Makanan tradisional kaum murut - kepayas

Hi  semua , assalamualaikum. Harap  semua  sihat. Kali  ini  saya  nak  cerita  mengenai  menu   tradisi  kaum  murut. Nama  menuny...


Hi  semua , assalamualaikum. Harap  semua  sihat. Kali  ini  saya  nak  cerita  mengenai  menu   tradisi  kaum  murut. Nama  menunya  'kepayas'.

Apa  itu  kepayas ? Sebenarnya  ia adalah  bunga  betik yang selalu  kita  lihat  pada  pokok  betik. Uniknya  kaum  murut  boleh  cipta  ianya  menjadi  satu  menu  enak  untuk  santapan  bersama  nasi.


Macam  mana  cara masaknya . ...menurut  kawan  saya  bunga  betik  ini  dicuci  bersih terlebih  dahulu. Kemudian  mereka  campur  dengan  isi  sardin  yang  dihancurkan . Hirisan  bawang  merah , bawang  putih , gula  dan  garam digaul  sebati . Kalau  nak  pedas  boleh  letak  hirisan  cili  padi . Selalunya  orang  sabahan  tidak  makan  yang  pedas . 



Akhirnya,siap  untuk  dihidangkan . Ermmm ,sebenarnya  kalau  semenanjung  kita  lebih  kenali  sebagai  antara  menu-menu  kerabu . Kalian  boleh  cuba  resepi  di  atas  tapi  ubah-suai  mengikut  citarasa  sendiri . Kalau  saya  pasti  ada  curahan  limau  kasturi/lemon  dalam  resepi  ini . Dengan  penyedapnya  cili  padi  potong . 


Untuk  pengetahuan  kalian  menu  ini  rasanya  pahit-pahit  sedikit,katanya  untuk  ubat  darah  tinggi . Selamat  mencuba . ...bye!

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif