www.ceritaku.my



Makan...makan,jalan lapar dan makan. Kebetulan akak ke Kundasang sambil rehat nampak pula restauran serve no pork. 

Untuk pengetahuan kalian ,jika di Sabah kita akan lihat banyak restauran yang mempamerkan logo "serve no pork". Jika anda yakin ,boleh lah makan di situ. 

Di restauran ini kami minta tomyam,kata pemiliknya tomyam ini merupakan ciptaan rahsia kedainya.
Antara bahan -bahan yang ada di dalam tomyam tersebut (rujuk gambar).

* sayur kobis
*bunga kantan
*lengkuas
*serai
*telur
*tomato
*seafood (kami minta)

Bahan rempah seperti biasa...rempah tomyam.


Kesimpulan:

Agak sedap menu ini kerana kelaian rasanya. Bagi akak terlalu banyak rasa hingga hilang rasa tomyam. Kuahnya pekat, sedap dihirup ketika panas,bila sejuk akak tidak suka kerana variasi bahan mengganggu deria rasa akak.

Harganya rm16.00 termasuk nasi. Nasi ,kami  berkongsi.

Datanglah melawat Sabah.


Assalamualaikum. Jumpa lagi.

www.ceritaku.my



Assalamualaikum,salam tahun baru cina 2018. Pertama kali dapat akak ambil gambar bulatan di Donggongon.
www.ceritaku.my

Landmark


Untuk pengetahuan sekalian setiap daerah Sabah ini mempunyai landmark tersendiri. Selalunya landmark ini melambangkan produk atau lambang item popular lokasi yang kita singgah. Donggongon diberikan landmark tengkolok.

Lokasi ini menghubungkan jalan ke Kinarut, Inobong , Bundusan dan Kota Kinabalu.


Donggongon

Ianya terletak di daerah Penampang. Lokasi ini ada sebuah pusat membeli-belah besar iaitu Megalong. Malah lokasi ini terkenal dengan Tamu setiap Khamis dan Jumaat. Hebatnya tamu Donggongon ini kerana,seluruh warga penduduk dari kampung berhampiran akan turun berjualan.

Pelbagai produk tanaman tempatan khususnya sayur-sayur hutan boleh didapati di tamu ini. Hasil manik hiasan juga ada di tamu. Tidak ketinggalan kraftangan seperti bakul,dan beg tangan anyaman turut boleh dibeli sini.


Kesimpulannya,akak suka ke tamu donggongon tapi kena plan masa ke sana dengan tepat. Maklumlah tamu ini hanya 2 hari seminggu,pelbagai produk makanan semua boleh dapat sini. Kesesakkan lalu lintas tidak dinafikan. Kena naik motorsikal untuk ke tamu. Hasilnya pasti sebakul sayur,dan buahan serta telor masin atau bilis yang akak bawa pulang.

Sesiapa yang kebetulan datang Sabah bolehlah ke Tamu Donggongon naik grab saja. Marilah melawat Sabah.

Assalamualaikum,kami di Kundasang. Lokasi pelancongan yang terkenal di Sabah. Siapa yang datang Sabah,percutian kalian tidak sah jika tidak menjejakkan kaki di Kundasang.

www.ceritaku.my

Dream World Resort

Lokasinya di Mesilou, Kundasang. Jarak dari rumah akak ke lokasi ini ialah 83km. Tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Makan masa hampir 2 jam juga untuk sampai Dream World Resort . Faktor jalan raya yang sedikit mencabar pemanduan salah satu penyebab tidak boleh laju,tapi janji selamat sampai ke lokasi.

www.ceritaku.my

Harga Bilik / Rumah penginapan Dream World Resort


Bagi yang nak menginap di lokasi ini akak cadangkan kamu guna aplikasi Agoda,Traveloka atau Trivago. Sebagai asas tak mahu kalian terkejut,harga awal bermula dari RM2++ berdasarkan jenis penginapan yang kamu pilih. Nak selesa tak salah belanja diri sendiri.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Lokasi berdekatan Dream World Resort

Untuk menceriakan percutian kamu,boleh lah melawat Desa Cattle di lokasi berhampiran. Kalau berjalan kaki ke Desa Cattle pun sampai dari Dream World . 

Selain itu, bolehlah melawat kampung Mesilou. Berkenalan dengan warga kampung. Jangan lupa bergambar situ. Sebab dari perkampungan ini,jika kena dengan cuaca yang cantik dan tiada awan kita boleh bergambar dengan latar belakang Gunung Kinabalu.

Di kampung Mesilou ini, terdapat banyak Homestay,yang boleh didiami. Tak rugi kiranya kita nak menginap di sini. Lokasi ini di kaki Gunung Kinabalu dan suhu malamnya sejuk hingga mencecah 6-7 C jika kalian datang sekitar hujung Januari hingga akhir Februari, (info dari penduduk setempat).

Bagi yang minat hayun kayu Golf bolehlah mencuba di Mount Kinabalu Golf Club. 


Jalan  lagi kita akan lihat ada bangunan "Pusat Latihan Dakwah Kundasang". Bangunan besar yang lengkap dengan kediaman para pelatih dan dewan makan. Masih lagi berlatar belakang Gunung Kinabalu.



Kenapa perlu menginap di Dream World


Akak sebenarnya belum pernah menginap di lokasi ini. Tetapi sudah beberapa kali kami ke sana dengan tujuan bergambar dan rehat. 


Kawan kami pernah menginap di sini. Mereka 6 orang semuanya. Dari riak wajahnya jelas kelihatan,mereka puas hati menginap disini. Apa tidaknya waktu pagi diselubungi kabus,menjelang jam 10 pagi jelas terpapar depan mata Si Gunung Kinabalu. Masa ini lah sangat sesuai untuk mengambil gambar sekeluarga.


Selain itu waktu petang sekitar jam 4-5 petang juga merupakan waktu sesuai nak bergambar dengan latar Gunung Kinabalu.


Persekitaran seperti di kawasan perumahan merupakan faktor tarikan untuk pelancong menginap disini. Mereka boleh bersantai sambil berjalan-jalan sekeliling  Dream World seperti berjalan sekitar rumah.


Dari Pekan Kundasang kita sudah boleh melihat bangunan Dream World yang betul-betul terletak kawasang tanah tinggi,dan berada hampir di kaki Gunung Kinabalu.



Pasti,tiada sesal menginap sini jika datang dengan yang tersayang.


Rumusan


Menginap lokasi cantik memang mahal.tapi ianya berbaloi jika lokasi itu sememangnya cantik dan merapatkan hubungan kekeluargaan kita. 


Rancanglah percutian kalian untuk menikmati alam indah. Marilah melawat Sabah.

Akak bukan duta,sekadar berkongsi keindahan negara dengan rakan pembaca blog. Sekian,hingga bertemu lagi.
Nasi briyani di Jalan Hisyamuddin

Roti tak tahu namanya

@ ketul kari kambing yang kami cicah roti

Royi diatas yang akak zoom-supaya kalian terliur

Pizza versi New Delhi - yang akan makan di Cafe Ajanta

Cappucino- bikin terliur akak saja.

Roti yang dijual ditepi jalan tetapi akak tidak beli dan tidak makan

Piza yang tanpa sos - Rujuk gambar atas

Kari kambing - dari restauran Nizam

Hidangan lengkap kari kambing dan roti romali

 Double Esspresso rm10

Assalamualaikum...kali ini akak tak kongsi cerita tapi nak kongsi gambar atau menu makanan / minuman yang akak makan di New Delhi .


Tip travel dan kesihatan


1. Kalau nak minum atau makan di New Delhi - pastikan kedai makan atau tempat makan ,anda yakin boleh makan dan puas hati dengan kebersihanannya.

2. Pilihlah lokasi kegemaran ramai seperti Restauran Nizam yang nyata mendapat tempat di tripadvisor.

3. Kalau tiada makanan yang mampu nak telan,jangan khuatir buah-buahan banyak boleh saja makan.

4. Pastikan kalian minum air mineral botol yang tutupnya diseal kemas. Bukan yang sudah dibuka atau direfil semula.

5. Makanan halal yang paling mudah kalian boleh dapati di Markaz Nizammudin (Banglawali Masjid,New Delhi). Lokasi ini berdekatan dengan Qutub Minar. Boleh berjalan kaki saja dari Qutub Minar ke Markaz ini.

6. Pastikan sebelum bergerak ke lokasi luar negara kalian sudah mengamalkan pengambilan vitamin. Akak ambil vitamin C lebih aktif sebagai produk pemakanan tambahan sebelum berjalan. Maknanya bila nak berjalan akak memang jaga pemakanan vitamin tambahan.

7. Nak berjalan ke negara orang memang memerlukan stamina yang tinggi. Untuk ini akak amalkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 8-10 ribu step/langkah setiap hari. Paling sikit pun akak buat 4ribu step / langkah kalau dah terlalu sibuk dengan tugasan.

8. Jangan lupa bawa ubat,jika kalian ada penyakit darah tinggi atau kencing manis dan lain-lain. Bawa sekali surat doktor untuk rujukan pihak tempatan jika diminta. Panadol dan minyak angin perlu. Itu ubat yang paling mudah.



Kesimpulan

Kita sedia maklum lokasi yang kita nak berjalan. Jadi sediakan diri dan kesihatan anda agar sihat sepanjang tempoh percutian. Selamat berhibur dan gembira sepanjang percutian anda.


www.ceritaku.my
Sabindo Hotel - Ranau

Assalamualaikum...salam jelajah malam-malam ke Ranau. Dek kerana kepuasan duduk menonton saja di rumah,akhirnya kami keluar berjalan. Tiada apa-apa perancangan awal yang kami nak ke mana dan apa nak buat? Bawa saja kereta akhirnya ,kami sampai di Ranau. Malam. Jadi penginapan yang biasa kami menginap itu tiada beberapa kemudahan dan kami dinasihatkan menginap di Sabindo Hotel.

www.ceritaku.my

Harga rm89/malam. Dengan kemudahan penghawa dingin dan televisyen. Bilik air didalam.. Memang kecil sikit bilik ini dan tiada tingkap. Itu tak mengapa. Yang penting ini dah cukup selesa dan boleh saja tidur hingga pagi,tiada gangguan. Kopi segera turut dibekalkan boleh masak air jika nak minum kopi panas. 

                                                   www.ceritaku.my


Katilnya saiz queen, boleh lah untuk kami berdua. Bukannya tidur buas pun. Bahagian luar Hotel ini disediakan cafe. Boleh lah santai di kerusi cafe sambil melihat pelanggan Supermarket Sabindo di ground floor. Kalau lapar boleh saja jalan turun membeli di kiosk supermarket Sabindo dan kedai makan di seberang jalan saja.


Rumusan

Sebenarnya hotel ini terlekat di atas Supermarket Sabindo,Ranau. Jalan menghala ke Pusat Sukan Ranau. Merupakan hotel budget tetapi memenuhi citarasa akak yang tidak cerewet. Bersih dan sering didiami oleh pelancong. Malah,hebatnya ianya tersenarai dalam pilihan pelancong eropah. Adanya kemudahan cafe dan wifi di sini faktor utama daya tarikan  pelancong asing.


Lain kali akak nak bermalam lagi sini. Tapi selalunya penuh untuk bilik ini. Sesiapa yang nak menginap sini khususnya bilik yang berharga rm89 kena booking awal.



Itu saja...kisah hotel murah di Ranau. Jumpa lagi.
www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Assalamualaikum....akak nak kongsi gambar biasa pada pandangan mata kalian tetapi ianya bikin pengubat rindu hati akak. Almaklumlah sejak duduk di Sabah hampir 3 tahun akak tak singgah merayap di Kuala Lumpur.

Kalau dulu lokasi ini merupakan jalan biasa dan perlu kami tembusi untuk ke lokasi bekerja. Kini semua itu tinggal kenangan. Walau pun dikatakan Kuala Lumpur penuh pancaroba tetapi kota raya ini juga  merupakan sumber kewangan dan ekonomi kepada mereka.

Sebut apa saja semuanya ada di bandaraya ini. 


Sekian ,paparan ringkas untuk akak buat kenangan. Kelak Kuala Lumpur pasti berubah lagi pembangunannya.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Assalamualaikum... akak nak belanja gambar sekitar gambar perkahwinan antara 2 lokasi negeri yang agak jauh iaitu Kelantan si pengantin lelaki dan Sabah si pengantin perempuan. Jangan tanya lebih akak pun tak pandai mengenai adat mereka ini.

Perkahwinan mereka dilakukan mengikut adat bajau darat yang lokasinya terletak di Kampung Labuan dalam daerah Kota Belud.


Pasangan merupakan pendidik yang baru saja berkhidmat. Pengantin lelaki merupakan anak kepada kawan lama suami akak. Kiranya perkahwinan ini merupakan reunion Abe Mat bersama rakannya yang hampir 30 tahun tidak berjumpa.

Info perkahwinan

Setiap lokasi di Sabah ini,wang hantaran pengantin ada lah berbeza.

Malahan wang hantaran tersebut diberikan berdasarkan tahap pendidikan si pengantin atau harta kekayaan keluarga pengantin.

Kalau di Kota Belud ini penduduk kaya dengan peliharaan kerbau. Jadi ketika majlis perkahwinan tersebut menu utama adalah daging kerbau yang dimasak dengan pelbagai jenis. Antaranya daging kerbau masak kari dan daging kerbau masak cili.

Malah ketika syok-syok makan terkejut akak dek bunyi mercun. Macam mercun perayaan CNY .

Bagusnya, tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan.



Kesimpulan


Setiap lokasi mempamerkan adat dan budaya unik setempat. Bertuahnya kita dapat hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum.


Sekian.


www.ceritaku.my



Info

Terowong  Sepanggar ini sepanjang 600 meter saja. Tapi inilah terowong yang pertama di Sabah.

Projek pembinaan terowong ini menelan belanja sebanyak RM81.5 juta,termasuk 2.5 km laluan empat lorong dua hala.

Pembinaan terowong ini telah memendekkan jarak antara Pelabuhan Sepanggar dan Bandar Kota Kinabalu. Cepat,berbanding sebelum ini.

Sebenarnya pembinaan terowong ini memakan masa selama 56 bulan.Tahun 2011 pembinaan dimulakan dan Jun 2015 siap.

Projek ini diselia oleh Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) serta dilaksanakan oleh Syarikat pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd.


Sumber Ekonomi

Pembinaan terowong ini dikatakan mampu melonjak kenaikan sumber ekonomi negeri Sabah,kerana ianya menghubungkan laluan utama terus ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Faktor penjimatan masa,kos perjalanan secara tidak langsung ianya merangsang perkembangan kondusif ekonomi negeri Sabah.


Kesimpulan


Pembinaan terowong ini memberi manafaat kepada 5 kampung di sekitarnya,kerana jarak perjalanan dapat dijimatkan sebanyak 15 minit untuk menuju Bandar Kota Kinabalu.

Selain itu,terowong ini juga merupakan laluan alternatif ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Cement Industri Sabah.


Di Sabah,rata-rata kami sebagai penduduk setempat akan mencari dan menggunakan jalan alternatif dan kurang kesesakkan untuk sampai ke sesuatu destanasi.


Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana memberi kemudahan kepada Sabah.


www.ceritaku.my
Ayam hidup
 Assalamualaikum semua. Salam membeli-belah dari Tamu Tuaran. Baiklah sebelum kalian tertanya-tanya. Akak nak beritahu pembaca sekalian setiap lokasi di pekan-pekan atau bandar utama di Sabah ini ada Tamu. Kalau di Semenanjung kita bagi nama Pasar Pagi atau Pasar minggu.


Kali ini akak belanja kalian dengan pelbagai gambar menarik yang sempat akak ambil semasa hujung minggu lepas sekitar Tamu Tuaran. Lebih kurang 20km rumah sewa akak ke Tamu Tuaran. Kami naik motorsikal saja. Awal kami turun dari rumah sekitar pukul 7.30 sudah kami sampai di Tamu Tuaran.

Ayam hidup antara produk kampung yang menjadi jualan di tamu.

www.ceritaku.my
Bambangan dan sayur-sayuran
 Aneka buah-buahan dan sayuran boleh dibeli sini. Bak kata mereka...sayur kampung jaa.

www.ceritaku.my
Katak taiwan
Ini pula produk eksotik makanan suku kaum sini. Katak Taiwan nama diberi. Ada yang siap dipotong,kiranya balik rumah terus bikin gorengan kicap atau sup. Nyummyy....

www.ceritaku.my
Tuhau
Tuhau. Siapa yang datang Sabah boleh merasa sambal tuhau,serunding tuhau. Sedap. Akak suka ini. Jangan kamu pelik kerana orang Sabah sendiri ada yang tidak makan tuhau. Tuhau ini ada sedikit bau yang kurang enak jika tidak pandai / tidak kena cara memasaknya.

www.ceritaku.my
Buah dabai
Buah dabai,kalian rujuk entry ini


www.ceritaku.my
Buah bambangan


Buah bambangan antara buah unik yang terdapat di Sabah. Boleh kalian baca di blog akak juga. KLIK SINI. Bagi yang sudah membaca resepi bambangan ,boleh segera terbang ke Sabah sekarang sebab Bambangan sedang berlambak di Tamu.

www.ceritaku.my
Durian dalit
www.ceritaku.my
Durian dalit
Inilah antara uniknya Tamu seluruh Sabah,sebab kita boleh menikmati hasil alam semula jadi dengan harga murah di Tamu. Nak makan apa saja terlintas di fikiran,carilah di Tamu pasti dapat apa yang diidamkan.

Durian dalit kali ini,akak jumpa yang berwarna kuning. Yang pernah akak makan sebelum ini yang berwarna merah.

Apa rasanya? Rasa durian juga,ianya tidak manis dan kurang berlemak. Durian ini hanya ada di Tanah Borneo khususnya Sabah. Durian ini antara durian yang diminati kerana ianya sukar didapati.

Harganya sekitar rm10-15/kg.


Saiznya ...jangan terperanjat hanya sepenumbuk kamu saja. Okay...genggam penumbuk. Itulah saiz durian dalit dan walau pun kecil,ianya tetap ada isi. Contoh lihat gambar diatas.


www.ceritaku.my

Yang ini jangan sesiapa tanya akak. Sebab akak tak sempat nak bertanya pada makcik yang menjual kerana dia sibuk dengan panggilan menjawab panggilan telepon. Akak tanya kawan sabah pun mereka tidak boleh menjawab.


Kesimpulan


Datanglah melawat Sabah ketika musim buah,pasti perut kalian penuh dengan aneka buah-buahan yang sedap. Apa yang penting ianya masih murah kerana harganya masih mampu kita membelinya.



Selamat menikmati ....lampiran bergambar diatas.
Buah dabai




Assalamualaikum. Tengok ...apa yang akak jumpa di Tamu Tuaran. Mula-mula ingat ini buah kelapa sawit. Rupanya ianya ialah buah dabai. Asal buah ini dari Sarawak. Peniaga Tamu Tuaran memajak / membeli borong durian dan buah dabai dari Lawas. Lalu dijual ditamu sekitar Kota Kinabalu.

Rupanya untung besar juga berniaga buah dabai ini. Nak tahu cerita KLIK SINI.


Info berkaitan buah dabai:

1. Asal dari Sarawak . Boleh juga dibeli di Miri ,lokasi yang paling dekat dengan Sabah.

2. Buah dabai dikategorikan antara 10 jenis buah yang popular di Tamu Sarawak. Kalian boleh baca di LINK ini.

3. Buah dabai ini merupakan makanan kegemaran suku Iban . Malah jika di Kapit,Sarawak dikatakan dabai dari bumi itu sangat enak dan berlemak.

4. Untunglah sesiapa yang dapat merasa makan buah dabai ini. Kandungan antioksida dalam buah ini sangat berkhasiat utk kesihatan badan. Begitu juga dengan sumber protein seperti potassium dan kalsium dalam buah ini.


5. Nama lain bagi buah dabai ialah Sarawak Olive.




*Akak tak pernah makan lagi buah dabai ini. Tetapi Abe Mat dah makan buah ini. Katanya sedap.
*Hasil dari temuramah dengan penjual di Tamu...rupanya senang sangat nak memasak buah dabai ini.

Cara masak buah dabai :

*Buah dabai dicuci bersih terlebih dahulu hingga bersih. Rebus hingga mendidih, dan toskan. Ada juga hanya disirami air panas saja buah dabai ini sudah boleh dimakan.

*Untuk lebih sedap buah dabai ini dimakan dengan kicap. Kalau orang Semenanjung buatlah sambal kicap Johor.

*Boleh dimakan dengan kulitnya sekali. Atau dikupas kulitnya.


Kesimpulan

Rasa buah dabai ini berlemak dan sedap - menurut Abe Mat. Bolehlah mencuba makan buah ini. Sebab bukan senang nak menikmati buah yang bermusim ,hanya yang bernasib baik saja boleh makan yang unik dan sedap.



Sekian....selamat mencuba resepi atau makan unik dilokasi anda.

www.ceritaku.my
Buah bambangan yang sudah dikupas


Assalamualaikum... kali ini akak nak kongsi dengan kalian resepi enak dan menyelerakan untuk santapan kalian. Pastinya sangat sedap untuk peminat sambal resepi asli menu tempatan khas dari Sabah.

www.ceritaku.my
Buah bambangan yang berkulit

www.ceritaku.my
Sambal bambangan


Bahan-bahannya:

1. Buah bambangan - ikut suka nak buat banyak mana. Ditumbuk kasar
2. Cili padi -  ikut betapa pedas kita nak makan. Ditumbuk kasar.
3. Ikan masin - digoreng terlebih dan ditumbuk kasar.
4. Gula - ikut sesedap rasa.


Sudah ada semua bahan di atas. Mari baca cara membuatnya :

1. Kita proses buah bambangan dahulu . Pastikan buah dikupas buang kulitnya serta dicincang halus. Selesai, buah ketepikan. (Akak tumbuk kasar saja buah ini.)

2. Goreng garing ikan masin (ikan kuantiti -ikut sesuka hati kamu -gunanya sebagai ganti garam untuk masin).

3.  Tumbuk cili padi .

4. Semua bahan yang selesai ditumbuk atau cincang digaul sebati dan dicampurkan gula bagi mengimbangi rasa.



Senang resepi ini. Kalau sesiapa yang tahan boleh makan begitu saja. Bagi akak sedap dimakan dengan nasi putih yang panas-panas serta ulam timun. Kiri - kanan tak toleh dah. Sampai nasi habis.


Info mengenai buah bambangan:

1. Mampu merawat kanser payudara ,kalian boleh klik LINK INI. Dalam blog kawan akak ini sudah diceritakan dengan detail. Rajin-rajinlah membaca di link diatas.


2. Selain itu rahsia kehebatan buah ini turut mendapat liputan akhbar tempatan , KLIK SINI.


3. Tahukah kalian buah ini boleh 
dibuat JERUK. Resipi jeruk BAMBANGAN.



Kesimpulannya:

Setiap buah-buahan atau herba atau sayuran ada kehebatan dan khasiat tersendiri. Makanlah jika kita mampu makan,kerana  kesihatan itu penting dalam kehidupan kita.



Bye akak...permisi nak makan nasi dengan sambal bambangan ni. Kita jumpa lagi.





www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam sejuk dar Hokkaido / Sapporo ,Jepun. Kali ini akak sambut dan beri sokongan padu kepada Penerbangan Antarabangsa Negara kita iaitu AirAsia dengan membeli tiket penerbangan pertama pelancaran Syarikat Penerbangan AA ke Hokkaido, Jepun. Ini merupakan julung kalinya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hokkaido, Jepun.  Kebetulan pula ketika itu Jepun khususnya Hokkaido ,musim sejuk.

www.ceritaku.my
Otoru

Hokkaido


Seperti yang kalian sedia maklum, Hokkaido ini merupakan Pulau yang paling utara di Jepun. Ianya juga merupakan pulau kedua terbesar tapi kurang dibangunkan berbanding dengan 4 pulau yang lain. Nama lain bagi Hokkaido ialah : Ezo , Yezo , Yeso , atau Yesso Hokkaido


www.ceritaku.my

Geografi

Kalau dari segi kedudukan geografi/ dalam peta dunia. Hokkaido ini sangat hampir dengan Negara Rusia. Bandar-bandar utama termasuk Sapporo dan Asahikawa di rantau tengah dan pelabuhan Hakodate menghadap Honshu .


www.ceritaku.my
Otoru

Cuaca / Iklim


Kalau kita nak berjalan ke negara orang,kita perlu peka dengan keadaan sekeliling dan cuaca/iklam semasa kita berada di sana.Kebetulan pula kami jejak kali di Sapporo ini cuacanya sejuk. Tahukah anda lokasi ini mengalami 6 bulan cuaca sejuk. Hokkaido tidak terjejas dengan musim hujan.


Paling penting dan menjadi kegilaan serata dunia ...tarikan Hokkaido ialah Festival Salji Sapporo.


www.ceritaku.my
Otoru
Senarai bandar utama di Hokkaido 




www.ceritaku.my
Bandar utama - Hokkaido
Trip Kakmahh dan Abe Mat


Kami ke Sapporo pada November 2015. Perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo. Kiranya ini family trip & friend trip. Penerbangan kami ketika itu D7550 macam plate Kelantan pula. Waktu bertolak dari Kuala Lumpur ialah jam 11.00 malam dan kami tiba di Sapporo jam 8.00 pagi (waktu tempatan). Lama juga kami atas kapal 7 1/2 jam. 

Beza masa


Antara Malaysia dan Sappora beza masanya hanya 1 jam saja. Jangan mengada-ngada nak menambah masa. Bila beza masa tak lama ,senang nak kira dan agak waktu solat.



www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
Sapporo

www.ceritaku.my
Sapporo

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Hotel 


Kami menginap di Toyoko Inn,berhampiran dengan Universiti. Kami terpisah dengan group kawan yang satu lagi,tetapi tetap bergerak melawat lokasi seperti Odari Park dan Otoru. Tidak banyak lokasi kami...melawat. 

Apa yang menariknya ,setibanya kami di Sapporo terus kami ditemu-ramah oleh sebuah televisyen tempatan - tajuknya mengenai penerbangan secara langsung KL- Sapporo buat pertama kalinya. Nasib baiklah kawan kami itu mahir bertutur berbahasa jepun. 


Suhu pula ketika itu mencecah -3 ,tetapi masih tidak ada salji lagi. 


Makanan

Selalunya kalau bab makanan ini ,akak tidak kisah sangat. Maksud akak kiranya ada roti atau buah-buahan dah cukup untuk alas perut.Kebetulan pula ketika trip kali ini akak bawa si Mila,jadinya akak bawa nasi segera yang perlu dipanaskan saja. Sekadar untuk si kecil alas perut. Selebihnya kami makan roti dan buah-buahan.


Tips travel dan kesihatan

1. Pastikan bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca tempatan.
2. Bawa secukupnya makanan segera dari negara kita bagi alas perut si kecil.
3.Bawa sarung tangan kerana ketika musim sejuk tangan terdedah kepada pelbagai kegunaan untuk semua aktiviti.
4.Bawa setokin lebih dari 2 helai,kalau masih tidak cukup bolah dibeli di pasaraya tempatan.
5.Yang bertudung ,bawa lebih sehelai tudung,jangan lupa bawa mafla untuk lilit leher. Sebab angin sejuk akan tembus menikam muka,dan leher serta tangan yang terdedah.




Oklah cukuplah entry Jepun,dah terlalu panjang,nanti ada yang tengok gambar saja ni. Yang nak detail pm akak tau!
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home