www.ceritaku.my

Assalamualaikum salam dari Borneo. Entry kali ini akak nak cerita mengenai Mikhail.Untuk pengetahuan kalian inilah anak saudara lelaki kakak. Mikhail dah pun sampai Sabah,kalian bila lagi nak jejak kaki sini. entry kali ini akak belanja pelbagai gambar reaksi Mikhail ketika berada / bercuti di Sabah. Gambar di ambil tahun 2016,nampak sangat banyak entry yang jadi peksam.
Silalah layan gambar Mikhail.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Bagi kalian yang masih mencari destinasi menarik di Sabah boleh KLIK LINK INI. Carilah di link yang akak sertakan ini,mengikut kesesuain masa kalian datang bercuti di Sabah. Untuk sebarang pertanyaan boleh saja kalian email kakak di kak.zmah@yahoo.com atau di CERITAKU UNTUK MU. Mesej saja di sana inshaallah,kalau akak dan abe Mat tidak didalam hutam kami akan segera menjawab pertanyaan kalian.

Terima kasih kerana menyokong kami di blog. Sudi-sudilah terjah pelbagai entry kami. Bye...hingga jumpa lagi.
ceritaku.my

3 V Merangkumi Villa, Villey dan View,lalu dinamakan lokasi ini 3V Kampung Nahaba. Assalamualaikum pembaca sekalian akak sekarang bawa kalian ke Kota Belud,lokasi perkelahan yang semakin popular dan sering mendapat tarikan pelanggan/pelancong hujung minggu di Kota Belud ini. Kampung Nahaba ini terletaK HANYA lebih kurang 13km dari Bandar Kota Belud.Untuk pengetahuan kalian ianya hampir juga dengan kem tentera iaitu Kem Paradise.Dan majoriti penduduk di sini beragama Islam. Info lain boleh klik di 3 V KAMPUNG NAHABA.
Gambar di atas akak ambil dengan izin tau!  semua gambar diambil dengan izin petugas disitu.

ceritaku.my

Ini merupakan pondok atau surau yang dibina khusus buat muslim menunaikan WAKTU. WAKTU ini merujuk pada solat bagi golongan muslim. Surau diletakkan bahagian hujung selepas kaunter pendaftaran dan sesuai bagi akak,sebab tiada gangguan suara asing untuk solat. Ada lagi akak lihat kesan-kesan di bahagian akhir selepas surau ini yang bagi tanggapan akak mereka akan bina lagi pondok rehat. Kebanyakkan lokasi pelancongan yang wujud di Sabah ini,diusahakan oleh koperasi penduduk kampung bagi meningkatkan sumber ekonomi selain pertanian. Tahniah! ianya sangat bagus kerana hidup kita perlu menghargai alam ciptaan Allah.

ceritaku.my

Ini pula lokasi untuk terjun ke dalam air dengan gaya bebas pengunjung. Sangat popular lokasi ini. Ramai yang bergambar di sini. Tak percaya rujuk di 3V FB.

ceritaku.my

Ini pula merupakan pondok rehat yang dikenakan bayaran. Dan menurut petugas disini,di masa akan datang pondok ini juga akan dibenarkan untuk pelanggannya sewa dan berkhemah didalamnya.

ceritaku.my

Untuk sampai ke 3V ini ,nak mandi dan main air kena parking kereta di atas dan turun berjalan kaki ke bawah melalui tangga tayar yang disediakan. Iya,lokasinya menuruni tanah tinggi untuk park kenderaan. Bermandi dan main air di sungai bahagian bawah...tidak jauh dekat saja. Dan jangan risau tidak juga terlalu tinggi. 

Kami berdua sekadar menjenguh saja,main air pun tidak. Hanya jadi penonton kepada orang yang main air. Kami makan nenas disini. Mana dapat nenas? Ada di kaunter pendaftaran yang dijual. Mungkin di masa akan datang kami datang berkhemah disini.

Bye...hingga jumpa dientry lain pula.

Assalamualaikum,salam kejauhan dari Ranau. Jarak dari Kota Kinabalu ke Ranau lebih kurang sekitar 100km. Tidak jauh tetapi kalian perlu maklum jalan menuju ke sini ialah mendaki bukit maklumlah kena melepasi kaki Gunung Kinabalu di Kinabalu Park. Ranau kena maju ke depan lagi. Sampai saja di Ranau,tidak perlu masuk ke Pekan Ranau. Kalian terus saja menuju ke jalan Pusat Sukan atau Poring Hot Spring,tetapi tidaklah sampai ke sana. Kilimu terletak di pinggir jalan utama. Hanya perlu masuk kiri jalan selepas petronas Ranau,ada tersergam tinggi gerbang utama laluan ke Kampung Kilimu.

ceritaku.my


Masuk saja ke kampung Kilimu,tidak akan sesat. Kampungnya bersih,tersusun dan memudahkan kita menuju ke lokasi. Masuk terus menuju ke dewan orang ramai. Disitulah lokasi Inap Desa ini beroperasi. Penginapan ini diusahakan oleh Koperasi Penduduk Kampung Kilimu. Tahniah,ini usaha mencari sumber ekonomi bagi penduduk kampung.

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Dah tengok gambarnya? Akak nak cerita apa yang best di sini, tapi sebelum tu akak nak beritahu,kami pun belum pernah menginap disini.Bukan tidak mahu menginap tetapi lokasi ini "hot",sering penuh tempahan biliknya. Uniknya penginapan disini didirikan dengan dinding dan lantai yang berasaskan buluh. Sejuknya kaki bila pijak lantai,bila tangan sentuh dinding. Best sangat...macam dalam filem dulu-dulu pula.


Jangan pelik,gambar yang akak ambil ini sudah minta izin dari staf koperasi. Jadi kalau ada dikalangan pembaca blog akak nak merasa tidur di sini. Bolehlah kalian tempah di INAP DESA KILIMU . Kena tempah,wajib tempah sebab nanti tidur tepi jalanlah kamu.

ceritaku.my

Inilah pintu gerbang masuk ke Inap Desa. Pasti kalian tidak akan tersesat jika ke Ranau. Kalau tidak yakin gunalah teknologi Waze atau ringankan mulut kalian bertanya pada warga setempat. Bonus menginap di sini ialah kalian dapat bermain dengan ikan-ikan yang ditagal di belakang lokasi penginapan ini. Pasti seronok....


Ok ,itu saja nanti akak bele-belek gambar lain untuk kita kongsi cerita.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home