Brunei , Negara kecil tetapi KAYA

Jambatan Persahabatan Brunei dan Malaysia Assalamualaikum...dari Negara Brunei. Akak bermotor saja datang ziarah jiran kita. Brun...

www.ceritaku.my
Jambatan Persahabatan Brunei dan Malaysia

Assalamualaikum...dari Negara Brunei. Akak bermotor saja datang ziarah jiran kita.

Brunei

Umum sudah sedia maklum,bahawa negara ini kecil saja tetapi merupakan negara yang sangat KAYA dengan hasil petroleum. Malah dilaporkan bahawa pengeluaran atau penghasilan minyaknya melebihi dari separuh KDNK negaranya. Menurut catatan di laman sesawang Negara Brunei ini merupakan ,negara yang ketiga terbesar di Asia Tenggara bagi pengeluaran petroleum.

www.ceritaku.my
Papan tanda menuju ke Negara Brunei
Sumber ekonomi


Memang umum sedia maklum,Negara Brunei ini mendapat hasil negaranya melalui minyak,dan gas asli. Malah Negara Brunei ini menggalakan pelaburan asing ke negaranya.Bagi simpanan asing Negara Brunei yang kaya ini,ianya diuruskan oleh Agensi Pelaburan Brunei.

www.ceritaku.my
Istana Nurul Iman Brunei
Istana Nurul Iman

Istana ini merupakan kediaman rasmi Sultan Brunei. Ianya merupakan kediaman yang sangat besar dengan kapasiti 1,788 bilik dan 257 bilik mandi,serta dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang mampu menampung 5000 tetamu.

Tahukah kalian,menurut catatan Istana Nurul Iman ini merupakan kediaman yang paling besar di dunia.
www.ceritaku.my
Maaf tak ingat nama lokasi tetapi di tepi sungai
Daerah-daerah di Brunei


Brunei dibahagikan kepada 4 buah daerah saja: Belait , Tutong , Brunei Muara dan juga Temburong.
Walaupun 4 daerah saja,akak belum sepenuhnya jelajah negara yang kaya ini. Pasti kalian terpegun jika datang sini,apa tidaknya rumah-rumah kediaman yang besar dan unik reka bentuknya.

www.ceritaku.my
Masjid di tengah bandar Seri Bengawan
Apa yang pasti,akak tidak puas dengan one day trip ke Brunei ini. Tapi disebabkan oleh faktor kekangan masa,penjelajahan di Brunei tamat di sini saja. Harapan akak ...nak jejak lagi kaki ke Negara kaya ini masa akan datang. Sekian ,hingga kita bertemu lagi.

You Might Also Like

14 rajin tulis

  1. Kaya tapi tak moden... jalanraya yang menghubungkan pekan2 pun kecil dan tak berapa bagus...

    ReplyDelete
  2. memang kaya pun brunei ni.. untung rakyat jelata

    ReplyDelete
  3. Tu dia brapa bilik lah agak nya Sultan Brunei beradu? Satu hari satu bilik pun mengambil masa lebih enam tahun baru mak hbs tdo dlm semua bilik huhu

    ReplyDelete
  4. It's so true and the citizen don't have to pay tax.

    ReplyDelete
  5. Selalu baca ttg brunei.. Mmg kaya.. Byk jgk tempat2 yg cantik

    ReplyDelete
  6. Kalau tengok pelajar=pelajar pertukaran ke Malaysia, memang beruntung sebab kebajikan pelajar dia semua terjaga rapi

    ReplyDelete
  7. memang teringin nak ke Brunei.. Nak explore tempat-tempat menarik dekat situ.

    ReplyDelete
  8. Besarnya istana Sultan Brunei, nice info...

    ReplyDelete
  9. Tak silap lah rakyat Brunei setiap org ada tanah sendiri dan memang rakyat mereka tidak perlu hidup susah.

    ReplyDelete
  10. Mesti repeat kak mah.. x cukup 1 hari tu....

    ReplyDelete
  11. kena repeat kak....brunei sangat seronok...
    walaupun ramai cakap bosan tapi bagi saya...saya sangat suka Brunei...
    tenang dan selamat :)

    ReplyDelete
  12. Indyallah ada rezeki nak pergi ke sini..

    ReplyDelete
  13. macam best je.. insyallah 1 day akan datang brunei

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif