Thursday, June 30, 2011

Layanan Bikers Meulaboh?



Terbaik! itulah jawapan bagi soalan di atas. Bukan saja kami diberi minuman malah kami dibawa pula bersiar-siar sekitar Meulaboh bagi melihat sendiri lokasi sejarah di sini. Diiringi dengan beberapa buah motor ke tugu peringatan Teuku Umar.Tahukah anda siapa Teuku Umar jom lihat Meulaboh. Ini memang di luar jangkaan kami kerana dapat melawat lokasi sejarah Indonesia.


Cuci ER6 di Meulaboh



Terima kasih kepada bikers Meulaboh terutamanya tuan punya bengkel motor ini kerana sanggup mencuci ER6 kami yang berlumpur. Agak sukar hendak mencuci ER6 ini maklumlah berat tanpa muatan dah mencecah 200kg,kalau dengan muatan....kenalah bantuan 2 atau 3 orang menolak ER6 ini untuk cucian segera.


Segan pula bila orang lain mencuci kenderaan kita,lalu tuan punya motor pun ambil-alih mencucinya. Sekadar untuk melunturkan sebahagian lumpur yang tersisa di body ER6.



Tak lupa kami mengedarkan sticker WTR, kalau di Malaysia mungkin para pembaca sudah sedia maklum mengenai kehebatan majalah permotoran ini. Di Indonesia kami membantu kawan kami Bedoq...mempromosi WTR di sini..(pssttt...nanti encik Bedoq,jangan lupakan kami tau bila ride).

Wednesday, June 29, 2011

Bikers Meulaboh



Selesai saja makan, kami terus ke kedai motor  berhadapan kedai makan. Sekali lagi kami dijamu dengan minuman walau pun baru saja selesai makan dan minum.....tak tergamak kami menolak permintaan mereka. Minumlah kami segelas seorang  minuman hidangan bikers Meulaboh. Bertukar-tukar cerita dan pengalaman antara kami.

Tuesday, June 28, 2011

Yes! sampai di Meulaboh


Alhamdulillah,akhirnya sampai juga kami di Meulaboh.Jaraknya hanya 175km di tenggara Banda Aceh. Tidak jauh jaraknya tetapi keadaan jalan yang memaksa kita sebagai bikers perlu lebih fokus pada pemanduan. Bak kata orang tua-tua ..."biar lambat janji selamat!".


Tahukah anda Meulaboh ini juga dikenali sebagai Negeri Karam Pasir,menurut maklumat yang saya baca ianya mempunyai kaitan ekoran tragedi ombak tsunami tahun 2004 yang lepas. Pahlawan negara Teuku Umar Johan Pahlawan merupakan anak jati Meulaboh.


Tinggalkan kisah sejarah berbalik kepada cerita ride saya ini,sampai saja di sini perkara yang paling penting sekali ialah mengisi tangki kami berdua yang dah kosong dan bermuzik dangdut ini. Melilau mata mencari lokasi kedai makan yang besar dan berhampiran dengan kedai motor. Kenapa saya mencari kedai motor ?? Di Indonesia geng-geng motor menjadikan kedai motor sebagai pejabat operasi kegiatan ride motorsikal mereka. Di kedai motor juga kita pasti akan bertemu dengan bikers tempatan, atau kalau yang lebih bernasib baik presiden kelab motor itu sendiri.


Jumpa juga sebuah kedai makan yang agak besar dan kebetulan pula di hadapan kedai ini ada bengkel motorsikal....Maafkan kami ye! Nak makan ni nak ajak jamu selera sekali tak cukup...tunggu saja entry akan datang  :-)

Monday, June 27, 2011

Meulaboh...mangsa selamat tsunami


Sepanjang hari ini kami terasa perjalanan ride amat panjang,ingatkan sekejab saja sampai rupanya di Meulaboh pun belum jejak tayar motor ini. Satu pengalaman yang amat menarik dan memberi keinsafan kepada kami berdua kerana dapat melihat sendiri kesan tsunami 2004,walau pun sudah lama berlalu tapi kesannya belum pulih. Maha Besar Allah Pencipta Alam. Paling menarik kami berdua dapat bertemu dengan seorang pakcik iaitu mangsa tsunami yang terselamat. Lihat gambar di bawah....



Lokasi kedai ini merupakan lokasi mencari nafkahnya,juga merangkap kediaman pakcik ini.Ketika kejadian tsunami 2004 mula berlaku pakcik ini berada di kedainya seperti biasa berurus-niaga sambil melakukan aktiviti bertukang di sekeliling kedainya. Tiba-tiba suasana cerah bertukar menjadi gelap diikuti dengan angin yang amat kuat...begitu KUAT tiupan angin menimbulkan rasa curiga di hati orang tua ini. Keadaan tenang bertukar menjadi riuh-rendah bila dilihatnya bertempiaran orang ramai melarikan diri dari sesuatu. Pada masa itu pakcik ini belum pasti apa yang ditakuti oleh orang ramai,lantas terdengar di telinganya OMBAK BESAR!!! kata beberapa penduduk yang melarikan diri. Apa lagi! dengan kudratnya yang separuh abad pakcik ini hanya memakai seluar pendek lari ke pendalaman iaitu jauh dari pantai, tetapi bila difikirkan tidak selamat terlintas di kepalanya untuk memanjat pokok kelapa. Bayangkan bagaimana pakcik ini memanjat pokok kelapa dalam keadaan terhuyung-hayang akibat tiupan angin tsunami. Pakcik ini mengatakan amat sukar untuk sampai di puncak pokok kelapa tetapi beliau berusaha juga memanjat ke atas. Usahanya tidak sia-sia kerana katanya walau pun dia berada pucuk pokok kelapa tetapi kakinya masih terkena air ombak tsunami bayangkan......Pakcik ini melihat sendiri seluruh kejadian yang berlaku dari atas pokok kelapa ini...,manusia yang dihanyutkan ombak,haiwan ternakan yang turut dihanyutkan air..apatah lagi kanak-kanak kecil yang turut menjadi mangsa Tsunami.


Alhamdulillah katanya (pakcik itu) selamat dari kejadian ini merupakan satu rahmat dari Allah Taala.


Menu bikers....di Calang


Kalau tadi berhenti minum air kosong yang kami bawa sepanjang perjalanan. Kali ini terpaksa mengisi keperluan asas....perut sudah berbunyi tandanya kenalah makan. Apalah menu yang ada di sini??



Sementara nak makan sempat juga posing dengan tuan punya kedai .


Inilah menu bikers....telan saja sebagai pengalas perut janji HALAL.



Sempat juga Abang Mat kerling ke kedai pangkas rambut,tapi tak jadi nak pangkas rambutnya. Kami mengejar masa kalau boleh kami nak sampai sebelum matahari terbenam. Terus bersiap dan bertolak meneruskan ride......TAPAK TUAN wait!

Sunday, June 26, 2011

Melepaskan lelah setelah bermain lumpur


Berhenti rehat setelah penat kami bermain lumpur.Lega sebenarnya,bila tengok jalan sudah ok. Bukan apa risau kalau kemalangan berlaku maklumlah berat bebanan ER6 kami ini.



Ini gambar kaki seluar pemboncengnya. Boleh tahan juga,macam mana nak cuci ?


Lihat pula jentera ER6 kami,warna sudah bertukar kepada coklat.Biarlah kotor janji kami selamat sampai ke destinasi. Abang Mat siap berborak lagi dengan peniaga kedai ,bertanyakan jarak perjalanan yang perlu kami tempuhi.


Bila membaca komen Hasmizal,saya baru teringat satu kejadian agak mengerikan bagi kami berdua. Sayangnya tiada gambar kerana kami fokus pada ride berlumpur ini. Jaraknya...maaf tidak ingat,memang kami sungguh-sungguh ride dalam lumpur. Bayangkan pada suatu ketika lumpur sehingga disc brake tayar depan dan belakang motor. Mujurlah kami tidak jatuh dalam lumpur kena pada sangkaan kami ianya lopak lumpur seperti di Malaysia rupanya ER6 kami menerjah masuk dalam lumpur yang mempunyai satu lagi lubang lumpur didalamnya. Mujurlah kami berdua sempat bersandarkan badan kami pada body lori yang berhenti memberi laluan kepada kami berdua. Kalau tidak mandi lumpur lah kami hari ini.



Saturday, June 25, 2011

Sunyinya...tsunami melanda!


Perasankah anda melalui pengamatan gambar di atas,kita akan merasai suasana sunyinya penempatan di sini. Apa tidaknya ramai yang menjadi mangsa korban tsunami. Rumah kediaman baru pula agak jauh antara satu sama lain. Kebanyakkan yang tinggal di sini adalah waris-waris mangsa tsunami yang tidak terlibat ketika kejadian tsunami 2004.


Friday, June 24, 2011

Rumah bantuan ...tsunami 2004


Inilah rumah kepada semua mangsa tsunami yang tiada tempat tinggal. Kerajaan membantu mereka membina semula kediaman,walau pun kecil ianya rumah juga.Semua yang tiada tempat tinggal mendapat bantuan dari pihak kerajaan. Insyaallah berkat usaha mereka membina semula kehidupan kelak lokasi ini akan bertambah maju dan selesa didiami.

Thursday, June 23, 2011

Calang...lokasi ride seterusnya...


Calang merupakan lokasi yang turut dilanda tsunami yang dihasilkan oleh gempa bumi lautan Hindi tahun 2004,dipercayai hampir 30% penduduk setempat Calang terselamat dari tsunami.



Pembaca boleh lihat sendiri lokasi ini yang masih dalam proses pembangunan semula. Negara kita Malaysia juga banyak menghulurkan bantuan ketika berlakunya tsunami 2004.



Beberapa tahun berlalu semua lokasi yang dilanda tsunami masih giat dibangunkan semula,contohnya masjid ini dibina semula setelah ditelan tsunami 2004. Gambar ini diambil tahun 2010. Mungkin sekarang sudah hampir siap pembangunannya.

Wednesday, June 22, 2011

Ride di jalan licin, beranikah anda?


Wah! jalannya...beranikah anda? Jom...kita ride.


Kalau sebelumnya ingat tersesat atau tersasar dari jalan yang hendak dituju. Rupanya betul petunjuk jalan yang diberikan oleh penduduk setempat. Tapi tak sangka pula sebegini rupa bentuk muka bumi jalannya......licin dan main lumpur lah kami berdua hari ini. Ini baru hari ke 3 ride...dah main lumpur..



Bayangkan berat bebanan yang Abang Mat bawa. ER6 dah hampir 180kg,belum masuk kotak atau box tiga di atas motor,paling berat...pemboncengnya...Kasihan Abang Mat. Hidup biker!


Nampak sikit saja jalan lumpurnya...tak percaya kan! Nanti kita tunjuk apa jadi pada seluar rider kami berdua...cantik, bertukar warna ke warna coklat!


Bila jumpa saja jalan cantik sebegini,hati mula lega,lepas ni mesti jalan ok sikit atau molek dari sebelumnya. Risau juga jalan berlumpur berisiko tinggi untuk tumbang bermain lumpur.


Ada lagi rupanya...jalan sebegini maklumlah masih dalam pembinaan semula jalan raya. Jalan sebegini bahaya kerana lebih licin jika tersilap hilang perhatian seketika. Abang Mat ...jangan leka tau!



Ketika ini ambil gambar dengan penuh tertib dan berhati-hati,walau pun saya bukan pemandunya tapi terasa juga sesekali motor tersasar dari landasan. Risau,takut jatuh....bukan risau jatuh motor rosak khuatir pemandu dan pembonceng cedera. Kalau pembonceng cedera masih ok lagi kalau pemandunya cedera siapa nak bawa ER6 ini....Insyaallah sepanjang perjalanan minta ER6 ini sekuat tuannya (Abang Mat).



Lega bila nampak orang ramai di lokasi ini. Lihat papan tanda di atas ...itulah bukti bahawa lokasi ini masih dalam proses pembangunan semula dengan bantuan dari negara luar.


Rupa-rupanya ada juga kenderaan yang melalui jalan ini. Sangkaan kami hanya jentera 2 roda saja melalui jalan ini. Menurut makluman penduduk setempat mereka menggunakan jalan ini untuk semua urusan. Walau pun agak teruk...janji ianya boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti harian mereka.

Tuesday, June 21, 2011

Berakit sudah jom ride !

Dah turun dari rakit sekarang kami nak ride pula. Abang Mat dah tanya pada pekerja sukarela di rakit tadi nak melalui jalan mana. Rasanya dah jelas dan dah faham. Jom ride!



Biar betul jalannya,macam bukan laluan utama je. Tapi mereka cakap memang jalan ini. Rasa macam bukan jalannya saja,salah jalan kot Abang Mat.



Sana banyak rumah kediaman mesti situ jalan utamanya,mereka salah cakap pada kita ni. Nampak gaya kena Abang Mat bertanya sekali lagi.




Abang Mat baru saja lepas bertanya pada individu berbaju biru di belakang sana. Sememangnya ini jalannya,yang banyak kediaman di seberang sana ialah kampung penduduk sini.Ooooo,dah betul jalannya alhamdulillah tak sesatlah kami kiranya jalan ini agak baik struktur jalannya...Jom lah ! kita bertolak dah lewat ni.

Monday, June 20, 2011

Pemandu rakit Lamno


Mulanya saya mengambil foto-foto seperti paparan yang pembaca lihat pada entry yang lepas. Mata saya pula masih mencari-cari manalah...rakit yang hendak bawa kami dan ER6 ini ke seberang. Terkejut juga bila diberitahu bahawa papan atau pelantar bagi fikiran ketika itu rupanya rakit. Biar betul,terus menerpa bertanya mereka mana tempat drivernya ? Lihat gambar atas inilah tempat duduk driver rakit kami.


Ketika ini saya memikirkan....bagaimana pula keadaan atau kondisi jalan yang bakal kami tempuhi sebentar lagi. Lupa pula nak maklumkan pada pembaca sekalian,bila naik kenderaan kenalah bayar tambang. Biasalah Abang Mat pun bertanya.....apa mereka jawab ?? Tak perlu bayar tambang ! hanya minta kami sedekahkan seikhlas kami dalam kotak bertutup yang disediakan khas bagi tujuan pembinaan semula jambatan di lokasi ini.


Sunday, June 19, 2011

Menyeberangi sungai dengan rakit khas Day 3

Sampai saja di sini kami terkejut ....macam mana nak menyeberang ni?? Orang yang ada nak bertanya hanya di kedai kopi tepi sungai ini saja. Tiada pilihan lain kena ringankan mulut bercakap untuk mendapatkan maklumat. Kerja Abang Mat yang ramahlah bertanya dengan mereka semua.




Bayangkan bebanan motorsikal ini dengan 3 box yang besar dan penungang serta pembonceng yang boleh tahan besar,nak tolak naik atas rakit kelak. Bantuan diperlukan....




Bukannya jauh sangat nak pergi hanya di kampung seberang saja,tapi inilah satu-satunya jalan untuk ke sana . Akibat tsunami semua ini terjadi,tapi ingat bukan salah tsunami! Kejadian tsunami mengajar penduduk setempat lebih menghargai segalanya. Mesti pembaca tertanya-tanya mana rakit yang akan membawa kami ke seberang.



Kami sendiri terkejut,inilah rakit yang membawa kami ke seberang...Yang berbumbung itu ialah tempat pemandu rakit. Nanti dalam entry lain saya akan masukkan gambar pemandu rakit.




Ucapan ribuan terima kasih kami berdua tujuan kepada semua individu yang ada dalam gambar ini,mereka telah membantu kami menolak jentera 2 roda yang berat beratus kilo ke atas rakit. Tanpa bantuan mereka payah juga kami berdua nak menolak jentera 2 roda kami.

Saturday, June 18, 2011

Menu Jiran



Dodol versi Indonesia,sama bukan dengan dodol kita. Rasanya tak pasti sebab saya tidak membelinya ketika ini.Maklumlah perjalanan masih jauh,perut pun masih kenyang lagi.





Inilah antara makanan masyarakat tempatan di sini. Sama seperti rakyat Malaysia.





Kerepek sukun mesti sedap...makan buah sukun goreng celup tepung pun dah sedap ini pula kerepeknya.






Pasti pembaca tertanya-tanya kenapa kami berhenti di sini. Kami berhenti bukan untuk makan tapi kami nak ke Blangpidie.....masalahnya???? Tunggu entry akan datang.


Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...