www.ceritaku.my


Saya sekadar berkongsi pengalaman saya melalui gambar. Malah banjir dalam entry sebelumnya BANJIR 1 dan BANJIR 2 merupakan gambar koleksi peribadi saya. Ianya merupakan gambar yang bernilai tinggi yang saya sendiri lalui pengalaman semasa di lokasi kejadian. Lokasi kejadian sekitar Tanah Merah, Kelantan. Insyaallah jika ada rezeki dan kesempatan masa saya akan meninjau semula lokasi banjir yang pernah kami singgah dulu. Jangan lupa sekarang kita dah menuju ke penghujung tahun. Ini bermakna musim banjir sudah semakin dekat.




Sekian saja dari saya lintas langsung dari Universal Studios Singapore. Nanti saya kongsi cerita USS pula.
www.ceritaku.my


Musim bah dah tiba,sekadar peringatan. Bersedialah dengan segala keperluan semasa. Gambar di atas merupakan kesan banjir 2014,alhamdulillah sudah ada perkembangan positif kehidupan mereka. Insyaallah jika berpeluang saya akan lapor perkembangan terkini keluarga ini.

www.ceritaku.my


Sekadar ingin berkongsi, kenangan banjir lalu. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kalian boleh lah bergerak terus ke lokasi dan bertemu dengan individu yang masih memerlukan. Saya bukan agen,saya bukan individu tengah kepada mana-mana organisasi. Saya bergerak sendiri,mencari dan menghulurkan bantuan. Saya boleh lakukan...kalian pasti boleh. Mereka di sana masih memerlukan bantuan. Semua lokasi gambar ini saya ambil di negeri saya Kelantan.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Hello..helo London ! Nak apa,semuanya ada di London. Nak fesyen,nak berniaga,nak hiburan, nak kesihatan dan nak belajar...semuanya ada di London. Kota London kota kebudayaan dunia yang tersohor serantau alam. Kalau dulu sesiapa yang dapat belajar di London memang bangga sekeluarga. Bukan senang nak ke London,bukan senang juga nak berjalan dan jejak kaki ke London. Terima kasih encik suami kerana bawa isteri mu ke kota metropolitan dunia ini. Lokasi kami seterusnya kami nak naik bas ke France, Paris.


www.ceritaku.my

Jangan lupa lihat ALBUM INI. Saya akan kemas-kini gambar pengembaraan kami dari masa ke masa. Selamat mencuci mata,insyaallah kalian mesti puas hati lihat album kami.Assalamualaikum.

www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam ronda petang-petang. Inilah jadinya bila tidak tahu nak ke mana. Kami ambil keputusan bawa si kecil ke Batu Caves Murugan Temple. Siapa tak kenal lokasi gah serata alam. Malah bila tiba musim perayaan seperti Thaipusam atau Depavalli...seluruh lokasi berdekatan sesak dek kenderaan para penganut agama ini.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sebanyak 272 anak tangga yang perlu dijejak untuk sampai ke atas. Malangnya si kecil tak berdaya nak ke atas,gayat. Kami yang berusia ini apatah lagi,semput wei. Hebat penangan Batu Caves ini kawan pembaca boleh baca di SINI.

www.ceritaku.my

Kalau dulu cukup gagah untuk melangkah naik ke atas sekarang cukuplah sampai setakat 50 anak tangga saja. Jangan risau,tiada bayaran masuk dikenakan. Nak ke sini sangat mudah jika menggunakan pengangkutan awam terutamanya komuter. Dari KL Sentral anda terus saja ambil/menaiki komuter ke hentian terakhir Batu Caves. Turun saja hentian tersebut,boleh jalan kaki saja,kerana ianya bersebelahan dengan hentian terakhir stesen komuter Batu Caves. Sangat mudah. Bolehlah duduk seberapa lama di sini. Apa yang menarik....? Ada kedai menjual peralatan sembahyang,kedai pakaian yang berkaitan dan ada juga kedai makanan dan minuman. Kalau nak jalan kaki pun boleh ke Giant Batu Caves,sangat dekat. Yang lain-lain kawan-kawan kenalah terjah sini....saya sekadar memberi sedikit maklumat maklumlah rumah kami dekat saja dengan lokasi ini.


Maklumat lain bolehlah baca di SINI.
www.ceritaku.my

Assalamualaikum....apa khabar semua? Sihat tak....tak sihat kena telan ubat. Kalau sihat boleh lah datang ke Eagle Ranch Resort ini. Mulanya kami berdua tidak tahu dimana lokasi Eagle? Tak pernah sampai pun. Tapi kerana ada jemputan rakan bikers,akhir kami sampai. Memang hebat,lokasi ini. Saya yakin kalian pasti seronok tak terhingga bila sampai di sini.


www.ceritaku.my

Saya tidak dapat memaparkan banyak gambar lokasi ini,tetapi pembaca jangan risau saya lampirkan gambar di blog kawan saya SYAWANI. 


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Bukan kedekut gambar,kebanyakkan gambar dalam simpanan merupakan gambar bersama rakan bikers....tak sesuai lah. Baiklah jangan lupa masukkan lokasi ini dalam senarai wajib terjah...wajib singgah dan nak best lagi wajib tidur serta cuba pelbagai aktiviti menarik di sana. Sebagai homework pembaca boleh cari maklumat lain dalam link diatas.

Assalamualaikum,salam dibawah bayu. Jelajah keluarga kami kali ini terus menuju ke Kampung Luanti. Apa ada di sana? Kami nak main ikan kelah...jinak,sihat dan besar ikannya. Kalau yang baru nak ke Sabah boleh cari Kampung Luanti di PETA.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
Internet

Kampung ini merupakan perkampungan baru (info dari perbualan saya dengan penduduk setempat) dah semakin maju kampung ini berbanding dengan kali pertama kami suami-isteri menjejakkan kaki bermain kelah di sini.


www.ceritaku.my
Internet

Terletak sejauh 131km dari Bandar Kota Kinabalu. Agak jauh tetapi bagi yang berminat ingin bermain ikan kelah inilah lokasi yang kalian wajib singgah. Kalau rakan pembaca nak tengok gambar mandi bersama kelah boleh klik sana -----> MANDI DENGAN IKAN KELAH. Nak masuk sini sememangnya dikenakan bayaran tidaklah mahal sangat,kerana berbaloi dengan pengalaman baru yang kita perolehi.
Kategori bayaran ke sini :
  • Dalam Ranau (tempatan/local) dewasa - rm3, kanak-kanak rm1
  • Luar Ranau (tempatan/local) dewasa - rm5, kanak-kanak rm2
  • International (dewasa dan kanak-kanak ) rm 10
Bagi yang sudah rancang ke Sabah,jangan lupa singgah KAMPUNG LUANTI. Jarak masa lebih kurang 2 jam 40 minit dari Kota Kinabalu ke sini, kalian boleh bermain dengan ikan kelah. Sekian....kita jumpa lagi.

www.ceritaku.my

Hello....asslamualaikum orang Nogori! Apa khabar? Kami singgah di Pantai Teluk Kemang. Siapa tak kenal pantai ini,ianya amat popular di Port Dickson. Lokasinya terletak 10km selatan bandar Port Dickson. Sangat ramai pengunjung bila hujung minggu dan cuti umum.


www.ceritaku.my

Pantainya sejauh 1.8km,dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti tandas,surau dan pelbagai gerai jualan. Pendek kata,panjang cerita nak seronok bolehlah bawa sekeluarga riadah di sini. Tak rugi berkelah di sini,boleh mandi-manda,nak jet ski, nak pelampung semuanya boleh disewa. Anda boleh seronok,boleh bermesra dengan ahli keluarga dan boleh dapat kawan baru di sini.


www.ceritaku.my

Dari maklumat bacaan semasa saya,terdapat lebih kurang 20-30 ribu seminggu yang mengunjungi pantai. Angka ini belum termasuk ketika cuti umum dan cuti sekolah. Inilah bukti menunjukkan betapa popularnya pantai ini. (Teringat pula zaman kolej,saya dan sekumpulan rakan kolej outdoor di sini----takut woi!tak pandai berenang kena pula berkayak).



Assalamualaikum,salam dari negeri di bawah bayu. Kami belum habis jelajah Sabah. Kali ini kami singgah di Desa Cattle Dairy Farm. Terletak lebih kurang 100 km dari Bandar Kota Kinabalu. kami terjah tak guna GPS (kalau guna GPS-Gerenti dan Pasti kami SESAT) Ini merupakan kali pertama saya dan keluarga saya ke lokasi ini. Mulanya kami sangka sudah sesat dijalanan. Alhamdulillah sampai juga.



Kalau menurut fahaman masyarakat tempatan Desa memberi maksud isi rumah. Mereka di sini membesar dan memberi susu segar ladang kepada segenap isi rumah mereka. Dikhabarkan susu segar ini sedap. Kalau pembaca nak tahu sedap atau tidak,jangan lepaskan peluang ke sini. 199 hektar luasnya ladang ternakan,hanya 10km ke pekan terdekat iaitu Kundasang.


www.ceritaku.my

Lokasinya amat menarik,kerana ada pakej perkhawinan yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar outdoor perkhawinan di lokasi ini. Sangat cantik pemandangan Desa Cattle Dairy farm kerana ianya terletak di kaki Gunung Kinabalu,seolah-olah kita berada di New Zealand. Sejuk ...berangin dan jangan lupa makan kudapan di sini.


www.ceritaku.my

Apa yang menarik ialah pengalaman baru buat anak saudara saya kerana dapat memberi kambing makan dan minum susu. Bagus tak? Belajar jadi penternak bila berada di lokasi ini. Riak muka takut pada awalnya,bertukar wajah keseronokkan kerana ianya pengalaman baru bagi anak gadis kami.

www.ceritaku.my
Internet

www.ceritaku.my
Internet

www.ceritaku.my
Internet

Lagi gambar menarik pembaca boleh lah cari di laman sesawang,kerana saya mempunyai gambar koleksi yang terhad saja. Jangan risau banyak gambar menarik yang boleh kalian perolehi melalui laman sesawang lain. bagi yang berminat untuk menjejakkan kaki ke lokasi ini. Saya tinggalkan kalian dengan sedikit info travel,harapan saya ianya dapat membantu rakan pembaca untuk sampai ke destinasi ini.


  • Lokasinya 100km dari Bandar Kota Kinabalu,kira-kira 2jam 30 minit perjalanan berkenderaan.
  • 10km ke pekan terdekat iaitu Kundasang.
  • Jenis lembu ternakan ialah baka Holstein-Friesian lembu yang diimport dari New Zealand.
  • Dibuka pada umum mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Waktu pemprosesan susu  ialah jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari selasa, rabu dan ahad.
  • Proses pemerahan susu dilakukan setiap hari pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
  • Bayaran masuk ke sini dewasa rm4 manakala kanak-kanak rm3.
  • Bagi yang berminat untuk sesi fotografi caj  rm100 /pasangan.
  • Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : Desa . 

Jangan lupa kongsi gambar kalian....bye hingga kita jumpa lagi.



www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Selamat pagi,assalamualaikum sahabat pembaca sekalian. Jom...kita jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. KLCC merupakan mercu tanda kemajuan negara kita Malaysia. Percayalah! tanya saja orang kampung kalau datang KL,nak ke mana. Laju dan pantas jawapan mereka ...KLCC. Lokasi strategik di tengah pusat kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Sekeliling bangunannya boleh saja berjalan kaki ke Suria KLCC, Avenue K, G Tower dan banyak lagi. Tapak seluas 100 ekar didirikan menara berkembar yang tertinggi di dunia serta dikenali serata dunia. Ada pula taman dan surau yang sememangnya dibuka kepada orang ramai.


www.ceritaku.my

Kali ini seluruh ahli keluarga terdekat saya datang ke KL. Jom! kenal KLCC dan Petrosains. Seronoklah kanak-kanak ribena bila ke sini. Pengalaman baru di tengah kepesatan kotaraya. Kami terus terjah ke aras 4 kaunter tiket,Petrosains.
  • Tiket warga emas 56 tahun ke atas rm 8 (my)
  • Dewasa 18-55 tahun rm 15 (my)
  • Belia 13-17 tahun rm 10 (my)
  • Kanak-kanak 3-12 tahun rm 5
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun FREE
  • Pakej keluarga pula rm 30 bagi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (my)

  • Harga di atas merupakan harga bagi warganegara...bagi bukan warganegara agak berbeza kadar bayarannya.

Jangan lupa terjah lokasi Petrosains di Miri , Sarawak.  



www.ceritaku.my

Seronok sungguh anak-anak saudara merasa pengalaman baru di sini.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Belajar bukan setakat di rumah,di luar rumah pun anak-anak belajar. Boleh lah rancang hujung minggu datang ke sini,bagi yang dekat. Yang tinggal jauh pula kalian boleh letakkan lokasi ini sebagai salah satu lokasi wajib datang ketika musim cuti sekolah kelak.

www.ceritaku.my

Seronok Amanda bermain dengan belon.

www.ceritaku.my

Kali ini mama, ummi semua rehat. Anak-anak bebas meneroka dunia baru di Petrosains. Lupa pula nak maklumkan waktu operasi Petrosains ini. Ianya dibuka seawal jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Hari Jumaat bermula jam 1.30 hingga 5.30 petang. Hanya ketika cuti umum dilanjutkan masanya jam 6.30 petang. Perlu diingat....walaupun habis jam 5.30 petang untuk masuk ke sini check in terakhir kalian ialah jam 4.00 petang. Lewat tak boleh masuk tau!



Sebarang berita terkini sila layari laman sesawang Petrosains.

Assalamualaikum....salam dari angin Kinabalu. Tak sah kalau datang ke Sabah kalau tidak singgah di Kinabalu Park. Tahukah anda,bahawa Kinabalu Park ini merupakan Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Unesco  sejak Disember 2000. Menurut maklumat yang saya perolehi terdapat lebih kurang 5,000 spesis flora dan fauna,326 jenis burung dan ada lebih kurang 100 spesis mamalia diikuti 110 pula dari spesis siput tanah.


www.ceritaku.my

Sebelum singgah di Kinabalu Park,kami singgah cuci mata dan cuci poket di Pekan Nabalu. Lihat gambar atas,pembaca boleh bayangkan berapa banyak cuci licin poket kami.


www.ceritaku.my

Nampak tak puncak Kinabalu? Kinabalu Park ini terletak di Banjaran Crocker,pantai barat Sabah. Lokasinya di daerah Ranau. Ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4,095m,gunung yang tertinggi antara Himalaya dan New Guinea. Gunung Kinabalu berada setinggi 1585m di atas paras laut.


www.ceritaku.my

Tarikan utama taman ini ialah------> kemegahan Gunung Kinabalu. Kerana Gunung Kinabalu terletak di Asia,ianya menjadi tarikan utama pelancong selepas Gunung Himalaya yang memisahkan India dan utara Pakistan.


www.ceritaku.my

Selalunya bagi pendaki gunung ini merupakan acara wajib buat. Hebatnya tarikan Gunung Kinabalu kerana pendaki boleh merasai pengalaman Mountain Torq,jalan besi tertinggi dan pertama di Asia. 


www.ceritaku.my

Bab bayaran masuk jangan risau,kerana sangat murah. Kalau tidak silap ingatan saya bayaran dewasa rm3 saja. Memang berbaloi untuk singgah di sini kerana kalian boleh menikmati pemandangan cantik kaki Gunung Kinabalu dan boleh bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu,tetapi perlu datang sebelum tengahari kerana selepas itu latar belakang tidak kelihatan Gunung Kinabalu sebaliknya kabus saja. Perjalanan dari KK ke Kinabalu Park ini sekitar 1 jam lebih (90km) kerana faktor jalan yang melambatkan. Yang penting selamat sampai di lokasi. Sekian....kita bertemu di entry lain. Cuti-cuti Sabah,jangan lupa kongsi pengalaman anda dengan kami.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home