Old Quarter-Hanoi Part 1

Bila kita berjalan di tempat orang pastikan kita merayap setiap lorong.Jangan pula merayap lorong tak sepatutnya sudah lah. Di Vietnam lor...


Bila kita berjalan di tempat orang pastikan kita merayap setiap lorong.Jangan pula merayap lorong tak sepatutnya sudah lah. Di Vietnam lorong-lorong kecil dikenali sebagai lorong tikus,maklumlah kecil aje lorong.Kita boleh memilih lorong antara kedai dengan kedai dan jangan tersalah masuk lorong tikus ke rumah orang sudah.Banyak travel agensi di sini,jadi buatlah pilihan yang terbaik mengikut selera anda.



Kenapa kami memilih tinggal menginap di kawasan Old Quarter ini? Untuk pengetahuan anda ianya merupakan tapak bandar yang pertama adalah di sini. Senang cerita kita kenali sebagai Bandar Lama.Yang menariknya di sini ialah kawasan atau kedai pelbagai pilihan terdapat di sekeliling tempat penginapan kami.



Inilah gambar yang sempat diambil dihadapan guest house tempat kami menginap beberapa malam.Memang best di sini keluar aje guest house banyak kedai dan lorong pilih aje nak ke kedai atau lorong mana?Terdapat lebih kurang 200 buah kedai yang berhampiran atau sekeliling tempat penginapan kami. Uniknya di sini setiap deretan kedai menjual barangan yang sama,contohnya jika kedai A menjual alatulis maka tak perlulah anda ke kedai B dalam deretan yang sama kerana kedai B juga menjual alatulis.Kalau mahu melihat dan membeli barangan lain silalah ke lorong yang lain.


Sempat lagi bergambar dengan pekerja Sinh Cafe Travel,syarikat travel yang terbesar dan tersohor di sini.

Gambar kenangan bersama pelancong asing yang turut sama memilih syarikat ini.





You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif