Ikan putih batik

Assalamualaikum . ..salam  kejauhan  dari  Malaysia  Timur. Sibuk  dengan  tugasan  wajib  hingga  lalai  menyampaikan  cerita  pada  rakan  pembaca.  Kali ini  akak  jumpa  ikan  putih. Sejak  di  Borneo  menu  ikan  putih  masak  kari  memang  selalu  menjadi  santapan  kami  berdua. Akak  belum  cuba  masak  asam  pedas  lagi. Khabarnya  masak  sup  pun  sedap  terutama  ikan  putih  batik. Cantik ! Dah  dinamakan  batik  memang  cantik  coraknya. Sesuailah  dengan  namanya. Harganya  lebih  mahal  berbanding  ikan  putih  biasa, rm25/kg. Kami  jumpa  ikan  putih  batik  yang  beratnya  3kg. A duh. ..lama  nak  perabis  ikan  3kg. Akhirnya  kami  lihat  saja.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen