Terowong Sepanggar

www.ceritaku.my



Info

Terowong  Sepanggar ini sepanjang 600 meter saja. Tapi inilah terowong yang pertama di Sabah.

Projek pembinaan terowong ini menelan belanja sebanyak RM81.5 juta,termasuk 2.5 km laluan empat lorong dua hala.

Pembinaan terowong ini telah memendekkan jarak antara Pelabuhan Sepanggar dan Bandar Kota Kinabalu. Cepat,berbanding sebelum ini.

Sebenarnya pembinaan terowong ini memakan masa selama 56 bulan.Tahun 2011 pembinaan dimulakan dan Jun 2015 siap.

Projek ini diselia oleh Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) serta dilaksanakan oleh Syarikat pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd.


Sumber Ekonomi

Pembinaan terowong ini dikatakan mampu melonjak kenaikan sumber ekonomi negeri Sabah,kerana ianya menghubungkan laluan utama terus ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Faktor penjimatan masa,kos perjalanan secara tidak langsung ianya merangsang perkembangan kondusif ekonomi negeri Sabah.


Kesimpulan


Pembinaan terowong ini memberi manafaat kepada 5 kampung di sekitarnya,kerana jarak perjalanan dapat dijimatkan sebanyak 15 minit untuk menuju Bandar Kota Kinabalu.

Selain itu,terowong ini juga merupakan laluan alternatif ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Cement Industri Sabah.


Di Sabah,rata-rata kami sebagai penduduk setempat akan mencari dan menggunakan jalan alternatif dan kurang kesesakkan untuk sampai ke sesuatu destanasi.


Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana memberi kemudahan kepada Sabah.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

34 comments:

  1. buka sudah, senang lah pigi hiking bukit gundul sbb jalan situ sudah buka..

    ReplyDelete
  2. Wah best baca blog sis . Banyak info tentang negeri Sabah. Alhamdulillah dengan ada nya terowong ni dapat memudahkan rakyat di sana secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  3. 2 tahun jugaklah terowong ni berbakti pada masyarakat kat sana..best bc blog uols..byk tentang sabah..bila ntah nak p sana hihi

    ReplyDelete
  4. wow.. senang lah semua nak bergerak nanti dengan kemudahan yang disediakan dari pihak kerajaan macam ni.. bagus at least nampak memudahkan semua meneruskan perjalanan dan boleh mengembangkan lagi ekonomi di SABAH

    ReplyDelete
  5. last sekali pergi sabah dalam tahun 2016 tak silap. Masa tu takda kesempatan nak lalu terowong ni. Good to know ada kemudahan macam ni. Panjang juga tu 2.5km Anak2 illy suka masuk terowong, jadi excited hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru buka ni...akak pun baru cuba guna minggu lepas.

      Delete
  6. Bagus dah ada terowong ni sekarang.memudahkan dan mempercepatkan perjalanan dan sekaligus dpt tingkatkan ekonomi sabah. 15 minit je dh boleh sampai KK ye. Senang hati rakyat sabah sekarang ni. Semoga sabah terus maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15 minit tidak sampai kk . Masa 15 minit dijimatkan dari masa perjalanan sebelum ini.

      Delete
  7. Bestnya blog sis.. jarang la.nak baca pasal sabah. Saya dulu dok Sandakan time kecik sebab abah saya navy.. ada beberapa kali naik bas express merasa la jugak..
    Tp tak sempat rasa sepanggar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanggar Ada navy juga. Ini paling dekat dengan KK.

      Delete
  8. Sis memang tinggal di Sabah ye..Sabah masih dlm wishlist SA..bagusnya bila dh ada kemajuan bagi memudahkan penduduk tempatan..semoga SA dpt ziarah Sabah dalam masa terdekat...amin..

    ReplyDelete
  9. Waaauuu, empat tahun lebih tu ambil masa untuk siapkan terowong sepanggar ni. Bulan July nanti emi plan nak ke sabah dengan rakan-rakan. Kalau sempat boleh la cuba lalu terowong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berkesempatan bolehlah sambil ke Restaurant Gayang makan seafood

      Delete
  10. Pembinaan terowong yang sangat memberi manfaat buat penduduk sabah. Tak pernah ke sabah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah. Daya tarikan pelancongan banyak disini.

      Delete
  11. First time dengar terowong ni... Nampak mysterious.. hehe~

    ReplyDelete
  12. Hehehehe datang sabah tak pernah terfikir nak pergi tngok terowong ni sebab kat Pahang ada juga hehehehe nampak mcm sama jer ok lah kan...

    ReplyDelete
  13. sabah semakin membangun sekarang kan.
    dgn tempat melancong yg byk. gunung kinabalu yg best.
    aida aje lom pernah sampai sabah, kakMah.
    in shaa Allah one day.

    ReplyDelete
  14. ok..nanti kita letak dlm list kita tempat ni ya. Mana lah tahu kalau gi sekali lagi ke sabah, bolehlah lalu kat sini lak

    ReplyDelete
  15. oh saya dah komen dah cerita ni... apa pun terowong ni nampak misteri dan teringin nak discover one day

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi jejak kaki ke Sabah. Tapi baguslah makin banyak kemudahan yang orang sana dapat. Memudahkan

    ReplyDelete
  17. wow dia punya perbelanjaan nak siapkan terowong boleh tahan jugak tapi as long as kukuh dan memudahkan penduduk, sangat bagus lah:)

    ReplyDelete
  18. Menarik juga bila adanya terowong ni memudahkan urusan 5 penduduk kampung. Klu ke sabah blh singgah kat sini

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak ke Sabah... jadi belum cuba terowong ni... mmg memudahkan perjalanan bila ada pembangunan mcm ni..

    ReplyDelete
  20. Fuhhhhh! Jimat 15 minit tapi telan belanja sehingga rm81.5 juta. Memang wowwww gila lah!

    ReplyDelete
  21. Nanti pergi Sabah bolehlah lalu terowong baru ni... mudahkan ada jalan pintas!

    ReplyDelete
  22. Ye lah. Penting terowong ni. Tak pernah lagi ke sana, tapi pernah dengar pasal impak positif terowong ni kt masyarakat setempat.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif