Salam  kembara , salam  jelajah  borneo. Untuk  kali  ini  akak  jadi  pemandu  pelancong  pada  dua  pupu  akak. Kalau  di  Sabah  mereka  panggil  atau  gelar  2  kali  sepupu. Mereka  datang  kebetulan  ada  urusan  kerja. Jadi  akak  pun  kerja  juga. Untuk  memudahkan  pergerakan,  kami  rancang  aktiviti  short  trip  vacation  ini  pada  sebelah  petang.
Nak  dijadikan  cerita  akak  pun  bukannya  mahir  sangat  jalan  di  sekitar  Kota  Kinabalu. Tapi  buat  pandai  dan  sedikit  berani  nak  juga  bawa  waris  akak  berjalan.
Sebelum  keluar  dari  rumah  lagi  dah  plan  dalam  kepala  nak  bawa  mereka  ke  rumah  terbalik. Tawakal  saja  sambil  pandu  kenderaan  sambil  mulut  meriah  bak  murai  cerita  hal  sanak-saudara.
Alhamdulillah  akak  berjaya  sampai  ke  lokasi. Sebenarnya  akak  dah  masuk  kali  ke  3  main-main  di  rumah  terbalik  ini.  Banyak  perubahan  juga  kerana  pihak  pengurusan  telah  membina  bangunan  tambahan  bagi  muzium  3D. Kami  tidak  masuk  muzium. Hanya   sempat  main  terbalik  kepala  dalam  rumah  terbalik  saja.
Harga  masuk  jangan  tanya , akak  tak  tahu. Dua  pupu  belanja. Setakat  ini  entry  pendek  buat  bacaan  ringan  kalian. Sehingga  jumpa  lagi.




Assalamualaikum... Salam dari Tambunan. Kami tersasar lokasi ke Tambunan pula. Kami tidur dalam kenderaan saja memang menjimatkan dan tak perlu nak booking hotel. Kenapa?  Sebenarnya ini perjalanan yang dirancang saat akhir dan bagi memudahkan segalanya baiklah tidur dalam kenderaan, lena juga hingga ke subuh. Bangun subuh mencari masjid yang terletak di tengah bandar Tambunan. Tidaklah besar mana masjid Tambunan ini, kerana majoriti kebanyakan penduduk disini penganut Kristian.
Selesai di masjid kami meronda mencari sarapan. Terjumpa beberapa kedai makan, kami pusing lagi dan akhirnya rezeki berpihak pada Restoran Ikmal.
Rupanya pemilik restoran ini seorang guru yang masih lagi berkhidmat dan berasal dari Kelantan. Manakala isterinya merupakan seorang mualaf,penduduk tempatan. Restoran ini diusahakan oleh anak keduanya.
Pertama kalinya akak makan nasi lemak yang sedap di restorannya.  Boleh bagi 5* kerana rasanya yang cukup serba~serba kononnya nak makan sebungkus lagi tapi dah ditapau oleh pelanggan lain. Mujurlah ada rezeki makan sedap walau sebungkus.... Alhamdulillah.
Assalamualaikum . ..salam  kejauhan  dari  Malaysia  Timur. Sibuk  dengan  tugasan  wajib  hingga  lalai  menyampaikan  cerita  pada  rakan  pembaca.  Kali ini  akak  jumpa  ikan  putih. Sejak  di  Borneo  menu  ikan  putih  masak  kari  memang  selalu  menjadi  santapan  kami  berdua. Akak  belum  cuba  masak  asam  pedas  lagi. Khabarnya  masak  sup  pun  sedap  terutama  ikan  putih  batik. Cantik ! Dah  dinamakan  batik  memang  cantik  coraknya. Sesuailah  dengan  namanya. Harganya  lebih  mahal  berbanding  ikan  putih  biasa, rm25/kg. Kami  jumpa  ikan  putih  batik  yang  beratnya  3kg. A duh. ..lama  nak  perabis  ikan  3kg. Akhirnya  kami  lihat  saja.


Assalamualaikum  dan  selamat  berhujung  minggu.
Entry  ini  delay  sehari  tak  lepas  nak  update.
Bagi  followers  IG  akak  pasti  sudah  dapat  melihat  beberapa  keping  gambar  secara  LIVE.
Betapa  gigih  akak  suami  isteri  sesudah  subuh  di   Masjid  Jamek  Kundasang,menapak  menuruni  bukit  dan  menanti  detik  sesuai  untuk  merakamkan  gambar  si  'kinabalu'.
Biarlah  beribu  kali  pun  menatap  dan  mengejar  si  'kinabalu',akak  dan  suami  sangat  teruja  detik  munculnya  bersama  usai  syuruk  pagi.
Sesuatu  indah  ciptaan  Allah  bila  menatap  kemunculan  si  'kinabalu'.
Sekian  hingga  kita  bertemu  lagi .
ceritaku.my
ceritaku.my
ceritaku.my
Assalamualaikum . ..salam  ulang  tahun  pertama  gst .

Apa  khabar? Lama  tak  berkesempatan  menulis,maklumlah  sibuk  berjalan. Sampai  tiada  masa  bermesra  dengan  blog. Untuk  tulisan  kali ini akak  nak  cerita  mengenai  menu  "laksa  penang" yang  kami  cuba  di  Putatan. Dekat  sangat  dengan  rumah kami.

Kami  tahu  lokasi  ini  melalui  sebaran  fb.  Hebat  juga  penangan viral fb.

Gerainya  terletak  di  traffic  light  Putatan. Mudah  dan  senang  nak  cari gerai  ini.

Akak  puas  hati  sungguh  dapat  makan,maklumlah  dah  lama  tak  ke  Penang. Dapat  makan  laksa  penang  pun  kira dah puas  hati.

Nikmat  makan  masakan  semenanjung  terubat  jua.

Kalau  ada  di  kalangan  pembaca  yang  tahu  lokasi  restoran  masakan  semenanjung,bolehlah  kongsi  dengan  akak. Nanti  bolehlah  akak  cuba.


Bye . ..hingga  jumpa  lagi.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home