Perancis - Paris kota fesyen dunia eropah


www.ceritaku.my

Akhirnya jejak juga kaki kami di Kota Paris,Perancis. Alhamdulillah.

www.ceritaku.my

Notre Dame / Notre Dame Cathedral merupakan gereja gothic pertama yang dibina di dunia.

www.ceritaku.my

Masuk ke gereja ini adalah percuma,kami masuk. Keinginan melihat apa yang ada didalam gereja ini membuak-buak dari luar pintu gereja hinggalah ke dalam gereja. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ibadat sebegini. Sememangnya ianya merupakan satu pengalaman yang berbeza dan amat bernilai buat diri saya dan suami. {nak tahu selanjutnya....kita ngopi,baru boleh kongsi cerita hihiii}.

www.ceritaku.my

Lokasi Notre Dame yang amat strategik di tengah kota Paris dan berhampiran dengan Sungai Seine. Cuba lihat seni binanya,ikhlas saya katakan memang unik dan amat cantik seni binanya.

www.ceritaku.my

Nampak tak? Ini merupakan salah satu daya tarikan di depan Notre Dame.

www.ceritaku.my

Sungai Seine yang terletak berhampiran Notre Dame. Bersih. Bolehkah kita menjaga sungai kita sebegini?

www.ceritaku.my

Nak beli cenderahati pun senang hanya di pinggir jalan saja. Boleh pilih yang mana berkenan,harga memang semua dah tahu pasti terkopek wallet....huhuuu. Untung Mikhail dapat ole-ole Paris.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Musee de lourve, muzium terkenal disini. Potret Monalisa merupakan satu dari daya tarikan buat pengunjung untuk kekal beratur panjang untuk melihat potret ini. Dibuka pada 10 Ogos 1793 dengan jayanya mempamerkan sebanyak 537 lukisan ketika itu. Malangnya muzium ini ditutup seketika atas faktor keselamatan,diceritakan bahawa ketika penutupan antara tahun 1796-1801 ianya disebabkan oleh masalah struktur dalam bangunan tersebut. Terasa seronok pula berada di Paris ini.

www.ceritaku.my

Jangan lupa singgah di Arc De Triomple,sangat dekat kalau berjalan kaki dari Notre Dame. Gerenti penat jalan tapi kami puas hati! Kalau nak senang ikut saja laluan underground tunnel. Tahukah anda? Arc De Triomple ini merupakan mercu tanda kemenangan yang dibina oleh Napoleon tahun 1800,sayangnya Napoleon kalah sebelum mercu tanda ini siap. Itulah sejarahnya. Nak masuk sini kena bayar sebanyak Euro9 dan percuma bagi pemegang Paris Pass.

www.ceritaku.my

Kota Paris juga dikenali sebagai Kota Cinta. Selamat membaca,nanti kita bertemu lagi di entry akan datang assalamualaikum.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen