Tuesday, January 31, 2012

Ekspedisi Vietnam Utara bermula di sini


Ramai pula yang bertanya pada saya melalui entry yang lepas kenapa kami tak membawa ER6 kami ke Vietnam?Bukannya kami tidak mahu membawanya,tetapi ada beberapa prosedur kerajaan/ antara negara yang rumit dan kos yang agak lumayan lalu memaksa kami menyewa HONDA milik kawan Huang ini. Selesai kami membaiki  honda ini,seperti memasang cermin sisi. Kami bergerak meninggalkan Huang menuju destinasi kami seterusnya. Agak malang juga selepas wanita penjual roti ini,jentera 2 roda kami pancit secara tiba-tiba.


Ketika gambar ini diambil masih elok lagi tayar honda kami selepas memotong kenderaan ini terus aje pancit.Keadaan ini memaksa saya dan Abe Mat ke pinggir jalan dan saya berhenti menumpang rehat di depan rumah kedai. Manakala Abe Mat bergerak sendirian menuju ke dalam kampung untuk membaiki tayar yang pancit itu. Lebih kurang 40 minit juga menanti Abe Mat membaiki tayar pancit,saya duduk diam membisu nak bercakap dengan tuan kedai mereka tak pandai,nak pelawa air mereka bawa botol air terus kepada saya.Kelakar juga....Selesai urusan motorsikal, ekspedisi diteruskan lagi...harap-harap tak akan ada apa-apa masalahlah. Huang sudah memesan pada kami perhati papan tanda dengan teliti kerana lebuhraya Vietnam ada laluan motorsikal tidak dibenarkan masuk/melalui jalan tersebut.


Kami nak mencari papan tanda ke Son La,wah...rupanya ada 2 jalan boleh menuju ke sana. Jalan pertama memang jauh,jalan kedua banyak simpang-siur tetapi dekat...hanya khuatiri sesat kerana simpang yang banyak di kampung yang bakal kami lalui itu. Garmin/GPS...hahahaa memang kami tak bawa,kali ini ekspedisi terjah sambil mencari maklumat di internet.Berbalik kepada cerita jalan tadi kemi memilih jalan ke 2 yang dekat dan dengan penuh ikhlas kakak penjaja daging ini sukarela membantu kami dengan membawa terus ke persimpangan utama jalan tujuan asal kami. Terima kasih kak..


Lega ...kami bila kakak tu tunjuk papan tanda di depan kami...Sebenarnya jauh lagi perjalanan ni. Ini pun belum sampai separuh perjalanan. Bayangkan Honda ini bawa 2 orang dengan 1 beg pakaian yang agak besar serta sedikit bekalan makanan ...mana mungkin memecut laju hanya setakat 80/km saja yang mampu,kiranya lajulah tu...

Monday, January 30, 2012

Pastikan kenderaan anda selamat sebelum ride


Bila dah bersedia untuk ride kita kena pastikan kenderaan selamat untuk digunakan sepanjang perjalanan,supaya tidak timbul sebarang masalah di jalanan kelak.Amat teruja hari ini,apa tidaknya pertama kali merasai sendiri berada dalam kelompok rider di Bandar Hanoi. Amat sesak dengan jentera 2 roda ini,seronoknya kami.Kalau dulu asyik menonton di kaca TV betapa mencabarnya menunggang motorsikal di Vietnam,hari ini giliran kami merasai pengalaman berharga ini. 


Inilah jejaka handsome berbaju hitam berseluar panjang putih rakan Hanoi kami yang menyewakan Hondanya untuk ekspedisi ride Vietnam Utara kali ini. Namanya Huang,seorang yang murah dengan senyuman dan peramah orangnya. Fasih berbahasa Inggeris. Kami dibawa Huang ke kedai servis motorsikal milik seoarang kenalannya,Huang nak servis motorsikal ini sebelum kami membawa jentera 2 roda ini menjelajah Vietnam.  


Ahhh....terkejut tak??...Kalau di Bandar Hanoi kebanyakkan biker wanita bawa motorsikal Honda atau skuter,ini pun Honda juga tapi gambar ini dirakam di luar sikit dari Bandar Hanoi.



Saturday, January 28, 2012

Sebelum ride


Hari pertama memulakan ride,kami sememangnya bangun awal. Sengaja kami buat begitu antara sebabnya inilah nak ambil gambar aktiviti masyarakat setempat di sekitar Old Quarter. Kalau kami minta ambil gambar bersama, mereka minta bayaran.Jadi kalau ambil secara langsung sebegini,free lah.


Inilah gerai-gerai bergerak/kalau dikampung saya kami beri gelaran "orang menjaja" ialah mereka menjaja atau menjual hasil pertanian atau jualan dengan memikul bakul-bakul dari satu lokasi ke lokasi yang lain.Kekuatan tenaga fizikal amat diperlukan untuk aktiviti berniaga seperti ini.



Seronok merakamkan aktiviti pagi di sini,semuanya sibuk dengan pelbagai persiapan. Ada yang baru pulang dari joging di Hoan Kiem Lake,ada juga yang bersiap nak ke lokasi bekerja bagi yang bertugas jauh dari kediaman.Tak ketinggalan para peniaga dah siap-sedia menyambut kedatangan pelanggannya.


Nak beli pokok bunga pun boleh. Masih awal lagi...sebelum ride kami terus berjalan dan memerhati aktiviti masyarakat setempat.Seronoknya...sebab kalau ditelitikan suasana lebih kurang sama di Malaysia.

Thursday, January 19, 2012

Bekalan ride


Kalau nak ke kebun selalunya kita bawa bekal,kami nak ride pun kena beli bekal.Ini saja makanan yang boleh kami makan...untuk perjalanan akan datang dah siap kami beli sardin tin untuk di makan dengan roti ini,buat tambah perisa.Biar sedap sikit.

Sabar je makcik ini menunggu saya membilang duit dong...maklumlah kena bayar 10ribu dong tu.Kaya makcik ni,pagi-pagi dah dapat 10ribu.Kisah menarik mengenai roti....pada kali pertama beli roti ini agak mahallah puas tawar tak diberinya.Tetapi bila sepulangnya kami beberapa hari kemudian (banyak harilah juga-seminggu rasanya selepas ini)dapat harga runtuh hanya 5ribu dong untuk 5 biji roti.Murah kan!

Wednesday, January 18, 2012

Hoan Kiem Lake @ Tasik Hoan Kiem Part 3



Sebelum memulakan ekspedisi bermotorsikal kami hari ini.Menyinggah di Tasik Hoan Kiem merupakan satu aktiviti wajib kerana kami ingin melihat suasana pagi di situ...apa yang ada waktu pagi selain dari sibuk bersenam.Sengaja kami menjengah lokasi yang dikerumi oleh orang-ramai. Oooo..rupanya ada jualan baju,bukan baju lama/bundle tetapi baru-baru yang sememangnya dijual kepada masyarakat setempat. Kalau di Malaysia kita selalu ke Pasar Pagi atau Pasar Tani...begitulah disini.Hanya jualannya terhad saja.



Sambil memerhati gelagat pembeli di situ sempat jugalah saya merakamkan gambar bunga ini.Masih segar,berwarna cantik dan akan mengeluarkan bunga bila musim sejuk.Di Malaysia pun ada juga bunga ini selalunya yang berwarna kuning.Maaflah saya tak tahu pula nama bunga ini,kalau ada dikalangan anda yang mengetahuinya...jom,pakat kongsi beritahu saya.

Monday, January 16, 2012

Hoan Kiem Lake @ Tasik Hoan Kiem Part 2


Dah puas kita melihat Old Quarter di waktu malam,sekarang saya paparkan suasana pagi di Tasik Hoan Kiem ini. Seronok melihat mereka berjoging waktu pagi.Sememangnya aktif dan bersemangat setiap aktiviti yang mereka lakukan.


Ada yang sibuk berjoging,tak ketinggalan yang turut sibuk bersiap-siap untuk berkerja.Kalau lokasi kerja berdekatan selalunya mereka akan berjalan kaki saja.Berjalan kaki dengan laju merupakan aktiviti biasa bagi mereka.Kenapa dengan laju? Mungkin itu satu daripada kebiasaan mereka...



Masih berbaju tidur tapi tetap melakukan senaman ...boleh tiru buat di Malaysia.


Inilah HONDA kami....Betul dengan motor ini kami akan gunakan sepanjang ride di Vietnam.Insyaallah boleh ..Sang Honda ini pergi jauh dengan 2 penumpang dan beg pakaian kami.Kenapa HONDA? Honda merupakan motor yang paling lasak untuk aktiviti jauh dan lama di sini.Di samping itu Honda,jika berlaku sebarang kerosakkan senang nak dapatkan barang ganti...(harap-harap...janganlah rosak).Cadangan menggunakan Honda ini merupakan idea kawan Vietnam kami...kita lihat saja nanti MAMPUKAH HONDA MENJAYAKAN EKSPEDISI KAMI..???

Saturday, January 14, 2012

Old Quarter,Hanoi Part 2


Untuk paparan kali ini kita kongsi beramai-ramai melihat keseronokkan Old Quarter,Hanoi bila malam menjelma.


Kalau anda perhatikan pada sebelah kanan ini sudah tertera tarikh dan waktunya gambar ini dirakam (sila abaikan-kerana Malaysia dan Vietanam mempunyai perbezaan waktu lebih kurang sejam). Masa saya merakamkan gambar ini mereka sedang sibuk  menyediakan peralatan dan bahan-bahan mentah untuk jualan gerai mereka.Inilah gerai makan malam di Old Quarter,di tengah Bandar Hanoi. Gerai beroperasi setelah kedai-kedai di belakang gerai itu ditutup.Maknanya mereka saling berkongsi lokasi yang sama bagi tujuan menjalankan perniagaan.Kami bertuah kerana dapat menyewa Family Guest House yang amat strategik untuk melihat secara langsung suasana malam di sini.Malah untuk pengetahuan anda pembaca sekalian saya rakamkan gambar ini langsung dari beranda guest kami sewa.


Setiap gerai menjual hidangan yang berlainan...sekali pandang mulanya saya ingat sama saja menunya.Tapi bila perhati secara teliti nyata berbeza menu jualan.Kita beransur dari gerai makanan menuju ke arah kesibukkan malam di Hanoi....Kenderaan memang laju tanpa menghiraukan suasana sekeliling,tapi mereka akan berhati-hati dari pejalan kaki. Lihatlah...makcik ini relak saja berdiri di laluan sibuk...ngeri juga saya.


Sebenarnya tak lama kami berdua berdiri di tepi jalan utama tadi.Penat berdiri satu hal,ngeri tengok kenderaan laju pun iya juga...langsung kami ambil keputusan kembali ke laluan dalam jalan Old Quarter meninjau para pelancong asing yang seronok berborak dan menjamu selera di situ. Kami dah pun makan di Nisa Restauran.



 Bulan 5 merupakan bulan terakhirnya cuaca sejuk di Hanoi dan bermulanya musim bunga. Sempat juga kami meninjau gerai yang menjual pelbagai jenis bunga yang segar dan cantik...sebelum kami pulang ke guest kami.Seronok malam di Hanoi kerana kami lihat situasi berbeza dengan negara kita.

Wednesday, January 11, 2012

Old Quarter,Hanoi


Dari Hoan Kiem Lake kami berdua menapak hingga di Old Quarter. Inilah lokasi kediaman kami untuk hari ini.Gambar di atas merupakan pemandangan waktu siang Old Quarter.Anda perlu tahu bahawa Hanoi merupakan Bandar ke 2 terbesar di Vietnam.Old Quarter pula merupakan lokasi wajib kepada pelancong bila menjejakkan kaki di Hanoi. Inilah pemandangan dari bilik kami di Old Quarter,ramai dah tak sabar nak tahu ...apa yang ada di Old Quarter. Macam-macam ada..! Buktinya.......  



Salah satu kedai yang kami redah di Old Quarter,singgah untuk mendapatkan maklumat. Sebenarnya kami sudah ada HONDA untuk ride kali ini. Saja singgah mendapatkan informasi,nanti balik Malaysia boleh kongsi dengan kawan-kawan. 


Inilah lokasi bagi pelancong yang suka membeli-belah,di Old Quarter semuanya ada. Jangan lupa sediakan Vietnam Dong atau USD.Pilih,bayar dan bawa pulang...ermmm 




Hebat bukan...kecil-kecil mereka dah melatih anak berniaga.Sempat saya snap gambar kanak-kanak kecik ini,tapi tak pasti pula dia marah apa sampai bercekak tangan di pinggang.Pasti bukan marah pada kami berdua...Bagi anda yang baru pertama kali sampai di Hanoi dan menjejakkan kaki di Old Quarter,pastikan anda ingat nama jalan tempat kediaman anda.Di sini memang anda akan teruja membaca nama jalan yang UNIK contohnya seperti HANG MA,HANG DAU dan pelbagai lagi nak tahu lebih lanjut baca disini.Itu saja untuk kali ini,entry akan datang kita saksikan pula OLD QUARTER BERCAHAYA DI MALAM HARI.

Saturday, January 7, 2012

Hoan Kiem Lake @ Tasik Hoan Kiem








Hoam Kiem Lake atau Tasik Hoan Kiem,merupakan lokasi wajib jika anda berkunjung ke Hanoi. Entry saya kali ini merupakan himpunan gambar yang saya ambil di persekitaran Hoan Kiem Lake dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan.Amat popular di Hanoi,ianya merupakan lokasi riadah setempa, bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah TASIK HOAN KIEM ...sila ke lampiran ini. Rasanya anda pasti puas hati bila membaca sejarah asalnya,dan melihat sendiri paparan gambar di blog ini.

Sarapan di Hoan Kiem Lake@ Tasik Hoan Kiem


Masa atas flight tadi tak terasa nak makan. Tapi bila dah jauh menapak dari stesen van tadi hingggalah di Hoan Kiem Lake...irama dalam perut pun pelbagai,fahamlah kita kena isi perut sebelum berjalan lagi. Kami sarapan pagi menu Nasi Lemak Pak Nasser,menu AirAsia.Lepas ini tak tahulah bila nak pekena nasi,kalau setakat di Bandar Hanoi boleh kami terjah makan di Restauran Nisa. Bestnya kami  makan sambil menghirup udara Tasik Hoan Kiem.Tapi esok atau lusa kami nak keluar dari Hanoi...kami akan makan apa saja yang Halal.

Friday, January 6, 2012

Motorsikal di Vietnam




Vietnam amat sinonim dengan kesibukan jentera dua rodanya,apa lagi kalau bukan motorsikal.Vietnam menduduki ranking ke 13 di dunia negara terpadat dengan penduduk. Malah motorsikal sebagai  pengangkutan yang paling popular di Vietnam.Inilah pemandangan awal ketika kami sampai di Ho Kiem Lake.Kami diturunkan oleh van penumpang di sini,apa lagi menapaklah kami menyusuri Ho Kiem Lake sambil mata melilau mencari lokasi untuk berehat melepaskan lelah.Sempat lagi tangan ini mengambil foto gadis-gadis berbaju pink yang berkumpulan dengan motorsikal berkempen sekitar tasik ini.Biasanya pada waktu pagi sebegini ramai orang bersenam,amatlah sesuai jika gadis berbaju pink berkempen mempromosi produk mereka.

Thursday, January 5, 2012

Airport Noi Bai,Hanoi Vietnam




Inilah Lapangan Terbang Noi Bai,Hanoi,Vietnam.Hanya 25 batu atau 45km dari pusat bandar. Inilah satu-satunya laluan udara bagi penerbangan antarabangsa.Antara syarikat penerbangan yang beroperasi di sini ialah Vietnam Airlines, Pasific Airlines, Tiger Airways dan beberapa syarikat lain. Jangan lupa pula Airasia turut beroperasi di Noi Bai Airport.Apabila anda sampai saja di terminal lapangan terbang ini ada beberapa kemudahan seperti perkhidmatan ATM,pertukaran mata wang asing,tempat membeli-belah dan pelbagai pilihan pengangkutan awam sedia menanti.Kami menggunakan perkhidmatan Vietnam Airlines-van,ini merupakan perkhidmatan pengangkutan yang popular dan mengenakan tambang berpatutan iaitu 4USD/2 penumpang ke Ho Kiem Lake.

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...