www.ceritaku.my

Kalau nak tahu,adalah lebih menjimatkan jika travel guna pengangkutan awam. Paris merupakan salah satu contoh hub pengangkutan awam yang mudah bagi pelancong. Mudah dan lebih murah. Kami naik metro untuk bergerak antara lokasi.


www.ceritaku.my

Jangan risau lokasi di Paris berdekatan antara satu sama lain,dan anda pasti mampu untuk menapak.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Hanya dari hotel penginapan saja kami naik metro. Selebihnya kami kayuh kaki. Nampak basikal,tapi lebih berbaloi untuk menapak saja. Dengan berjalan kami lebih senang menghampiri lokasi kedai atau butik yang menarik perhatian kami. Sekadar menjamu mata. Semuanya mahal di Paris kalau kalian nak berbelanja saya syorkan berbelanja di London.Baiklah saya tinggalkan kalian untuk menatap gambar entry ini. Kita jumpa lagi di entry akan datang sekian,assalamualaikum.

www.ceritaku.my

Kota Paris syurga kaum wanita. Nak apa saja jenama handbag semua ada di depan mata.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sekian,kita bertemu di episod seterusnya. Assalamualaikum.

Assalamualaikum,salam jelajah eropah dari kami. Sampai juga kami di Perancis. Yang tersohor bila kita sebut Kota Paris. Budget jimat kami kembara backpacker ke Negara Eropah. Semua sedia maklum Kota Paris kota yang mewah,kota kaya...huhuuu kita jer budget. Jom!lihat gambar budget kami, sila scroll ke bawah.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Nak tahu mengenai mercu tanda tu...sila KLIK SINI.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Saja nak kurang menaip,saya belanja gambar. Ok! nak beli Dior,LV dan Furla tak mampu. Jadi saya belanja lokasi membeli-belah barangan branded di sini. Poket tebal bolehlah bawa balik cenderahati. Kami hanya jenguk lihat dan kenal lokasi. Rupanya ini lokasi orang ramai membeli barangan mewah.Bagi yang belum pernah sampai di sini,kena ringan mulut bertanya sebab antara bangunan kedai ini seakan sama saja...takut tak perasan saja. Tidak perlu ambil teksi,kalian perlu kuat kaki menapak dari satu kedai ke kedai yang lain sangat dekat. Letih akan hilang bila leka melihat barangan cantik dan bermutu. Hati-hati dengan penyeluk saku. Wasalam,kita jumpa di episod akan datang.

www.ceritaku.my

Jelajah Kota Paris. Kalau sampai dan jejak kaki ke negara-negara Eropah WAJIB singgah London dan Kota Paris. Tak singgah tak lengkap pengembaraan kalian memenuhi misi jelajah EROPAH. Percaya tak? Kena percaya,saya serius tak tipu. Tengok gambar ni,sesi hirup angin petang di depan Menara Eiffel naik bot. Romantik!


www.ceritaku.my

Masa ambil gambar ini dah petang sekitar jam 5 lebih...dah mula gelap. Kalau ambil dekat sah-sah tak nampak seperti ini. Sambil jalan sambil petik kamera. Lagak macam pro...ambil gambar. Janji ada gambar nak buat kenangan.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Naik tren saja nak ke Menara Eiffel. Nak naik menara malas nak beratur. Kami ambil keputusan bijak dan jimat. Ambil gambar dari jauh,dan merenung besi-besi yang terpacak tinggi yang begitu tersohor serata dunia. Sebenarnya pada sebelah siang kami dah sampai sini. Hajat nak tengok cahaya sinaran lampu Eiffel Tower,khabarnya sangat cantik. Serius! memang cantik tak rugi datang waktu siang tengok....dan malamnya tengok sekali lagi.


www.ceritaku.my

Ini pula pemandangan biasa mesin jualan air ...tahukah anda memang kena ikut laluan ini untuk ke Menara Eiffel. Kalau tak jumpa Ledru Rollin,sesatlah tu....

www.ceritaku.my

Kami tak kayuh basikal,kami kayuh kaki.

www.ceritaku.my

Ini meter atau mesin untuk sewa basikal,boleh guna kad kredit untuk perkhidmatan basikal kayuh sendiri.


www.ceritaku.my

Motor dengan Abe Mat yang tidak dapat dipisahkan. Tengok jer pun bukan kena bayar.

www.ceritaku.my

Menarik,malangnya harganya pun membuat Abe Mat menarik saya menjauhi kedai ini kikiiiii. Semoga kalian seronok membaca dan melihat gambar dalam blog saya,nanti kita sambung lagi, assalamualaikum.
www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Jelajah Eropah...lokasi kami selepas London ialah Kota Paris. Nak train untuk kos jelajah Paris yang lebih menjimatkan.


www.ceritaku.my

Berjalan kaki sambil menikmati alam. Sehinggalah kami sampai di Sungai Seine. Bersih.


www.ceritaku.my

Semuanya pantas bergerak setelah keluar dari tren. Kami pun turut bergerak pantas. Nak cepat tengok negara orang.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Hanya naik tren untuk bergerak ke lokasi yang lain. Lebih jimat,almaklumlah nilai wang yang sangat berbeza mampu rabak poket. Selalunya bila jelajah begini memang kami tidak akan membeli-belah. Bertuahlah abe Mikhail yang dapat ole-ole Paris. Perlu ingat kalau nak jelajah eropah ini. Kena kaji dulu,study lebih sikit bab pengangkutan awam. Memang jimat,dan satu lagi kaki perlu kuat. Kita jalan dan jalan selagi mampu sebab bukannya jauh sangat. Kami menapak sekitar 14km sekitar Paris. Penat usah cakap,gantung kaki malamnya lena diulit mimpi malamnya. Cukuplah untuk kali ini nanti kami sambung lagi. Nak bergerak pantas kejar train. Assalamualaikum.












Assalamualaikum,salam kembara jelajah alam. Salam dunia melihat hebatnya kejadian alam. Kali ini saya belanja kalian dengan beberapa kepingan gambar sekitar Paris. Paris kota moden tetapi hebat dengan sejarah bangunan unik. Sebagaimana kita belajar hidup dari sejarah untuk mengorak langkah ke arah negara maju. Selamat melihat-lihat gambar,kita bertemu di entry akan datang.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home