Pulau yang terdekat dengan Bandar Kota Kinabalu


Assalamualaikum,selamat tahun baru kepada semua pembaca setia blog kami. Terima kasih kerana sudi singgah membaca. Untuk entry pertama tahun 2017 ini akak letak gambar tanpa penerangan lanjut. Sebabnya sudah lebih dari 5 tahun rasanya atau hampir 8-10 tahun kami tidak ke pulau seperti gambar di atas.Terakhir kami ke Pulau Manukan...khabarnya sekarang sudah banyak perubahan dan kemudahan yang disediakan.


Insyaallah jika berpeluang kami akan ke pulau-pulau tersebut. Lokasinya paling hampir dengan Bandar Kota Kinabalu. Hanya perlu ke Jeselthon Point untuk menaiki bot ke pulau yang berhampiran. Jangan khuatir di Jeselthon Point lokasi menaiki bot ini ada kiosk yang mempamerkan pakej-pakej yang bersesuaian untuk berseronok di pulau ini.


Bukan susah nak membuat tempahan :
1. Boleh guna AGODA.
2. Boleh baca BLOG rakan yang pernah ke lokasi tersebut .BLOG INI DAN BLOG INI.

Jangan lupa baca BLOG ini juga, terdapat pelbagai catatan menarik dan jurnal lokasi menarik yang jarang diterjah oleh para pelancong.


Sekian untuk bacaan ringan pembuka tirai tabir 2017.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home