Selat Bosporus atau Bosphorus

www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam jelajah kembara dari Eropah. Jangan terkejut tetiba pandang gambar Abe Mat. Saja nak bagi kawan-kawan tengok Abe Mat dari dekat.Salam kenal yang baru datang menjenguk dan membaca blog kami. Sekadar penulisan ringkas kisah jelajah kami untuk dikongsi bersama rakan pembaca. Tidaklah sehebat orang lain,kami hanya si pengembara budget yang menjelajah negara asing,serta berkongsi serba-sikit kisah kami bersama rakan pembaca.


www.ceritaku.my

Ini merupakan kisah ziarah kami sebelum menunaikan ibadah umrah. Pengalaman yang menarik kerana kami selalu "travel" ikut gaya kami. Tetapi bila nak menunaikan umrah kali ini,kenalah ambil pakej. Sesuatu yang menyeronokan kerana kami bergerak dalam kumpulan secara tidak langsung kami saling berkenalan antara ahli dan bertukar cerita sepanjang kami bersama.


 www.ceritaku.my

Ikut saja ke mana pihak agensi pelancongan ini bawa kami. Lokasi sejarah selat bosporus kami layari. Memang menakjubkan bila belayar Selat Istanbul. Selat Bosporus atau Selat Istanbul merupakan selat yang sama. Selat inilah yang memisahkan bahagian Eropah dan bahagian Asia negara Turki. Ianya menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Hebatnya negara Turki sehebat sejarah agong kerajaan othmaniah.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sengaja saya biarkan pembaca ralit seketika dengan pemandangan indah sekitar selat bosphorus ini. Cantiknya pemandangan digambar tetapi lebih menakjubkan pemandangan secara langsung dengan pacaindera kita. Jangan kata kalian jatuh cinta dengan Turki. Kami berdua berkali-kali jatuh cinta dengan negara ini. Jika ada kesempatan lagi insyaallah Turki kami terokai. Jujurnya....melalui pakej ini ianya menepati citarasa kami berdua. Panas bergambar di atas kapal tidak sama sekali menghalang kami memetik laju picu kamera merakamkan saat indah di selat ini. Maaf juga dipohon kerana tidak mencatatkan disini info Selat Bosporus,ianya boleh kalian cari di mana-mana laman sesawang.

Jangan lupa banyak gambar menarik dan terkini dalam INSTA.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen