Sa Pa @ Sapa

ceritaku.my

Dah selesai mandi,siap pakai baju merah jenama Vietnam Abe Mat kita.Biasalah kena jadi model saya untuk aktiviti bergambar di Sa Pa @ Sapa.Kami sampai di Sa Pa kalau tak silap dalam jam 4.00 petang waktu tempatan.Lepas meronda dalam 1/2jam lebih baru balik ke hotel penginapan untuk mandi.Lepas mandi dengan air panas...keluar bilik mandi ketar kesejukkan cuaca Sa Pa.


ceritaku.my

Untuk aktiviti memanaskan badan kami meronda di taman ini.

ceritaku.my

Seronok ya...mengayuh.

ceritaku.my

Sambil menikmati pemandangan indah,jangan lupa sejarah Sa Pa dulu-dulu...ianya terletak di bawah kuasa pemerintahan Perancis.Itu kisah zaman perang.


ceritaku.my

Keindahan Sa Pa ini mula diberi peluang untuk kita warga asing/antarabangsa menikmatinya pada tahun 1993.Perlu diketahui umum Sa Pa @ Sapa merupakan sebuah pekan/kini bandar gunung yang didiami oleh pelbagai etnik minoriti.


ceritaku.my

Haaa...ini buktinya kawasan gunung yang merupakan salah satu lokasi kediaman yang sempat saya ambil gambarnya dari jauh. Nak ke sana tak boleh laluan masuk satu...hanya tuan rumah saja dibenarkan..Makanan utama mereka nasi macam kita juga,tapi jagung pun merupakan ruji utama mereka.


ceritaku.my

Ini pula gambar yang saya ambil dari lokasi tanah tinggi berdekatan,dibawah sana ialah dataran Sa Pa.Tahukah anda Sa Pa beriklim sub-tropika musim panas,musim sejuk yang sederhana dan 160 hari berkabus setiap tahun. Nak tengok kabusnya....nanti saya cari dulu gambar dalam koleksi.


ceritaku.my

Abe Mat tak melepaskan gelaran modelnya...dengan bergambar di depan pejabat pelancongan Sapa.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home