www.ceritaku.my

Tak lama pun naik keretapi dari Sarajevo ke Mostar. Cukuplah masa untuk memetik picu kamera dan layan pemandangan cantik sepanjang perjalanan menuju ke Mostar. Rasanya ramai dah mula intai tiket ke Mostar gara-gara TV3 dah menayangkan slot drama yang berlokasi di Mostar. Si blogger manis ini khabarnya dah intai tiket ke sini. Sampai saja kami terus menuju ke old town.


www.ceritaku.my

Jalan kaki saya sambil mulut ramah bertanya pada penduduk . Tanya apa? Lupa nak beritahu kami nak ke Mostar Bridge yang terkenal tu. Mata kami terus terpaku lihat keunikkan bangunan. Ada juga kelihatan kesan tembakan hasil dari peperangan yang lalu. Itulah sejarah dunia.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Berpeluh juga nak sampai di sini,namun memang puas hati. Bila mata memandang sesuatu yang cantik dan melihat sendiri kesan sejarah dunia yang berlaku pada negara ini. jika dulu kami dengar,kami lihat di kaca TV. Sekarang kami di sini. Depan kami ialah sejarah perang yang baru saja berlaku. Masyaallah!


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

3 gambar di atas saya ambil dari atas Jambatan Mostar. Tanpa edit. Lihatlah airnya. Biar gambar berbicara.

www.ceritaku.my

Akhirnya jejak kaki kami sampai juga di Mostar. Bye,kami jalan lagi assalamualaikum!


Gambar kami di SINI.
www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Assalamualaikum. Kali ini saya tak tulis banyak,saya belanja kalian/pembaca semua dengan gambar atas yang diambil ketika kami dalam keretapi menuju ke Mostar. Apa yang ada di Mostar itu kena tunggu dalam entry berikutnya. Kali ini saya tinggalkan banyak gambar untuk pembaca berbicara dengan gambar....kikiiii





Lagi...dan lagi gambar sila lihat INSTA .

Assalamualaikum,kita bertemu kembali. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami kena bergerak ke Mostar. Kali ini kami pilih naik keretapi pula.


www.ceritaku.my

Lambang bandar Sarajevo yang kami ambil dari body keretapi. Rasanya gambar yang bakal pembaca kalian lihat mampu memberi tafsiran kepada pembaca sekalian.


www.ceritaku.my

Pemandangan di stesen keretapi yang sunyi dan sepi ketika kami sampai. Nampak tak kesan pecah,itu sebenarnya kesan dari hasil peperangan yang berlaku di Bosnia. Memang amat syahdu dan insaf bila berada di lokasi ini seolah-olah baru saja lepas berperang. Tak perlu orang lain untuk bercerita pandangan mata kami dapat merasakan betapa peritnya saat berlaku peperangan. Alhamdulillah negara kita banyak membantu negara Bosnia ini.


www.ceritaku.my

Sepatah pun saya tak faham apa yang tercatat di body keretapi ini.

www.ceritaku.my

Suasana yang saya sempat ambil dari dalam keretapi. Mereka iaitu rakyat tempatan berusaha membangunkan semula negara mereka yang musnah akibat perang.

www.ceritaku.my

Sangat cantik sepanjang perjalanan menuju ke Mostar.

www.ceritaku.my

Handsome juga pekerja keretapi ini. Datang nak periksa tiket.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami bertemu dengan pengembara ini. Sangat seronok berkongsi dan bertukar maklumat. Tanpa wang pun boleh travel! (nak tahu kena belanja kopi)

www.ceritaku.my

Saya tinggalkan pembaca dengan entry ini. Gambar selanjutnya sila like kalau sudi dan lihat dalam line CERITAKU UNTUK MU.
www.ceritaku.my

Disinilah pintu utama masjid yang menaranya telah saya paparkan gambarnya dalam entry INI. Kecil saja tapi pintu inilah merupakan pintu perpaduan umat islam di sini. 


www.ceritaku.my

Kalau sampai di Old town ini umpama kita berada dalam kota zaman Uthamaniyyah,masih kelihatan unsur binaan islam pada bangunannya. Lokasi ini merupakan kawasan bersejarah dan sebahagian besarnya  mempunyai sejarah lampau yang memang patut dikekalkan untuk dilihat oleh dunia.


www.ceritaku.my

Menurut sejarah kawasan tengahnya ialah Baščaršija  lokasi yang sangat bersejarah. Kalian boleh klik link yang saya sertakan itu.


www.ceritaku.my

Memang tidak dapat dinafikan bahawa OLD TOWN merupakan lokasi sejarah yang hendaklah dipertahankan untuk dipertontonkan kepada dunia mengenai sejarah lampaunya. Lokasi ini juga merupakan sebahagian besar bandar Sarajevo.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Jelas kelihatan pada pandangan mata saya,seni bina bangunannya berunsur Bosnia. Malah ada juga catatan maklumat yang saya perolehi menyatakan ada juga dipengaruhi oleh unsur seni binaan Austria-Hungary. Maklumlah jarak antara Bosnia dengan Austria tidak jauh. Ianya mungkin saling mempengaruhi. Memang cantik dan unik seni bina lokasi ini. Macam berada di suatu lokasi silam.


www.ceritaku.my

Ini lah lokasi kami menginap. Tiada penghawa dingin. Tapi sejuknya menyengat hingga ke tulang. Boleh mencuci pakaian,ada lokasi nak menjemur pakaian. Mendobilah kami pakaian yang ada ini.

www.ceritaku.my

Inilah Latin Bridge, Old Town Sarajevo. Nak tahu info lanjut sila rajin ke Latin Bridge. Akhbar BERITA ada juga menulis mengenai kisah Bosnia.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Antara pemandangan yang sempat saya ambil sekitar lokasi berdekatan. saya tinggalkan pembaca dengan kisah sejarah lama Old Town Sarajevo, insyaallah kita bersambung dalam entry seterusnya. Kami nak ke Mostar. Assalamulaikum!
www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Assalamualikum. Kali ini saya belanja gambar yang saya ambil sepanjang perjalanan menuju ke Sarajevo. Yang lain sila terjah GAMBAR 1 dan GAMBAR 2. Wasalam.

www.ceritaku.my

Salam jelajah negara Balkan. Kami dah nak sampai di Sarajevo,Bosnia Herzegovinia. Seronok juga kembara naik bas turun bas ni macam di tempat sendiri. Kalau di Malaysia tidak pula buat naik bas turun bas ni. Dah 2,3 kali saya tulis negara Balkan ini. Yang penting perlu kita tahu bahawa Negara Balkan ini merupakan lokasi bersejarah yang terletak di Tenggara Eropah. Bagi yang berminat nak tahu boleh lah baca di SINI.

www.ceritaku.my

Jom...ikut saya ke Sarajevo. Ibu kota kepada Bosnia Herzegovinia. Nak cerita sikit pada pembaca. Di Bosnia mereka lebih menggunakan bahasa Bosnia, Croatia dan juga Serbia. Jangan risau, mereka juga boleh berbahasa inggeris. Kami sampai di Bosnia setelah 6 jam perjalanan dengan bas. {Macam nak balik kampung saja jauhnya,lamanya atas bas.}

www.ceritaku.my

Sampai saja di Sarajevo,agak terkejut sebab rasa sunyi tiada orang. Walau pun dah di hentian bas. Untuk makluman pembaca , stesen bas dan stesen keretapi sebelah-menyebelah. Boleh main cak--cak. Seterusnya kami naik lagi bas no. 6. 

www.ceritaku.my

Alhamdulillah bas nombor 6 bawa kami ke OLD TOWN. Orang Bosnia sebut Stari Grad 9 (Old Town). Memang menakjubkan,tak kala kaki menjejak bumi Sarajevo.

www.ceritaku.my

Jelas depan mata kami kesan sejarah lama Uthamaniyyah yang boleh dilihat pada struktur bangunannya. Memang kami sangat beruntung kerana dapat melihat kesan sejarah lampau.

www.ceritaku.my

Gambar di atas merupakan lokasi rehat dan minum. Nak minum tadah dengan bekas air terus teguk. Memang airnya bersih. Jangan tanya saya minum atau tidak? (nak tahu jawapan,sila belanja kopi dulu..hihiii)

www.ceritaku.my

Nampak tak menara masjid tu? Tinggi dan untuk pengetahuan pembaca sekalian muazzin melaungkan azan secara manual. Faham tak maksud saya, bilal naik ke menara dan melaungkan azan dengan suaranya. Masyaallah,kami dapat mendengar laungannya dengan jelas dan terasa seperti berada di zaman kegemilangan Bilal Bin Rabah.



Sekian. Nanti saya sambung kisah Sarajevo entry akan datang. Jangan lupa ke halaman ceritaku,lebih banyak gambar menarik yang boleh kalian lihat setiap hari. Kalau rasa rajin sila ke INSTAGRAM.

Assalamulaikum. Salam kembara,salam jelajah negara-negara Balkan. Deretan negara Balkan yang unik dan menarik untuk kita jelajah seterusnya kita dapat menikmati alam sejarah dunia. Tahukah anda bahawa Zagreb ini merupakan ibu kota lama. Zagreb kaya dengan nilai sejarah dunia. Jangan lupa tengok entry negara Balkan sebelumnya di SINI. Barulah pembaca tahu deretan negara yang mempunyai nilai sejarah yang saling berkaitan.




Trem merupakan salah satu pengangkutan awam yang popular di Zagreb.


Untuk pengetahuan pembaca sekalian dalam setahun hanya 17 hari saja di Zagreb khususnya bersuhu 30 darjah celsius. Nampaknya keunikkan Zagreb ini tidak mampu menahan kami untuk terus bergerak ke lokasi seterusnya. Sebelum saya terlupa,landmark Zagreb ialah Cathederal Zagreb. Sekian kita bertemu dalam entry seterusnya.



Sila klik CERITAKU untuk gambar menarik kembara kami.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home