ceritaku.my

Assalamulaikum...jom terjah Marakau Cabin Lodge. Punyalah melilau akak mencari lokasi ini. Suami tertanya-tanya "cari apa" dengan bangganya akak jawab "sesuatu yang menjadi kegilaan ramai". Nasib baik jumpa lokasi ini. Sebaiknya jika anda dari Pekan Ranau terus saja perjalanan ke bulatan Kampung Marakau,dan masuk melalui Kampung Marakau. Selepas jambatan atau sungai yang sekarang (oktober 2016 telah ditagalkan),belok kiri. Terus dan selepas simpang SK. Marakau anda akan nampak Marakau Cabin Lodge di atas.


ceritaku.my


Untuk pengetahuan kalian gambar ini akak ambil bulan Februari 2016,kami berjumpa dengan tuan miliknya. Pada masa sama lokasi ini masih dalam proses pembinaan. Yang berfungsi sepenuhnya hanya 2 kabin saja. Mungkin sekarang sudah banyak perubahannya. Kami tidak bersempatan untuk singgah lihat pembinaan terkini.


Tidak menyesal untuk kalian bercuti di sini sambil berlatar-belakang gunung Kinabalu. Pemandangan ini jelas cantik dan indah jika dirakam gambarnya waktu petang.

ceritaku.my

Ketika kami singgah awal tahun 2016,memang panas,walaupun jam baru menunjukkan pukul 10. Jangan risau kabin ini ada penghawa dingin. Yang pasti malamnya memang sejuk. Nak lebih sejuk datanglah hujung tahun kerana hujung tahun memang sejuk dan sentiasa hujan. Kalau kemarau memanglah panas.


ceritaku.my

Inilah gambar kabin awal yang sudah dihuni ketika kami singgah dulu.

ceritaku.my

Encik Suami bersama dengan Encik Gilbert (pemilik) seronoknya kami dapat berkenalan dengannya.
Malah akak kagum dengan usahanya yang gigih memajukan lokasi ini,secara tidak langsung masyarakat setempat turut terkena tempiasnya.


ceritaku.my

Ini boleh jadi bahan sejarah,sebab gambar ini merupakan gambar awal proses pembinaan Marakau Cabin Lodge. Akak juga tak sangka ianya terletak di kawasan tanah tinggi dan hanya di tepi jalan utama Kampung Marakau. Mungkin ketika kami singgah dulu tiada papan tanda di pinggir jalan.


ceritaku.my

Inilah gambar awal yang akak ambil dulu. Sambil dalam hati tertanya-tanya betulkah Marakau Cabin Lodge.


ceritaku.my

Dari bawah...gambar akak ambil,siapa sangka. Betul tekaan akak ini lokasi Marakau Cabin Lodges. Jangan lupa ini gambar awal tahun 2016,sekarang dah banyak perubahan. Bolehlah kalian terjah di FB rasmi Encik Gilbert.

ceritaku.my

Ini pula kedai runcit yang berada di bawah atau pinggir jalan. Jika kalian menginap di Marakau Cabin Lodges nak beli makanan ringan bolehlah turun berjalan kaki hanya dalam 100 meter saja.

ceritaku.my

Selepas kedai runcit (rujuk gambar atas) jalan terus saja ,kalian mesti jumpa rumah ini. Terletak di pinggir jalan dan berdekatan dengan Dewan Orang Ramai Marakau (kiri jalan). Jangan patah balik terus maju ke sungai tagal didepannya. Silalah bermain dengan ikan di situ. Ini merupakan lokasi tarikan terbaru Kampung Marakau.Tidak perlu jauh bergerak ke Kampung Luanti,untuk bermain ikan tagal.
Jarak dari Kota Kinabalu Ke Ranau lebih kurang 100km. Pekan Ranau ke Kampung Marakau 10km. Bagi akak kalau anda berkenderaan sendiri ,anda berpeluang menerokai lebih banyak lokasi menarik ketika bercuti di Sabah.
Akak tinggalkan anda dengan kisah Marakau Cabin Lodges,kita bertemu lagi di entry akan datang.

ceritaku.my

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan akak akan berikan resepi yang baru dipelajari dari penduduk "Tanak Nabalu" iaitu ikan masin goreng nenas/nanas.

Bahan-bahan:

Ikan masin - semua jenis ikan masin kegemaran kalian
Cili padi - ikut pedas yang kalian sukai
Bawang besar - dimayang
Nenas/nanas muda - yang belum masak itu lebih baik dan sedap

Cara memasaknya:

1. Goreng ikan masin terlebih dahulu hingga garing.
2. Setelah garing masukkan cili padi yang dihiris dan bawang goreng bersama hingga bawang masak.
3. Akhir sekali masukkan nenas yang dipotong dadu saiz kecil ,sekali lagi kacau, gaul hingga rata. 

Siap boleh hidangkan dengan nasi panas.



Assalamualaikum semua...cerita jalan-jalan akak memang tidak akan habis,apa tidaknya Sabah ini luas dik! Yang kalian selalu pergi melihat, melancong ketika bersama agensi hanya sedikit saja tanah Sabah yang diterokai. Terlalu luas bumi Sabah,sorta banyak perkara baru kami lihat, belajar dan menyelami budaya dan corak perjalanan hidup masyarakat tempatan. Untuk entry kali ini kakak bawa kalian ke "Tanak Nabalu".



Perjalanan untuk masuk ke lokasi ini pun sudah mencabar. Menuruni bukit, sebelum itu untuk kalian menikmati alam dari atas jalan raya besar,Tanak Nabalu ini sangat cantik kerana kedudukannya di lembah dengan susunan penempatan penduduk sekeliling. Pastikan brek kenderaan kalian berfungsi dengan baik,maklumlah menuruni bukit dari simpang jalan utama. 



Sambil membaca kisah ini,lihatlah juga gambar yang akak ambil di Tanak Nabalu ini. Untuk pengetahuan pembaca lokasi ini digemari oleh pelancong asing, ini yang kami lihat ketika sampai dilokasi. Menurut penduduk sini. Ada juga agensi pelancongan yang menyiapkan pakej jungle tracking lokasi ini. Lokasinya kalian tengok gambar dibawah. 



Lupa pula nak beritahu Tanak Nabalu ini terletak di Kampung Lobong-lobong,Kota Belud. Jangan terkejut sini ada homestay



Jika melalui agensi pelancongan kalian dibawa melawat "mini gunung kinabalu"lihat gambar bawah. Melawat dan menyelami cara kehidupan masyarakat kampung ini. Malah pelancong juga disambut dengan "welcome dance" kebetulan kami sampai sini ada pelancong asing turut sampai, untunglah kami dapat tumpang merasa dan melihat. 




Kami terjah lokasi "jungle tracking " masyaallah cantik pemandangan. Ada kebun tanaman tepi sungai yang airnya dari Gunung Kinabalu. 



Menurut penduduk,sebelum banjir 2015 lokasi ini sangat tersohor kerana kedudukan sungai yang bersih airnya dari Gunung Kinabalu. Malah jambatan atau laluan ini boleh sampai pula di kampung sebelahnya dengan hanya berjalan kaki. Sayangnya banjir 2015 telah merosakan jambatan dan menutupi jalan-jalan utama ke kampung berdekatan. 




Sempat juga kami mencuba cara bercucuk tanam dengan makcik ini. Beliau dan suami mengusahakan tanaman nenas manis.


Inilah "Mini Gunung Kinabalu "yang merupakan salah satu daya tarikan Tanak Nabalu, Kampung Lobong-lobong. Gambar bawah merupakan resepi yang akak dapat dari makcik, untuk resepinya nanti akak update dalam entry akan datang. Okey...hingga kita jumpa lagi.



Salam jelajah dunia,salam kembara...assalamualaikum semua! Jom sihat...jom jalan jelajah bumi bersama kami. Kali ini akak nak bawa kalian jalan kaki ke lokasi yang tersohor. Malangnya ketika kami ke sini bulan Mac/2016 kami tidak tahu pula lokasi ini memang terkenal dikalangan peminat tegar "campsite". Lokasinya hanya bersebelahan dengan Poring Hotspring.
Cara untuk sampai ke lokasi :boleh dengan kenderaan tetapi masih memerlukan tenaga diri dan kuat kaki untuk menapak ke lokasi.
Kalau ada 4WD kalian boleh sampai terus ke lokasi,kenderaan biasa kancil atau myVi tidak sesuai menerjah lokasi ini. Sayangilah kenderaan anda,pilih yang sesuai untuk ke lokasi begini.
Kami pula dengan semangat waja menggunakan sepenuhnya kudrat kaki menapak ke lokasi.


ceritaku.my


Info awal yang kami dapat dari penduduk bahawa lokasi ini tidaklah jauh,jadi kami ambil keputusan berjalan saja sambil menikmati pemandangan.

ceritaku.my


Ini merupakan lokasi untuk "campsite" juga yang kami temui dipangkal jalan.

ceritaku.my

Perjalanan kami memakan masa 30 minit sambil main-main dengan anjing yang membuat cubaan gurauan mengejar kami. Jangan risau itu anjing penjaga kebun penduduk,ia tidak gigit kalau kalian tidak masuk tanah jajahannya.Tetapi ingat!jangan cuba bergurau berlebihan,kebarangkalian untuk digigit akak tidak jamin kalian selamat.

ceritaku.my

Memang cantik , ala-ala macam cerita "rambo"dalam televisyen.



Ini pula dewan atau lokasi berkumpul. Maaf ,kami tidak masuk ke dalam. Puas kami melaung hello....hello macam cerita "mat saleh" tetapi tiada jawapan. Jadi kami hanya ambil gambar luas saja.

ceritaku.my

Ini pula bahagian belakang dewan. Ada ikan. Sayangnya kami tidak bertemu dengan pemiliknya.

ceritaku.my

Akhirnya kami pulang...tanpa menemui pemiliknya. Kami pasti pemiliknya ada di dalam hutan berhampiran dan mungkin tidak mendengar panggilan kami. Tak mengapa jika ada kesempatan lain kami akan datang lagi. Maklumat lokasi kami lihat ada di ruang kenyataaan di dewan,tetapi kami tidak masuk lokasi itu.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang pernah menginap disini,bolehlah berkongsi info dengan kakak.


Sekian ...kita jumpa lagi.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home