Hari Unesco Malaysia 2017, salam sejahtera dan salam jalan-jalan golek tayar dari akak. Kali ini memang akak golek tayar kebal besi akak menuju ke Kundasang. Rupanya setiap tahun dan dijadikan acara tahunan untuk Hari Unesco Malaysia ini.. Rezeki dan peluang kami jalan-jalan dan singgah lihat apa ada sekitar lokasi ekspo ini.





Wah! Rupanya pameran disini semuanya berkaitan dengan Unesco.
# Apa itu UNESCO.
#Kepentingan menjaga identiti Unesco ini.
#Jabatan yang berkaitan dengan aktiviti sambutan Unesco.
#Ada juga persembahan dari Artis jemputan di pentas terbuka dan booth.
 


                                        

Apa lagi sangat seronok para pengunjung dan pelancong yang kebetulan sambutan ini berlangsung pada 9 dan 10 september yang lepas.
Nampak juga kelibat anak-anak muda yang seronok menjawab soalan kuiz yang dianjurkan oleh booth-booth yang ada di situ.



Bagus juga Hari Unesco ini,keluarga dapat menghabiskan hujung minggu dengan aktiviti berilmu sebegini.


Untuk pengetahuan semua lokasi sambutan hari Unesco ini dibuat di Pekan Kundasang ,bahagian kawasan lapang berdekatan dengan landmark sayur kobis. Jadi sesiapa yang singgah ke pameran ini boleh bergambar di landmark sayur kobis. Kalau rajin sikit jalan mendaki sikit di bulatan landmark lembu pula. Landamark ini melambangkan Kundasang ada lokasi pelancongan DesaDairy Farm.


Ada 3 landmark besar yang boleh bergambar diluar kawasan pekan Kundasang. Kalau masuk dalam pekan Kundasang itu sendiri ada lagi beberapa landmark yang terdapat ditengah pekan. Jangan lupa didinding kedai Kundasang ianya dipenuhi dengan mural hasil tangan dari pelajar IPTA UNIMAS.


  Jangan segera beredar dari pekan Kundasang...terokailah pekan kecil ini yang jarang sekali diterjah oleh pelancong. Nikmati roti canai mamak di pekan ini. Bila selesai jalan dan bergambar barulah bergerak ke lokasi lain.
 Ok,itu saja cerita ringkas akak,kalau datang Kota Kinabalu boleh berjumpa a
kak. Assalamualikum...hingga jumpa lagi


www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam jelajah pendalaman Sabah. Lokasinya lebih kurang 100km dari Bandar Kota Kinabalu.Letaknya sepanjang Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sebenarnya menurut maklumat yang akak perolehi di Weston ini. Terkenal dengan produk ko-nelayan seperti udang kering,udang segar dan ikan yang pelbagai jenis.


www.ceritaku.my

Malah di penghujung kampung kami turut jumpa bangunan yang dijadikan ruang kedai untuk jualan hasil kraftangan penduduk tempatan ke pelancong dalam dan luar negara. Terdapat juga restauran yang dikendalikan oleh penduduk tempatan yang menjual menu "makanan laut" kepada pengunjung.

www.ceritaku.my

Sebenarnya untuk melihat sendiri nelayan yang pulang dari laut dengan hasil bekalan tangkapan bukan waktu tengahari. Ianya kerap berlaku di awal pagi atau kala senja menjelang. Masa ini bukan saja pemborong yang berebut untuk membeli produk segar dari laut tetapi pembeli perseorangan juga turut boleh membeli jika bekalan banyak dan mencukupi.



Kebanyakan pendudukan disini beragama islam dan berketurunan melayu-brunei. Dari segi slanga percakapan pula lebih kurang sama cara bercakap orang "semenanjung".


Itu saja buat tatapan kalian. Inshaallah akak akan tulis lagi banyak entry yang tertangguh untuk dijadikan sebagai bacaan ringan kalian. Bye!
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home