Salam ramadan buat semua pembaca. Apa khabar? Harapnya sihat dan gembira menjalani ibadah puasa. Untuk kali ini saya ingin kongsi pengalaman kami ke Kolam air panas,Pengkalan Hulu, Perak. Kami memang kurang mahir lokasi di sekitar Perak. Kebetulan kami keluar dari imigresen Thai-Malaysia dan terpandang papan tanda kolam air panas ini. Jaraknya lebih kurang 5km dari border / sempadan.


ww.ceritaku.my

Berpandukan papan tanda,kami menuju ke lokasi sasaran. Akhirnya selamat sampai. Dekat sangat. Sangat menakjubkan kerana ianya bukan sekadar kolam saja, ada pula chalet bagi penginapan yang mahu bermalam di sini. Sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga sambil rekreasi di kolam air panas yang semula jadi ini boleh pula bermalam di chalet yang selesa. 


www.ceritaku.my

Kolam ini dikekalkan dengan warna semula jadi. Rujuk pada gambar di atas.

www.ceritaku.my

Ada kemudahan surau yang besar dan bersih. Mungkin pihak chalet boleh membaik-pulih paip air di surau bagi memudahkan pelancong berwudu. (ketika saya ke sini pihak chalet sedang membuat kerja baik-pulih-mungkin sekarang dah makin cantik)
www.ceritaku.my

Kebetulan kami memang berhajat nak bermalam di sini,malangnya tiada bilik kosong. Tidak mengapa mungkin rezeki kami di masa akan datang. Lagi pun saya lihat pihak chalet begitu gigih membaik-pulih sekitar chalet ini. 

www.ceritaku.my

Bagi yang berminat boleh ikut perkembangan di FB kolam air panas. Banyak gambar cantik dalam FB tersebut. Saya tidak dapat menyiarkan gambar yang cantik kerana kami singgah pun dah jam 6.30 petang. Sempat juga main air walau sekejab. Insyaallah, kalau melintasi lokasi ini kami akan singgah mandi pula. Sekian untuk paparan kali ini. Sehingga bertemu lagi.

Akhirnya kami sampai juga di Istanbul. Flight kami akan terbang dari Istanbul ke Kuala Lumpur. Sengaja kami pulang awal dari trip eropah. Sempat juga kami jelajah ke Bursa. Turki negara yang banyak menyimpan khazanah sejarah islam. Memang tidak rugi kalau datang ke sini. Kami yang sudah ulang kali ke 2 ke Turki,masih menyimpan hasrat untuk kembali lagi ke Turki. Saya tidak mahu menceritakan secara detail mengenai Turki,pembaca boleh layari rakan saya yang bermastautin di sana dalam laman sesawangnya MOH KEMBARA. 

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Gambar di atas saya ambil semasa kami berada di Istanbul. Setiap ceruk dan celah bangunan yang boleh kami lalui kami akan terjah. Pembaca boleh lihat dan baca entry yang telah saya paparkan sebelum ini. Terima kasih kepada pembaca setia,kalian pasti pernah lihat beberapa gambar seakan sama dalam FACEBOOK. Ada juga gambar lokasi travel kami dipaparkan dalam INSTAGRAM. Terima kasih kerana membaca blog ini. Assalamualaikum. Sehingga kita berjumpa lagi 2 minggu dari sekarang,kami bercuti lagi...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home