pada selera masing-masing. Pertama kali mencuba mestilah lain rasanya.

Apa yang akak suka : Jujur akak katakan...suka dengan sambal terasinya yang sedap,kalau pedas lagi sedap. Sayur pun sedap (kalau yang tidak makan sayur rugilah kalian). Begitu juga tuhaunya. Ikannya juga memikat selera akak.

Akak cadangkan kalian yang mahu mencuba menu asli Sabahan bolehlah singgah di sini. Lokasinya hanya 1.9km dari airport. Sambil-sambil tunggu kapal boleh makan dulu.

Mungkin jika ada kesempatan lain akak nak mencuba resepi lain pula,kali ini nak pastikan perut kosong baru sedap makan banyak-banyak.

Lupa nak maklumkan ianya HALAL. Untuk pengetahuan pembaca menumya berubah setiap hari,kalau tak percaya terjahlah FB mereka.


Okay....sekian saja nanti akak tulis lagi.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen