Trip budget ke Bursa

Alhamdulillah kami berpatah balik dari Bursa ke Alibeykoy nak naik bas ke Taksim semula. Kalau pagi tadi seawal jam 7.00 pagi dah pun sa...

www.ceritaku.my

Alhamdulillah kami berpatah balik dari Bursa ke Alibeykoy nak naik bas ke Taksim semula. Kalau pagi tadi seawal jam 7.00 pagi dah pun sampai dan bersarapan di Alibeykoy. Kali ini kami dari Bursa ke Alibeykoy nak kembali ke Taksim.


www.ceritaku.my

Tambangnya sama saja 25 lira seorang, untuk ke Taksim. Kenapa kami hanya separuh hari? Sebabnya lokasi Bursa ini selalunya menjadi tumpuan pelancong ketika musim sejuk. Apa yang saya dapat lihat ianya lebih kurang sama dengan bandar Istanbul. Hanya ianya jauh dari bandar utama. Harga barangan juga agak murah berbanding di Taksim.


www.ceritaku.my

Ini pengangkutan utama di sini.

www.ceritaku.my

Ini pemandangan yang kami lihat ketika menunggu ketibaan bas kami. Rumah di lereng bukit yang cantik dilihat.

www.ceritaku.my


Dalam perjalanan pulang ke Taksim,terlihat masjid yang terletak betul-betul di celah bangunan. Seni bina masjid yang menarik perhatian saya.


www.ceritaku.my

Akhirnya kami sampai di Taksim jam 8.00 malam. Sempatlah juga kami ambil gambar suasana petang sebelum waktu maghrib. 

www.ceritaku.my

Seronok juga melihat pelbagai gelagat warga tempatan membeli makanan. Apa yang penting kena lebih berhati-hati ketika membeli kerana ada juga gerai yang tidak memaparkan tanda harga. Ingat setiap makanan yang sama harganya pun sama dengan gerai yang lain. Baiklah dah maghrib kami nak balik ke Soho Hostel,ini kami booking online. Assalamualaikum....nanti kita jumpa lagi.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif