Kokol Hill ,Sabah

www.ceritaku.my

Assalamualaikum salam blogger dari negeri di bawah bayu. Apa khabar semua? Alhamdulillah kami sihat harap kalian sihat. Amat lama juga entry ini terperap bukan sengaja. Sibuk dengan tugasan negara,kami juga sibuk menjelajah Sabah. Kali ini kita ke Kokol Hill. Mulanya saya juga pelik dengar nama Kokol. Rupanya ia sebuah lokasi menarik terletak di Bukit Kokol,Menggatal. Tujuannya ialah menikmati pemandangan bandar Kota Kinabalu dari bukit ini. Tidak rugi kalau kalian ke sini kerana kalian mesti dan pasti menunggu sang mentari terbenam. Sangat cantik.


www.ceritaku.my

Gambar diatas merupakan penempatan penduduk sebelum saya sampai di Kokol Haven Resort. Gigih saya dan suami turun rumah selepas asar. Semata-mata nak mengejar sunset.


www.ceritaku.my

Sampai juga kami di Kokol Haven Resort setelah 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Maklumlah Sabah ini negeri berbukit dan jalannya berliku dengan turun naik bukit. Kena lebih berhati-hati memandu di Sabah. Di Sabah kalian boleh menguji kecekapan pemanduan kalian,apa sekali pun kalian kena utamakan keselamatan. Yeahhhhh! seronoknya sampai di Kokol Haven Resort yang jauh boleh menginap di sini. Sambil tunggu matahari terbenam bolehlah pekena kopi.


www.ceritaku.my


Bagi yang bawa anak kecil boleh saja lepaskan mereka dengan pengawasan bermain di sekitar resort ini. Untuk pengetahuan kalian ramai yang datang ke sini semata-mata untuk menjamu mata dengan pemandangan sunset kokol. Memang kalian akan puas hati,jika cuaca baik tidak berkabus kalian akan nampak bandar Kota Kinabalu.

www.ceritaku.my


www.ceritaku.my

Selesai melihat sunset,bolehlah pulang ke rumah. Sebenarnya ada banyak gambar menarik telah saya siarkan dalam INSTAGRAM saya bolehlah lihat di sana,kerana saya lebih aktif di IG. Entry ini juga kesinambungan kisah LOKASI MENARIK DI SABAH. Lagi lokasi menarik bakal menyusul untuk bacaan dan rujukan pembaca.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home