Menu ikan masin goreng nenas/nanas

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan akak akan berikan resepi yang baru dipelajari dari penduduk "Tanak Nabalu" iaitu ika...

ceritaku.my

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan akak akan berikan resepi yang baru dipelajari dari penduduk "Tanak Nabalu" iaitu ikan masin goreng nenas/nanas.

Bahan-bahan:

Ikan masin - semua jenis ikan masin kegemaran kalian
Cili padi - ikut pedas yang kalian sukai
Bawang besar - dimayang
Nenas/nanas muda - yang belum masak itu lebih baik dan sedap

Cara memasaknya:

1. Goreng ikan masin terlebih dahulu hingga garing.
2. Setelah garing masukkan cili padi yang dihiris dan bawang goreng bersama hingga bawang masak.
3. Akhir sekali masukkan nenas yang dipotong dadu saiz kecil ,sekali lagi kacau, gaul hingga rata. 

Siap boleh hidangkan dengan nasi panas.


You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif