Durban
12/04/2013Salam kembara DCH 7654 dari bumi Afrika. Assalamualaikum, gelukkig hallo, hoe is jy al (salam gembira, apa khabar semua). Abe Mat bera...
Salam kembara DCH 7654 dari bumi Afrika. Assalamualaikum, gelukkig hallo, hoe is jy al (salam gembira, apa khabar semua). Abe Mat berada di Durban. Durban merupakan lokasi peranginan yang sangat indah kerana bandarnya mengadap tiupan pantai Lautan Hindi. Bandar ini juga merupakan lokasi hiburan bagi golongan mewah kerana wujudnya kasino di sini. Terletak di wilayah Kwazulu-Natal,merupakan bandar kedua besar di Afrika Selatan. Jangan lupa bahawa Durban merupakan bandar pelabuhan kedua terbesar selepas Capetown. Yang pastinya Durban ini merupakan bandar yang sibuk dan maju.Saya tinggalkan kalian bersama model Upeh Spa Durban. Jangan lupa kami ada di Africa Ride dan Ceritaku,banyak lagi gambar menarik di situ.
Flea Minerton
12/02/2013Assalamualaikum....welcome...welcome! Meriahnya pasar ini. Yang sememangnya terkenal dengan pemandangan luar biasa dan juga khabarnya ...
Assalamualaikum....welcome...welcome! Meriahnya pasar ini. Yang sememangnya terkenal dengan pemandangan luar biasa dan juga khabarnya barangan murah boleh didapati di sini. Lokasinya di Marine Dive. Bertentangan dengan Taman Perindustrian Metro, Paarden. Menariknya ianya berlatar-belakang Table Mountain. Paling disukai kerana ianya percuma untuk meletakkan kenderaan pelanggan. Berkonsepkan mesra kanak-kanak dan mesra haiwan. Minerton Flea Market ini ditadbir oleh MITA. Dibuka seawal jam 8.00 pagi dengan lambakan pelbagai barangan dan pastinya harga murah yang menjadi kegemaran ramai. Bagi yang berminat dengan barangan klasik jangan lepaskan peluang untuk membeli di pasar ini. Tetapi Hari Perayaan Good Friday dan Krismas...mereka tutup! Bye...kita berjumpa lagi.
Terkini kami boleh lihat/like di Africa dan Ceritaku juga di Dkna.
Table Mountain
11/28/2013Kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi itu lah Afrika. Salam kembara dari Abe Mat,assalamualaikum. Jelajah sekitar ...
Kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi itu lah Afrika. Salam kembara dari Abe Mat,assalamualaikum. Jelajah sekitar Afrika ini memang mengujakan,ianya merupakan satu pengalaman mengasyikkan kerana mata terpaku pada keindahan alam Allah. Akhirnya Abe Mat jejakkan kaki di gunung yang terkenal di Afrika ini iaitu Table Mountain. Sangat bertuah bagi Abe Mat kerana Table Mountain ini mempunyai daya tarikan biodiversiti yang luar biasa. Dianggarkan 2,200 spesies yang sangat terhad dan ianya diikhtiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya tinggalkan pembaca dengan pemandangan New 7 Wonders Of Nature di Africa Ride 2013 dan Ceritaku. Groete !
Africa Ride 2013 - Bo-Kaap, Capetown
11/25/2013Assalamualaikum dan goeie môre (selamat pagi)...wah! baru beberapa hari di bumi Afrika lidah dah cuba menyebut beberapa perkataan muda...
Assalamualaikum dan goeie môre (selamat pagi)...wah! baru beberapa hari di bumi Afrika lidah dah cuba menyebut beberapa perkataan mudah untuk bertutur. Kalian pembaca sihat? Abe Mat sihat di bumi Afrika,ramai yang tertunggu-tungu nak lihat keindahan, kecantikkan bumi Afrika. Untuk kali ini Abe Mat ke Bo-Kaap. Dari bandar Capetown ke Bo-Kaap adalah sangat dekat sekitar 1.1km sahaja. Berjalan kaki pun boleh...mungkin dengan berjalan kaki memakan masa 15-30 minit sambil menikmati alam sekitarnya. Apa yang menarik di sini? Apa yang saya lihat ialah keindahan persekitarannya yang penuh warna-warni. Cantik! memang tidak tipu...betul anda boleh lihat SINI. Paling bersejarah ialah Bo-Kaap dahulunya ia dikenali dengan Kawasan Melayu. Jangan terkejut gambar yang Abe Mat ambil ni sama dalam laman web.
Lokasi : Di cerun Bukit Signal (Signal Hill)
Tarikan pelancong : 1. dikenali sebagai Pusat Bersejarah Melayu Tanjung di Capetown. 2.rumah yang berwarna-warni di Bo-Kaap ini menjadi tarikan pelancong.Untuk pengetahuan pembaca sekalian Masjid Pertama di Afrika Selatan ialah di Bo-Kaap. Di Bo-Kaap ini anda akan menemui tukang jahit yang mahir,tukang kayu dan pembuat kasut. itulah sumber ekonomi masyarakat di sini. Majoriti penduduk di sini dirujuk sebagai Cape Malay. Adalah selamat jika kita berjalan menikmati suasana alam di sini.Saya tinggalkan pembaca dengan sejarah BO-KAAP.
Table Mountain
11/23/2013Alhamdulillah...selamat juga Abe Mat menjejakkan kaki di Benua Afrika. Sememangnya ramai di kalangan rakan yang bertanya kenapa Afrika...
Alhamdulillah...selamat juga Abe Mat menjejakkan kaki di Benua Afrika. Sememangnya ramai di kalangan rakan yang bertanya kenapa Afrika menjadi pilihan jelajah bermotorsikal kali ini. Ermmm....saya tinggalkan pembaca sekalian dengan pertanyaan atau persoalan yang beku dengan jawapan... Berbalik kepada cerita jelajah ini,kedatangan Abe Mat disambut mesra oleh keluarga Encik Abdullah sekeluarga. Terima kasih kerana sudi mempelawa Abe Mat bersama keluarga...malah turut dibawanya Abe Mat sekitar Capetown. Kalian nak tahu lokasi jelajah Capetown,jangan lupa membaca catatan akan datang.Sekian Assalamualaikum.
Zulu dance
11/21/2013Hallo....Afrika! Assalamualaikum...Malaysia. Apa khabar semua? Abe Mat dah sampai. Sampai di mana? Sampai di Afrika. Pastinya ramai pe...






